Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Mimpi LAGI Lagi

Saya mimpi ayah.

Ayah bawa kereta Wira tanpa kawalan. Ayah bawa kereta mengundur aje. Nasib baik tak langgar sorang mamat motor tu. Icah marah, terus Icah take over ayah drive. Ayah duk belakang aje. Tidur. Kita semua bising tanya mana ayah pergi selama ni. Ayah diam je. Dalam mimpi tu mak kata, ayah tak berapa sihat. Gigi pun dah expired. Kita semua gelak. Ayah masih diam je.

Itu sebab sebelum tidur hari hujan. Hujan lebat. Bila hujan lebat, hati jadi sayu. Meleleh lah.. Teresak-esak. Dalam kotak fikiran, asyik terbayang saat akhir melihat wajah ayah yang terbujur kaku. Dalam hati, masih terasa luluhnya jiwa. Tapi, terus berdoa agar Allah kuatkan hati aku ni. Biar Allah rahmati dan tenangkan roh ayah di sana. Terbayang-bayang. Tertidur.

Sambung mimpi....

Saya pi kelas mengaji. Dalam Al-Quran yang saya guna tu, ada macam satu bendalah bentuk mcm bateri jam. Bunyi dia kuat gila! Menjengkelkan bunyinya. Ustazah yang ajar ngaji tu suruh matikan. Tak boleh. Dekat setengah jam bunyi tu ganggu kita nak ngaji. Rupa-rupanya, jam handphone berbunyi. Lama. Nasib baik tak lewat bangun.

Ya Allah, macamanalah boleh merepek mimpi aku ni?

Sekian.

Lepas ni takde dah cerita mimpi merepek-repek ni. Janji. 

haha

Sunday, May 12, 2013

Mimpi Lagi

Malam tadi, saya mimpi...

Saya ada beg sling yang ada duit cash 25 ribu hengget.
Saya dan family pi bercuti kat Rome. OMG...
Duit 25 ribu cash tu, blom tukar duit sana lagi..
Pastu, apaaa laaa sangat 25 ribu tu kan?
Saya tanya emak kat mana nak tukar duit ni.
Mak jawab, entah... Mak pun tak tahu. Adoi!

Kitorang duduk je kat sebuah kedai makan.
Duduk je sebab tak tahu mcmana nak order.
Pulak tu duit tak tukar. Macamana nak beli makanan.
Emak ratah sambal goreng dia.
Saya pulak makan serunding daging beli kat Pasar Payang.
hehe

Lepas tu, balik hotel. Ada lelaki dalam bilik kitorang.
Pelik sbb tak kenal diorang. Saya kurung dorang dlm tandas, lari lari
cari suami saya. Tapi suami saya takde. Aduh la......

Dah.. Nak pi meeting

Terima kasihlah sebab baca cerita mimpi saya yang merepek sangat ni.

Tuesday, November 20, 2012

Along!

Semalam saya sakit kepala. Banyak toksik kot badan ni. heheh.. Dua kali muntah baru lega...

Saya tak pi kerja. Amik MC kat doktor pun tidak. Tahlah.. Tolak cuti tahun je lah. Tak larat nak pi doktor. Paling-paling dia bagi panadol. Sama je kat rumah. Baring lepas makna panadol. Rasa nak telan semua stok panadol yang ada.

Macam biasa, kalau sakit kepala.. memang kena tidur. Tutup lampu, kasik gelap lepas tu tidur sambil tekup bantal kat kepala. 

Tengah saya hayal-hayal tu (belum tidur), tetiba saya terdengar suara ayah kat telinga saya.

"Along!" 

Betul!!!!! Memang suara ayah. Saya tak silap dengar sebab masa tu saya sorang je kat rumah. Pagi lagi dan anak jiran pun tak bangun tidur lagi. 

