Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Tuesday, March 29, 2016

Hantaran 15k

Hari ni viral pasal video kaum kerabat mengamuk pasal duit hantaran tak cukup 5k. Macam macam orang ni kan. Tapi bukan nak ulas pasal tu. Taktau cerita sebenar. So.. no komen. Kang salah cakap kang berdosa.

Masa saya bertunang dulu, pihak lelaki yang tentukan berapa nak bagi duit hantaran.

Sehari sblm bertunang masa tgh duk siapkan dulang hantaran ke apa tah ek. Tak ingatlah tgh buat apa masa tu. Encik tunang col. Dia tanya, "Abah (FIL) suh tanya. Hantaran berapa?" Mana laaa makhencik tau. Mak hencik nak bertunang je. Duit hantaran tak pk lagi.. Dia suh tanya mak.

"Mak.. hantaran berapa duit?"

"Eh.. manalah mak tau. Tanya lah ayah."

Ayah buat muka tak mengerti, "Eh.. ayah ke yang kena fikir?"

"Yela.. ayahlah fikir.."
 Ayah terus buat muka blur.

Last sekali.. Ayah kata, "Ikut suka dia lah. Nak kena tetapkan pulak. Ayah bukan nak jual anak."

Maka nya.. cik abang sendiri bgtau abah dia berapa dia mampu. Padahal seposen pon takde masa tu. Hahahahhaa yelah, baru keje. Saving zero.

Pas bertunang baru kumpul duit secara serius. Sebulan simpan seribu ko! Nak anak dara orang punya pasal. Masa tu blom beli kereta, tak de hutang rumah, blom start bayar ptptn. Fokus... fokus... kena kawin cepat. Kenal dah lama. Jangan nak main2 ya!

Skrg nak simpan seratus pun liat.

Masa nikah, ada duit mas kawin gubah bentuk bunga2 ros merah2. Sepuluh kuntum je pon.. Siap daun. Duit hantaran dah di bank in siap2 dlm akaun emak. Hahaha.. buat bayar catering. Cukup... takde hutang sana sini. Majlis simple aje. Prepare awal2 semua. So tak de rasa keluar duit sedebuk utk majlis. Duit sedebuk pun takde hahahahahah

Nak bergadai bergolok pun takde harta aset pun nak digadai. Apa yang ada ajelah. Habis majlis..habis semua selesai. Alhamdulillah.. bleh sengih2 dah lah. Pasal dah kawin. Hahahha.. gatai. Eh.. memang..

Orang dtg (makcik kecoh) tanya mana duit hantaran? Emak jawab, "Zaman moden. Semua pakai bank in aje. Selamat. Kalau buh atas dulang payah nak jaga.."

Bukan nak kritik sesiapa. Semua keputusan nikah kawin ni di tangan masing2. Duit ke apa ke bleh bawa bincang. Kalau mampu ok aje.

Tapi.. kes aku ni.. kalau dulu ayah mintak belas2 ghibu, ntah2 aku blom kawin lagi sekarang. Hihi.. duit tak ada.. tapi hati ingin kawin. Apa dayaku...oh..kawan... (ternyanyi plak dah)


Kalau dipermudahkan, maka mudahlah ia. Nak kawin kan benda baik. Nak halalkan yg haram. Nak ramaikan umat Nabi SAW. Bersorak syaitan tau bila umat Islam tak jadi kawin ni... Gembira sebab dia bleh hasut lagi buat maksiat. Nauzubillah..

Semoga dipermudahkan urusan kita yang baik-baik.

Moga berkat semua rumahtangga yang telah dan akan dibina...

Amin...


Thursday, May 28, 2015

Wassap Berasap

Sejak ada apps WhatApp ni sms memang jarang-jarang sangat dah. Apa apa hal suruh wassap. Nak tanya apa-apa, meh wassap.. Mak ayah tuk nenek semua masuk wassap group. Oh, tetiba ada 10 group wassap. Pening bunyi treng treng treng. Nasib baik boleh off notification setahun. Hahahaha

Sambil wassap kawan2 sekolah, oh.. Bukan semua kawan sekolah. Geng masa sekolah dulu lah. Geng yang sama sama duk ngelat masa prep. Dalam kelas sama sama sibuk tidur sambil salin nota. Geng yang sama sama.kalah main netball. Geng sama sama panjat pagar asrama nak beli kerang bakar.. Hahaha.. Tulis byk pun tak guna sebabnya hal sekolah ni geng geng sekolah je yg faham bila kita buat throwback..

