Pembaca Blog Ini...

Wednesday, March 7, 2012

Anak Murid

Saya pernah beri nasihat kepada anak murid saya yang seorang ini. 


Ketika itu, beliau kurang keyakinan diri. 
Terpaksa ulang paper saya 2 kali.
Kalau tak silap saya sekitar tahun 2009 gitu.


Saya masih ingat ayat saya, pada suatu hari semasa sesi tutorial sedang dijalankan. 
Saya meminta beliau menyelesaikan masalah kira-kira di hadapan kelas.
Beliau bangun dari kerusi, lambat-lambat (seret kaki) menuju ke hadapan.


"Izh**, ke depan! Laju sikit. Yakin awak boleh buat. 
Yakin awak tu, mesti sama besar atau lebih besar dari diri awak!"


Saya langsung tidak berniat untuk mempersenda saiz badan atau apa sekalipun.
Cuma, saya rasakan dia ada potensi.
Malu-malu tidak akan bawa dia ke mana-mana. 


Hari ini, dia tag saya gambarnya yang ini. 


Qoutenya, 
"Cik, saya dah faham.
Yakin saya sudah lebih besar dari diri saya sendiri! 
Terima kasih, cik! Jasa cik akan saya kenang sampai bila-bila. 
Semoga cik hidup bahagia"


Perasaan saya bercampur baur. 
Macam nak meleleh ayo mataku ini. hehe
Dalam hati saya, "Dah besar dah anak murid aku! Dah boleh pegang 'topi putih' tu..."


Semoga terus berjaya dalam hidup!

3 comments:

Jaslin.D said...

Alhamdulillah. Kalau kita ikhlaskan ilmu & pengalaman (lebih dr ilmu dr buku teks), pelajar akan lebih hargai. Sy sendiri pernah di'hargai' oleh pelajar, termasuk tuan punya blog ini. Kepuasan mengajar, membaca sblm masuk kelas (terutama subjek yg kita tak pernah ajar), siapkan marking & bagi markah ialah Penghargaan dari seorang anak didik yg 'menjadi'. Alhamdulillah, Ain jg spt pengalaman yg sama.

Jaslin.D said...

Alhamdulillah. Saya pun pernah menerima penghargaan begitu, termasuk dr tuan punya blog ini. Sy percaya keikhlasan guru menyampaikan ilmu & berkongsi pengalaman (lebih dr buku teks) menjadikan pengajaran lebih efektif. Kdg2 teguran kita mcm xde apa2, kdg2 menyindir, kdg2 mmg tahap sakit hati tapi students yg ikhlas (jgk) akan menerimanya & mengambil ikhtibar. Alhamdulillah, Ain dpt pengalaman yg sama. Berbaloi kan jadi cikgu?

zh-ena said...

terharu laks bila baca