Saya cepat-cepat bangun dan pandang kiri kanan. Mulut saya hanya mampu berkata, "Ye, ayah..." 
Lepas tu, kepala berdenyut lagi. Saya sambung baring dan tidur.

Saya cerita kat cik abang. Cik abang cakap, "Rindu sangatlah tu..." Saya hanya diam. Tahan sendu.

Saya cerita kat emak. Emak kata, "Kena doakan ayah banyak-banyak. Semoga ayah tenang di sana.."

Al-Fatihah.

~Rindu yang tak bertepi..............

Sunday, May 20, 2012

Belajar Akaun

Baru balik dari Dungun. Hahah.. Jangan boring, ye...  Sepanjang 2 tahun ni, ini jelah cerita utama dalam blog ni. Yelah, nak cerita pi jalan-jalan tak ke mana. Nak cerita makan-makan kat sini sana, mcm bosan je. Blog orang lain pun ada cerita fasal makan-makan kan... Takpelah, saya cerita fasal ni. Mana tahu, tetiba terbuka hati sesapa nak sambung belajar, kan? 


Minggu ni kelas modul ACC720. Managerial Accounting. Nampak macam senang sebab dah pernah belajar dulu. Penyata asas je macam Balance Sheet, Income Statement dan  Cash Flow. Basic je kan. Cuma, managerial acc ni banyak kepada prediction, suggestion, recommendation blablabla untuk penyata-penyata asas tu.  




Mengantuk gila dalam kelas (MCM BIASA PENYAKIT AKU SEJAK MASUK KELAS PERTAMA EMBA)  Tapi, saya beli coklat makan bila rasa mengantuk. Lepas tu pi minum air kat luar, lepas tu lompat-lompat sampai berpeluh, baru masuk kelas. Seksakan nak hilangkan mengantuk.. ahahahah..


Assignment dah diberi. Next week rest. Lepas tu, Test 1 dan hantar assignment individual. Esok nak start dah sebab taknak gila last minit. Modul ini tamat 23 Jun 2012. Lepas tu, merdeka! Lepas raya (kot) baru pk fasal belajar. hahahahaha


Sampai je rumah tadi, terus solat Zuhur. Lepas tu, tidoooooooooo sampai pak mertua datang bertandang bersama ipar duai. Hahaha.. Terganggu tidurku seketika. Takkan ko nak teruskan perjuangan di atas katil kan? Silalah bangun dah melayan tetamu. Lagipun, belum solat Asar.. Arghh.. ngantuk ditahan lagi.


Lepas, ipar duai balik semua.. Takleh sambung tidur, sebab dah Maghrib. Lepas solat Maghrib, tak tahan mata. Terus tidooo walaupun perut lapar. Saya buat keputusan untuk mengutamakan mata daripada perut. Cik abang dah makan nasi lebihan adik dia pi berkelah dan datang bertandang kat rumah saya tu.. hehehe..


Saya tidur sampai termimpi-mimpi benda mengarut. Saya jadi anak sedara arwah Bob Kuman laaaa. Siap tolong jaga arwah lagi. Adoi... Lepas tu, mimpi ada rombongan datang rumah emak, masuk meminang saya laaa... Lepas tu, boleh pulak aku terima.. Apa daaa punya mimpi.. Serabut aku! Tapi, cik abang kata, kalau saya letih sangat saya akan tidur mengigau sambil bercakap-cakap. Ye ke? Tah laaa.. dah tido mana nak sedar, kan..


Perut macam lapar. Sempat lagi cakap kat cik abang yang sibuk tengok bola Piala FA (Kelantan vs KL Sim Darby), "Abang, orang laparlah" ~ lepas tu, sambung tidur.


Lepas tu, cik abang kejut banyak kali. Saya sedar dia kejut. Tapi, tak larat nak bangun. Lemah gilaaaaa...... Tapi, kena bangun juga sebab belum solat Isyak. Cik abang siap masak lagi. Pukul 12 lebih, makan nasi + telur dadar + kicap... 