Sambung cite.. Masa saya duk sesaja teringat geng geng masa kat UiTM Shah Alam (2004-2006). Kitorang sewa rumah flat 'lawa gila' kat Seksyen 6 area balai polis. Hahahaaaa..

Geng yg study sama-sama. Pastu lapar memalam, pi goreng cekodok. Ahaha.. Lepas kelas pi pasar beli lauk,sampai rumah terus masak sbb dah kelaparan. Kalau balik waktu lunch, beli nasi campur kat kedai belakang pasar. Hari hari aku makan ikan keli. Hahaha.. Takde lauk lain ke?

Terkenanglah tunggu bas mini warna pink (takde dah kot skrg) nak pi kelas kalau takde bas UiTM atau bas UiTM tu lambat. Tengah tunggu bas, boleh plak terserempak dengan Wan Maimunah yang pelakon tu.

Hah? Apa lagi? Masa tunggu bas, mata melilau duk tgk mamat emsem tah mana-mana dtg aku pon tak tau. Hahahaha.. Jalan kaki dari kolej lelaki (dah lupa nama) naik bukit tonggek habis sampai fakulti. Lecak abis ketiak tp still steady dan bersemangat waja. Skrg kalau kena jalan kaki pi depan rumah pon dah ngamok!

Kenangan kat UiTM Shah Alam banyak yg dah lupa. Kenangan percintaan suam kuku malu tapi mahu. Bod*h bo**h ajelah. Hahahah.. Malu nak ingat balik. Tapi, takpelaaaa dah berlalu.

Tetiba? Hoi! Apesal tak create grup wassap.ni? Kenapa boleh tak terfikir nak create grup wassap! Kenapa? Kenapa? Ya Allah... Yang sebenarnya, dalam hati sangat rindukan geng rumah sewa seksyen enam.

Ya Allah... Rindu sangat! Tapi, pendam ajelah. Boleh tgk perkembangan kat FB. Bila jarang-jarang update kat FB rasa macam lost. Ye aaaa kan. Beratus ratus kawan kat FB. So, mcm berkecamuk je otak nak keep track. Pastu tak berapa.pandai plak nak ber FB. Banyak msg tak terbaca lah apa lah..

Padahal no hp ada je selama ni. Mustahil lah diorg dah tukar no sbb kenal sangatlah bukan spesis gitu. Saya pun baru dua kali tukar no sbb masalah sim card. Itu pun dah bg no br pada kawan2 yang minta melalui FB.

Terus create grup dan...... Ya Allah! It's work.. Semua pun dah lama tak jumpa. Kenduri kawin diorang pun aku tak sempat pergi. Perkembangan diri selain perkembangan fizikal (kalau ada), pun dah banyak. Semua keenam enam gadis jelita sudah bersuami. Alhamdulillah.. Ada sudah punya anak dan anak-anak. Kalau buat gathering oh alangkah seronoknya!

Nampak macam susah sikit nak direalisasi sebab masing2 ada komitmen keluarga, kerjaya... Kita pun faham kan bukan sikit-sikit komitmen tambah lagi jika ada anak kecik. Susah juga nak expect boleh travel jauh-jauh. Tapi, mesti boleh dilaksanakan... Memandangkan masing2 ada di Selangor, Melaka dan Johor mungkin boleh plan satu percutian ringkas atau kunjungan di hari raya..

Semoga Allah permudahkan dan jalinan ukhuwah ini diberkatiNya. AMIN...

Tuesday, March 25, 2014

Berita Pedih

Menyampaikan berita sedih adalah sangat sukar. Bukan semua mampu untuk menghadapi.

Hampir dua tahun lalu, seoranh doktor di KPJ Seremban memanggil saya, emak dan arwah ayah. Dengan wajah yang kelat, doktor berbangsa Cina itu beritahu ada dua kemungkinan. Kesakitan di rusuk yang dirasai ayah itu mungkin disebabkan oleh bisul atau ketumbuhan. Kalau bisul, kena bedah segera. Kalau ketumbuhan ...... boleh dirujuk pada pakar. Pakar hanya ada di Hospital Serdang. Saya dapat rasakan doktor itu dah tahu keadaan sebenar.

