Pembaca Blog Ini...

Wednesday, February 29, 2012

Ngeri

Dua hari lepas, saya bermimpi ngeri.
Ada virus yang menggelikan sedang melanda tempat tinggal saya.
Saya keseorangan di klinik, dan memeriksa darah.
Nurse kata saya pun sudah dijangkiti virus itu.
Saya bimbang. Ke hulu ke hilir dalam klinik tanpa arah tuju.


Seluruh klinik kesihatan dipenuhi dengan virus.
Peliknya, virus itu boleh dilihat dek mata kasar.
Bentuknya macam biji selasih kembang (yang dalam sirap selasih tu)..
Banyak! Berlapis-lapis... Di dinding, di lantai, di bumbung...
Ya Allah. Tengah menaip ni pun teringat lagi mimpi ngeri itu.  Geli weh!!!!




Tiba-tiba sahaja saya berada di sebuah masjid.
Ketika itu, hujan lebat sangat.
Virus itu lebih senang, membiak ketika hujan.
Ramai juga yang berlindung di dalam masjid itu.
Saya ketika itu sedang berlari-lari di dalam masjid (panik kot),
tiba-tiba kaki saya dipeluk oleh seorang kanak-kanak.


Ara? Anak Ayu Bebeblog? Saya hairan.
Tapi, Ara juga keseorangan.
Saya tanya, "Mana ibu?" Ara geleng kepala.
"Mana babah? Bang Long?" Ara tetap geleng kepala.


Saya lihat Ara tergaru-garu.
Kaki dan tangan Ara dipenuhi virus umpama biji selasih itu.
Kasihan. Saya pun ambil kain kering dan saya basahkan
dengan cecair bunuh kuman yang entah dari mana datangnya.
Saya pun tak tahu. Nama pun mimpi, kan?
Saya sapu di kaki dan tangan Ara yang penuh dengan virus yang menggelikan itu.
Ara terus menggaru.


Eee... lepas tu saya sedar bunyi jam.
Tapi, masih liat nak bangun tidur.
Sambil saya menggaru-garu kaki dan tangan saya bangun.
Saya bangun dan terus melihat kaki tangan, dinding, katil, tilam..
Saya ingin pastikan yang virus itu tidak ada lagi!!!!!


Sebaik sahaja cik abang keluar dari bilik air, saya mengadu, "Abang.. Orang mimpi ngeri!"


Dia jawab, "Dah.. Dah.. Pi bangun mandi..."


huhuhu

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

ape kaitan anak aku dgn mimpi ko?!
muahaha..
ni mak angkat dia rindu kat dia la ni!
kena jumpa!
btw..
ara mmg tgh kena gatal2 ekzema dia balik..
huhuuhuh...

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

ni sblm tido ada tgk cite omputih cite2 ala zombie kewalking dead ke?

zh-ena said...

hehehhehe blh plak termimpi anak ayu..mcm mana tu