Pembaca Blog Ini...

Wednesday, February 8, 2012

Dugaan

Dalam hidup kita yang dah berpuluh tahun ini, mungkin dah macam-macam dugaan hidup kita lalui kan? 


Macam-macam tu maksudnya pelbagai jenis dugaan.  Dugaan... Lain-lain orang, lain jenis dugaan yang dia kena lalui. Kalau tengah belajar, dugaan tak lulus exam. Dugaan tak dapat loan sebab pointer jatuh. Kalau tengah bercinta, dugaan putus cinta. 


Ishh.. putus cinta ni sakit woooooo... Saya dua kali putus cinta. Yang pertama tak ingat dah macam mana sakit dia sebab dah kahwin pun dengan mamat tu. Kiambang bertaut kembali. hahaha.. Yang kali kedua tu, sikit punya sakit. Nangis macam ke hape. Sampai bengkak mata. basah habis satu bantal dek air mata duka. Semalam cerita kat cik abang, fasal kisah saya putus cinta kali kedua tu. Dia marah kot sebab dia baling saya dengan bantal. Lepas tu dia cakap, "Hampeh..." hahaha.. Rilek aaa abang. Benda dah lepas. Dah berlalu semua rasa dulu tu. Yang ada hanya sejarah yang suka nak diceritakan. Bukan suka dikenang-kenangkan. Apa yang ada sekarang, hanya cintaku untukmu.. Pui...


Ok, berbalik fasal dugaan. Kalau tengah di alam pertunangan, dugaan yang paling sakit ialah putus tunang. Putus cinta pun sakit.. Putus tunang apatah lagi kan? Saya bertunang agak lama juga dengan cik abang. Tapi, ahamdulillah sampai berkahwin juga. Ada yang pelamin angannya musnah di tengah jalan. Itu adalah sangat sedih. Saya dapat rasakan sedikit kesedihan dan kerugian kerana ada sejarah dalam keluarga saya yang putus tunang. Takpela... Ada hikmah di sebalik semua dugaan yang menimpa kita dan keluarga. Kita masing-masing muhasabah diri. Mana-mana yang baik, jadikan teladan. Begitulah sebaliknya.


Kalau dah berkahwin, dugaan bertambah-tambah. Dugaan nak suaikan diri dengan mertua, ipar duai. Nak masuk dalam famili orang bukan senang. Banyak perbezaan kan? Perut lain-lain kata orang.. Itu yang ada bertahun kawin pun takleh suaikan diri lagi. Dugaan lain, yang ada anak tu.. Dugaan anak sakit la... Anak nakal sangat lah.. Itu kalau ada anak. Yang takde anak, dugaan jugak. Heheh..


Macam-macam kan.. Bila dah tua, dugaan masih  tak henti-henti. Dugaan anak tak jadi 'orang' lah. Dugaan kesihatan pulak dah kan masa tua. Dugaan anak berebut harta pesaka la. Ada yang dugaan kena hidup sunyi sebab anak-anak dah berjauhan. 


Lihat! Betapa banyak dugaan yang Allah kasi kat kita manusia ni. 


Tapi, jangan kita lupa.. Bukan keperitan dan kesusahan sahaja diturunkan Allah sebagai dugaan. Kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan juga boleh jadi dugaan daripada Allah. Allah ingin menduga sejauh mana kesyukuran dan keikhlasan hati kita menghadapi kesenangan tersebut. Maka, kalau kita dihujani kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan jangan lupa bersedekah dan memberi. Sedekah itu umpama bersuci hati dan harta kita kepada orang yang memerlukan. Jangan pandang orang dalam kesusahan dan penderitaan sebagai jijik. Jangan lupa yang ada ramai lagi kurang bernasib baik diduga dengan kepayahan dan kesakitan.


InsyaAllah.. Semoga hidup kita diberkati dan dirahmati Allah.

3 comments:

Joy said...

dugaan..tanda Allah sayang akan kita.

~ain said...

sangat betul!

zh-ena said...

banyak betul dugaan yg kita tempuhi sepanjang kita memahami erti dugaan dlm hidup nie