Saya tak sangka sama sekali... Ketumbuhan itu adalah kanser tahap 4. Cuba bayangkan.. Bagaimana doktor ingin sampaikan tentang kanser tahap 4 itu kepada pesakit. Kepada ahli keluarga pesakit. Berita sedih.. Kalaupun kita takde kena mengena, tapi kalau kita manusia.. Kita akan turut rasa kepedihannya..

Saya pasti pada ketika itu, mak dan ayah menerima berita itu dengan kepiluan yang amat sangat.

Dan saya membayangkan keadaan PM Najib untuk memberitahu berita sedih mengenai MH370 malam semalam. Walaupun saya bukanlah pro Najib sangat tapi, malam tadi saya ada pendapat yang berbeza.

Saya tak setuju, sesetengah pihak yang asyik pertikai sana sini. Semua serba tak kena. Tah bila nak puas hati saya pun tak tahu. Tak paham aku...

Belajarlah menerima. Menerima bukan makna mengalah. Tapi, kadangkala kita perlu juga lihat sesuatu dari sudut yang berbeza.

Semoga kita bertabah. Menerima setiap berita buruk dalam hidup ini dengan pasrah dan redho. Semoga Allah beri kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cubaan...

Amin..

Sunday, January 26, 2014

Makan Rumput

Saya dengar radio pagi tadi. Isu fasal cikgu denda murid suh makan rumput. Heheh.. Kelakar. maaflah sebab terbayang budak tu kena makan rumput bagai. Tapi, bila fikir kesian juga. Ada pulak macam tu cikgu .. Nak salahkan siapa pun tak tau. Ada caller yang salahkan cikgu. Ada caller yang kata budak tu manja beno. Ada yang budget-budget bagus aje.. ahahah Macam-macam lah....

Dulu zaman saya sekolah, cikgu garang juga. Kalau tak siap kerja sekolah ke apa ke siap kena ketuk tangan pakai pembaris kayu. Ketuk dengan pemadam papan hitam. Dengan rotan usah lah dikata. Ada jugaklah kena. Kalau nasib tak baik kena berdiri atas kerusi. Huh... saya lebih sanggup kena ketuk dengan pembaris kayu. Sebab berdiri atas kerusi adalah denda yang memalukan. Kalau kena ketuk, kejap je dah lupa. Hahaha. Kalau ganas sangat tu, cikgu denda ketuk ketampi depan kelas atau berdiri luar kelas sampai habis masa. Macam-macam lagilah. Cik abang pulak pernah kena penampar lagi .... Haaaaaaaaa... ish.. seram..

Tak pasti lah kenapa. Zaman saya dulu, kalau kena denda kena marah dengan cikgu balik rumah diam-diam aje. Tak berani nak bagitau mak. Nanti mak pun tambah lah kesakitan. Tak pun, kena perli sebab siapa suruh buat salah. Panas telinga aje. Siapa suruh tak siapkan kerja sekolah? Siapa suruh nakal kat sekolah? Siapa suruh tak dengar cakap cikgu? Haaaa.. sebab tu lah diam membisu sahaja. Dah lama-lama baru bagitau mak. hehehe

Zaman sekarang ni dah lain. Sekarang punya zaman, cikgu marah sikit nak ngadu ngan mak ayah. Mak ayah pulak percaya ke anak sangat sampai takde usul periksa pergi serang cikgu kat sekolah. Tak pun terus saman menyaman cikgu. Hadui... 

Cikgu zaman sekarang dah tak macam cikgu zaman dulu. Dulu kalau jumpa cikgu kemain orang lain duk hormat. Macam abah saya (pak mertua). Dia cikgu pencen. Jumpa kat luar, orang mesti tegur.. "Cikgu.." sambil angkat tangan. Anak-anak murid dia kalau terserempak dia tengah sapu daun pun dorang sapa mesra. Zaman sekarang, tak de mana lah.... 