Esok kerja pulak!!! Uwaaaaaa... markah tak hantar pada Penyelaras lagi. Esok last.......


Ok.. tata!

Wednesday, February 29, 2012

Ngeri

Dua hari lepas, saya bermimpi ngeri.
Ada virus yang menggelikan sedang melanda tempat tinggal saya.
Saya keseorangan di klinik, dan memeriksa darah.
Nurse kata saya pun sudah dijangkiti virus itu.
Saya bimbang. Ke hulu ke hilir dalam klinik tanpa arah tuju.


Seluruh klinik kesihatan dipenuhi dengan virus.
Peliknya, virus itu boleh dilihat dek mata kasar.
Bentuknya macam biji selasih kembang (yang dalam sirap selasih tu)..
Banyak! Berlapis-lapis... Di dinding, di lantai, di bumbung...
Ya Allah. Tengah menaip ni pun teringat lagi mimpi ngeri itu.  Geli weh!!!!




Tiba-tiba sahaja saya berada di sebuah masjid.
Ketika itu, hujan lebat sangat.
Virus itu lebih senang, membiak ketika hujan.
Ramai juga yang berlindung di dalam masjid itu.
Saya ketika itu sedang berlari-lari di dalam masjid (panik kot),
tiba-tiba kaki saya dipeluk oleh seorang kanak-kanak.


Ara? Anak Ayu Bebeblog? Saya hairan.
Tapi, Ara juga keseorangan.
Saya tanya, "Mana ibu?" Ara geleng kepala.
"Mana babah? Bang Long?" Ara tetap geleng kepala.


Saya lihat Ara tergaru-garu.
Kaki dan tangan Ara dipenuhi virus umpama biji selasih itu.
Kasihan. Saya pun ambil kain kering dan saya basahkan
dengan cecair bunuh kuman yang entah dari mana datangnya.
Saya pun tak tahu. Nama pun mimpi, kan?
Saya sapu di kaki dan tangan Ara yang penuh dengan virus yang menggelikan itu.
Ara terus menggaru.


Eee... lepas tu saya sedar bunyi jam.
Tapi, masih liat nak bangun tidur.
Sambil saya menggaru-garu kaki dan tangan saya bangun.
Saya bangun dan terus melihat kaki tangan, dinding, katil, tilam..
Saya ingin pastikan yang virus itu tidak ada lagi!!!!!


Sebaik sahaja cik abang keluar dari bilik air, saya mengadu, "Abang.. Orang mimpi ngeri!"


Dia jawab, "Dah.. Dah.. Pi bangun mandi..."


huhuhu

Thursday, December 1, 2011

Nenek


Saya pergi kerja dengan bos saya.
Bos baru pindah kat kawasan rumah saya.
Ada program orang tua-tua kat office saya semalam.
Saya siap bawa nenek (belah emak) sekali
sebab nenek nak join program.
Program tu dua hari.
Nenek kena stand by makanan sendiri.
Saya buatkan nenek ikan bakar.
Nenek kemain suka.


Dalam perjalanan, nenek terjatuh.
Bos saya gelakkan orang tua tu.
Kurang ajar betul! Tak puas hati aku!!!!
Saya tanya nenek, "Nenek ok ke?"
Nenek angguk je.


Saya hantar nenek.
Bila balik, saya cerita kat cik abang fasal kejadian nenek jatuh tu.
Cik abang buat muka tak de perasaan.
Nenek tinggal kat tapak program.


Hari ni, nak pergi kerja..
Baru saya perasan nenek tertinggal ikan bakar dia kat depan pintu.
Kasihan nenek. Entah apa dia makan semalam.
Sedih aku!


Cik abang kejut, "Yang... bangun yang! Tak mau pergi kerja ke?"


Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Aku benci mimpi yang tak best macam ni.
Tapi, macam tak nak tamatkan mimpi
sebab rasa rindu kat arwah nenek...


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas nenek!
~Al-fatihah~



Sunday, October 16, 2011

Mimpi Ngeri

Dua tiga hari lepas saya bermimpi....


Mimpi tu sangat .............
Rasa sakitnya sampai ke urat nadi.
Lukanya pedih sampai ke ulu hati.


Saya bermimpi, cik abang suami saya telah bernikah satu lagi!
Sedih weh... Ada babak (babak katanya) dalam mimpi tu,
cik abang balik kerja terus pi cari 'bini' dia yang satu lagi tu.
Saya yang tengah tunggu dia, dia buat dek je.
Cis betul!!!
Emo! Emo! Emo! Emo!
Sampai nak menaip entri ni macam nak nangis dah pulak.


Saya cerita kat cik abang. Dia gelak aje.
Dia boleh buat lawak tak kelakar langsung,
"Itu sudah bagus! Bini baru abang tu siapa? Lawa macam Tiz Zaqya tak?"
*&*#>$@+#@%!*


Patutlah wanita yang mengizinkan suaminya bernikah lagi
akan dikurniakan payung emas di syurga
sebab rasa 'sakit' betul rupanya!
Dalam mimpi pun boleh terasa sakitnya...


[Nota: Orang kata, kalau bermimpi suami berkahwin lagi maknanya suaminya bakal dapat sesuatu kekuasaan atau keuntungan. Wallahua'lam]


Alah.. mimpi mainan tidur je kan?

Sunday, June 12, 2011

Cubit

Dua tiga hari lepas, saya dah buat satu benda bodoh..


Ini kisah mimpi ke mengigau ke saya pun tak tahu laa sebenarnya..


Tapi, lebih kurang macam ni laaa...
Dalam mimpi tu, saya nak ambil bantal peluk.
Tapi, di alam nyata saya tercubit pinggang cik abang.
Terkujat mamat tu! Kuat kot cubitan itu.. wahahah


Saya sedar yang dia ada tanya saya, "Kenapa?"


Saya pun jawab, "Mengigau nak ambil bantal peluk."
Lepas tu, saya pun ambil bantal peluk.
Terus selamba sambung tidur.
Bersungguh-sungguh betul!


Bila dah bangun, cik abang gelak-gelakkan saya.
"Ingatkan nak ajak bergurau. Bini aku, tak abis-abis mengigau!"


Cissssskek!
Bong*k betul!
Malu ok!


Monday, December 20, 2010

Cincin Berlian

Malam tadi kan...
saya kan..
mimpi kan...
abang kan...
kasi kan...


CINCIN BERLIAN!!


Yang ketiga dari bawah tu

Tapi, sebenarnya saya dah ada yang ala-ala.
Abang kasi masa tunang (yang bawah sekali) masa nikah (yang dalam mimpi tu)
Yang emas kuning laaaa! Tak de lah berlian tulen ni.
Belum mampu =D


Apesal lak tetiba ahkak mimpi cincin berlian ni?
Alahai.....

Wednesday, September 1, 2010

Kemalangan Ngeri

Saya dan Naim (adik bongsu saya) pergi ke kedai menaiki basikal.
Entah ke mana perginya kereta saya pun tak tahu.


Bila Naim memeluk pinggang saya, saya berkata,
"Naim, jangan pegang pinggang Along. Susah Along nak kayuh basikal sambil berdiri."


Naim melepaskan pelukan,
"Habis tu, macam mana? Aim nak pegang mana?"


"Aim pegang je tempat duduk ni. Pegang cepat-cepat... Along nak seberang jalan ni..."


Naim menurut perintah.


Kami nampak sebuah basikal lain ditunggangi oleh seorang kanak-kanak.
Kanak-kanak itu terjatuh dari basikalnya di tengah jalan.
Semasa ingin melintas jalan itu.
Terlentang budak tu jatuh.
Tiba-tiba datang sebuah lori,
melanggar budak yang sedang terbaring...
Pecah anggota badan..
Di depan mata kami berdua....
Diulangi.. depan mata kami!


Terkedu..
Saya berhenti di tepi jalan, memeluk Naim sambil memejamkan mata.
Mulut Naim hanya menyebut, "Kesian nya dia, along! Astaghfirullah al-azim..."
Berulang kali sambil membalas pelukan erat saya.


Saya buka mata.........
Nasib baik semua itu adalah mimpi!!!


Puh.............. ngeri beb! Ngeri!
Sampai sekarang masih terbayang....

Sunday, August 15, 2010

Terlajak dan Pemerdagangan Orang...

Malam tadi, punyalah payah nak tidur!
Pusing kiri, pusing kanan..
Semua tak kena! Apa nak jadi ni haaaaaaaaa?
Saya rasa sebab kalau Jumaat Sabtu, kitorang dah banyak tidur..
Bila nak masuk Ahad je jadi payah laaa nak adjust balik waktu tidur tu.
Sabar je laaa.
Cik abang kata sebab kami minum kopi..
Padahal sebelum ni, minum je laaaa apa pun tidur je. Tak de kena mengena.


Tak tahu pukul berapa mata terlelap.
Tapi, terlelap ayam je (ahahha ada ke perkataan ni?)
Lepas tu, kejap je jam berbunyi suh bangun sahur.
Sebelum ni (3 hari yang lepas) asal sahur je, pak mertua kejut bangun.
Hari ni tak ada pula.
Agaknya dia dah malas kot nak call
sebab tahu kitorang reti bangun sendiri.
Berderu-deru call masuk.
Padahal kitorang dah bangun dah pun sahur.
Abah kan.. Dia cepat risau.
Semua anak menantu dia call suh bangun sahur.
Mungkin sebab terlalu lama menjaga anak-anaknya seorang diri,
membuatkan dia teeeeeeeeerrrr lebih concern terhadap anak-anaknya.
Walaupun anak-anaknya udah berbini..
Hahahhahah


Haaaa.. sambung balik.
Jam bunyi pukul 5..
Mata masing-masing macam ada gam.
Cik abang tanya, "Yang, nak sahur tak?"
Saya jawab, "Tak nak!"
Lepas tu saya nampak cik abang bangun amik air kosong.
Saya minta sikit... Lepas tu minum seteguk dua. Terus tidur balik.

Siap mimpi, ada sorang makcik tu...
Dia orang kaya.
Rumah besar, kereta mewah.
Dia ada anak ramai.
Salah seorang anak dia kecik laaa...
Dalam setahun lebih gitu.
Lepas tu, tetiba makcik tu pi mengadu kat mak saya, anak dia hilang.
Tapi, dalam mimpi tu....
Saya dengan adik saya Imah sudah tahu yang sebenarnya makcik tu jahat.
Dia culik anak dia sendiri, lepas tu dia jual.
Dalam mimpi tu, saya dengan Imah
ada ternampak sebuah kereta yang
bonetnya penuh dengan budak-budak kecik, termasuk anak makcik tu.
Siasat punya siasat, rupanya makcik tu penculik budak.
Dalam mimpi tu lagi, Imah ada cakap, "Along, makcik tu melakukan pemerdagangan orang.." Hahahha poyo je Imah dalam mimpi tu.
"Kita kena fikir, Imah..
Macamana kita nak selamatkan budak-budak tu!
Kita tak boleh report polis sebab kita tak ada bukti.. "

Dua kali lima je saya pun poyo dalam mimpi tu....
HAHHAHAHAHAHAHA


Masa tu laaa, cik abang kejut saya.
Pukul 7.30 baru terjaga solat subuh. (SELEKEH)
Alahai... bukan sengaja! Terlajak sudah........
Boleh pulak saya cakap kat cik abang,
"Agaknya kan, bang...
Makcik yang jahat tu kena tangkap tak?
Macam mana dia kena berkas ek?"



Cik abang buat muka confuse je..
HAHAHAHAH.
Nasib abang laaaaa dapat bini macam ni.


Lepas tu, siap-siap terus pi kerja.
Punch in hari ini pukul 8.30 am.
Not bad huh?
HAHAHHA


(Saya tak puas hati betul. Saya nak sangat tahu, makcik tu kena tangkap ke tak...)

Wednesday, August 4, 2010

Terbawa-bawa dalam mimpiku yang ngeri

Saya tidur lewat juga laaa malam tadi.
Tengok drama kat Astro Prima. Kenderaan ke Syurga.
Bongok betul anak-anak pakcik tu.
Siap doakan bapak dia mati cepat,
siap booking keranda dengan batu nisan sebab nak kan harta.
Bapak nya harta banyak laaa..


Last
sekali, bila bapak nya (Aziz Satar) mati,
hanya sebuah masjid je yang diwariskan kepada
anak-anak dia (lakonan Shaharuddin Thamby dan Isma Daniel).
Harta lain, semua bapak dia sedekahkan kat orang.


Masa hidup, bapak nya pesan.
Masjid tu umpama kenderaan ke syurga.
Tidak ada bandingan dengan kenderaan yang ada di dunia ini.
Tak perlu bayar roadtax, tak perlu isi petrol, tak payah ganti sparepart.


Insaf lah anak-anak nya tu.
Terus kata,
"Nasib baik ayah tak bagi harta yang banyak kat kita.
Sebab mungkin ayah dah tau, nanti harta itu akan jadi kenderaan kita ke neraka pula"


Tapi, ini bukan cite sedih tau.
Dia macam ala-ala komedi.
Tapi, ada nilai-nilai murni yang diterapkan.
Pengajaran itu disampaikan dengan cara yang ringan dan santai.


Saya pun leka tengok drama tu.
Sebelum tu, tengok Desperate HW.
Kena tumpu betul-betul sebab jalan cerita nya makin complicated.
Takut lak bila ada orang jahat + kejam + gila
masuk rumah kita sebagai individu yang baik.
Kan kan kan?


Ok laaa.. berbalik kepada mimpi ngeri..


Haaa.. Saya mimpi saya ditugaskan untuk kumpul duit untuk.... (lupa)
Lepas tu, kira punya kira.... ada RM3k++.
Ada duit seratus-seratus banyak keping.. lima puluh pun banyak keping..


Sekali, saya pi mana tah.
Borak-borak ngan siapa tah (lupa lagi)
Tiba-tiba duit tu tinggal dua ratus je.
Itu pun singgit-singgit.
Ui... dalam mimpi tu saya punya menggelabah.
Sambil fikir, "Kalau semua ni mimpi kan bagus. Tak yah nak ganti duit banyak-banyak tu"


Haaaaaa.. dah ingat. Duit untuk dinner. Dinner apa? (lagi-lagi lupa)


Tetiba pakcik Aziz Satar dalam drama Kenderaan untuk ke Syurga tu muncul. Dia kasi saya duit untuk ganti duit dinner yang hilang tu? Rupa-rupanya yang curi duit dinner tu ialah orang kejam + gila yang berlagak baik dalam Desperate HW tu.........


Adui.......... selalu macam ni tau!
Bila tengok drama sampai masuk dalam mimpi!


Kalau baca blog orang termimpi jumpa penulis blog tu.
Jiwa kacau betul laaa saya ni, kan?
(sambil garu-garu kepala)

Tuesday, June 29, 2010

Hantu Kelakar

Malam tadi tidur macam awal sikit dari biasa.
Oh, awal pun pukul satu pagi jugak laaa tutup lampu.
Pusing kanan pusing kiri, tak awal jugak sebenarnya....


Sebelum nak tidur kena mandi dulu.
Kalau tidak, panas berpeluh-peluh tak leh nak tidur juga.
(Hai.. hai.. hai.. bila lah abang nak pasang econ atau
Bahasa Melayu Tinggi dipanggil penghawa dingin.)




Ok..
saya baru ingat.
Saya mimpi hantu.




Tapi, keadaannya lain macam sikit.
Entah dari mana datangnya, hantu ramai gileeeeer!
Huduh huduh lak tu.
Siap tinggal macam dalam asrama, tidur dalam dorm.
Semua aktiviti ramai-ramai pulak tu. Makan dalam dulang.
Paling tak tahan sekali, boleh pulak hantu-hantu tu semua ada pertandingan nasyid.
Pentasnya pulak kena mendongak ke atas bukan macam pentas biasa.


Pelik tak?
Pelik tak?


Pelik nya, macam mana saya boleh ada di kalangan hantu-hantu itu?
Adakah sebenarnya dalam mimpi itu, saya juga adalah hantu?
Kompius betul............ heheheh


Nasib baiklah, mimpi memang mainan tidur.

Saturday, December 5, 2009

Mimpi yang Ngeri di Siang Hari! Ngeri kah?

Saya mimpi ngeri tadi..

Saya kena culik dek orang jahat.
Orang jahat itu bawa saya naik bot jauh ke tengah laut.
Kemudian, tiba-tiba bot tu karam (bot karam ke?).
Orang jahat tu tak reti berenang.
Saya pulak yang selamatkan orang jahat tu dari mati lemas..
Hahahaha... Sungguh kelakar!

Lepas tu, tiba-tiba datang seekor makhluk pelik.
Pelik sangat2. Besar dan panjang macam ular gergasi.
Giginya tajam dan memang mengerikan!
Sangat menakutkan....
Saya tiba-tiba saja ada dalam masjid,
kemudiannya kami ramai2 dalam masjid itu membaca 3 qul
(Surah An-Nas, Al-Ikhlas dan Al-Falaq)...

Lepas tu, tetiba saja ada orang ketuk tingkap dan memberi salam!
(Ceh.. cik abang saya baru balik rupanya!?
Tak bawa kunci rumah main ketuk2 tingkap pula)

Tuesday, November 24, 2009

Mimpi sedih

Malam tadi mimpi sedih.

Tapi, orang kata kalau mimpi sedih...
alamatnya akan dapat kegembiraan kan?

Orang kata laaa....
Saya tak kata...

=)

Sunday, November 15, 2009

Mimpi


Malam tadi, saya mimpi sesuatu yang sangat aneh.
Tak pernah langsung saya bermimpi sebegini.

Saya bermimpi saya masak ayam kukus.
Sampai hari ini saya ingat resepi ayam kukus saya itu.

Ayam
Sos tiram
Serai
Bawang putih
Bawang merah
Halia (lebih sikit)

Cara masak pun saya ingat!
Lumurkan semua bahan pada ayam.
Kemudian perap 3-4 jam.
Kukus lama sedikit supaya lerai ayam dari tulangnya..

Saya sebenarnya tidak pernah buat ayam kukus.
Tak pernah tahu resepi ayam kukus.
Langsung tak pernah makan ayam kukus.

Maka, saya try google resepi ayam kukus.

Haaaa....
Lebih kurang sama!!
Macam dalam mimpi saya.


Teringat cerita orang tua-tua yang dapat ilmu dari mimpi.
Saya pernah dengar (tak tau betul ke idak),
makcik tukang urut dapat ilmu mengurut dari mimpi.

Adakah saya ini dapat ilmu memasak dari mimpi juga??

Hahahha.. sungguh poyo!

Thursday, July 9, 2009

Saya yang kuat tidur..

Sejak akhir-akhir ini,
maksud saya seminggu dua kebelakangan ini...

Saya suka sangat tidur.
Padahal saya tak lah mengantuk sangat.

Cuma letih sikit je..
Termengah-mengah sana sini..
Berat badan naik lagi kah???
Hadui.. kena berdiet laaa semula ni...ohohohoo
Tulun.. tulun..

Bila balik kerja, kalau tak perlu memasak
(suami saya dah beli makanan kat luar @ suami saya dah makan kat office),
saya akan baring-baring sambil tengok tv, lepas tu.... ek ehh dah terlelap..

Malam pun tidur awal, tapi...........
pagi-pagi, mesti bangun lewat.
Dah kunci jam pun, asyik laaaa tersasar!
Pergi kerja pun lewat.
Nasib baik laaaa waktu kerja fleksibel...
Kalau tidak mesti dapat surat warning dah...
adui... (menyesal..menyesal..)

Bila dah banyak tidur, otak jadi macam lembab..
Badan jadi macam tak sihat.. (kena mula pergi jogging semula ni)
Macam-macam mimpi datang..

Pagi tadi..
saya mimpi dapat bunga dari suami

Dapat naik gaji

Dapat kereta baru

Pergi Cameron Highland..

Ahahhaha..
malangnya, itu semua hanya lah mimpi semata-mata!
Tanpa keberanian, mimpi takkan jadi nyata!! ~eh eh.. tetiba

Minggu depan kuliah dah mula.
Harap-harap saya dapat lah mengubati 'penyakit terkini' saya ini..

Tata..

saya nak edit manuskrip!!
'Masa kecederaan' tinggal 5 hari je lagi...


Monday, July 6, 2009

Mimpi Tak Jadi Nyata

Saya terlalu memikirkan sesuatu hingga terbawa-bawa dalam tidur.

Mimpi mengenai dua perkara..

Satu perkara baik, dan satu perkara tidak baik..

Bila bangun dari tidur, kedua-dua perkara sama ada baik atau tidak baik tidak menjadi kenyataan.

Dari satu sudut, saya merasa kecewa kerana mimpi yang baik itu tidak menjadi nyata.

Dari sudut yang lain, saya bersyukur kerana mimpi yang tidak baik itu juga tidak menjadi kenyataan..

Oh.. Alangkah bahagianya kalau mimpi yang baik itu menjadi nyata.....

~Dah.. dah.. Hari ni banyak kerja yang harus diselesaikan...

Wednesday, April 22, 2009

Mimpi hantu

Malam tadi, saya sedang tidur...

Saya ada mimpi sesuatu tapi bukan mimpi hantu. (saya tak ingat lah)...
Tapi, apa yang saya ingat ialah dalam mimpi saya itu, saya terdengar bunyi menjerit-jerit sambil menyebut "Pergi..pergi..pergi...!"

Oh sangat trajis..
Saya tersedar dari tidur dan mendapati ada jejaka sedang menjerit-jerit di sebelah saya..
Rupanya, suami saya mengigau lagi..

"Abang.. abang..." sambil gerak-gerakkan badan dia..
"Hm...." boleh menjawab pulak tu..
"Abang kenapa?"
"Ngigau"
"Abang ok tak?"
"Hmm.."

Lepas tu, saya pun malas laaa nak tanya banyak-banyak kan sebab mata pun mengantuk.

Pagi tadi, saya kejut dia bangun tidur.
Saya tanya dia, "Abang mengigau ke malam tadi?"
"A'ah.. abang mimpi hantu,"
"La.. ye ke?"
"Hmm.. abang dari dulu lagi kalau mimpi hantu mesti abang tidur bunyi-bunyi,"
ek eleh..sebelum ni dia tak mimpi hantu pun tidur bercakap juga.. nak cover laaa tu.. heheehehhe

"Oh, ye ke?"

"Ye.. jahat nate (singkatan untuk binatang) hantu ni jahat betul. Sampai ke dalam tidur orang dia nak kacau!"

hehehe.. hantu pulak yang salah, ye?....