Kita pun tak tahu apa yang budak sekarang lalui kat sekolah. Kita beri pandangan berdasarkan zaman kita aje lah. Mungkin faktor sekeliling jadikan anak-anak kita sekarang takleh nak ditegur dengan cara yang zaman dulu. Pendekatan mungkin kena tukar. Takleh denda-denda dah. Bak kata abang DJ Radio tu.. "Kita jangan bagi dia makan rumput. Kita bagi dia makan ayam golek...." Wahahahaha.. Lucu. Tapi, DJ tu cakap kita guna pendekatan lain. Lepas budak tu dah makan kenyang kita pun cakap, "Kau tak buat kerja sekolah pun cikgu bagi kau ayam golek. Kalau kau buat kerja sekolah elok-elok mesti lagi best cikgu bagi..." Hahahahah...

Mengajar ni senang. Tapi, nak mendidik tu sangatlah sukar. Cuba kita fikir, dulu mak bapak tak sekolah tinggi-tinggi. Kerja pun menoreh getah atau kerja-kerja kampung aje. tapi, anak-anak 'menjadi'. tak semesti menjadi orang berpelajaran tapi lebih penting jadi orang yang beradab. Budak sekarang, bukan nak mengata lah tapi berapa ramai emak ayah kerja bagus-bagus gaji ribu riban rumah besar kereta mahal. Tapi anak-anak biadap. Anak-anak tu bukan sengaja jadi biadap. Tapi, diorang tak tahu pun apa itu adab. Diorang tak sedar pun yang sepatutnya diorang tak boleh buat macam tu macam ni.... Haaa, kan? Perkara adab beradab ni memang takleh ajar dalam classroom. Itu didikan dari rumah..

Mungkin sikap dan peranan cikgu zaman sekarang pun dah tak sama dengan zaman dulu. Peredaran zaman lah kan. Zaman sekarang semua orang dah stress lebih. Semua benda tak kena.. Hehehe

Takpelah.. Kita doakanlah yang baik-baik untuk anak-anak dan cikgu-cikgu....

Ok, bai...

Thursday, January 9, 2014

Ukur baju di badan sendiri

Adik ipar saya bakal bernikah bulan 3 nanti, InsyaAllah.

Sekarang wassup group family aktif setiap malam. Semua tengah duk bincang pasal preparation. Masing-masing amik peranan. Maklumlah takde emak.. Kalau ada emak, ok lah emak emak kan suka prepare kalau anak2 nak kawin. Kalau bapak bapak ni takde mana sangat. Abah in charge bahagian makanana lah sebab itu kepakaran dia. 

Yang lain-lain ambil bahagian macam tempah pelamin, meja makan beradap, hiasan bilik tidur, gubahan hantaran, khemah, doorgift, kad jemputan... blablablabla.. Kita belah lelaki. tak banyak sangat nak kena buat. Tapi, lelaki ni mana lah tau apa-apa pasal hiasan bagai. Hahaha...

Malam tadi minta map ke rumah pengantin. Maka, cik abang kumbah lah album kitorang. Ada lah terselit kad jemputan masa kita kawin dulu. 


Zaman kita dulu kad yang macam ni RM400 untuk 500keping. Jatuh 80 sen sekeping. Untuk belah lelaki dan perempuan. Masa tu emak bayar separuh. Kad ni jenis yang wangi. Suka sangat sebab simple dan warna dia kitorang gemar. Tapi, dah lama-lama kepam juga bau dia. Ye lah, mana ada benda yang kekal abadi di dunia ini. Manusia pun mati, ye dak? Habis-habisorang buang juga kad jemputan ni. Tak kose aku. Kalau tempah yang 50 sen sekeping pun kira bagus juga dulu. Jimat! Di sini menyesal! (ala-ala Sarimah cakap kat P.Ramlee filem 3 Abdul). Walaupun kami kawin takde bat sebarang hutang, tapi kalau duduk dan fikir sejenak, memang banyak elemen2 yang tak perlu dan macam pembaziran masa tu.

Ni nak buat kenduri lagi ni, duk pening nak buat jimatkan perbelanjaan sebab harga barang mahal sekarang ni. Mana yang boleh cut, kita cut... Sewa baju pun paling murah dah RM300. Saya dulu buat baju sendiri modal tak sampai pun RM200. Tapi biasa ajelah. Takde lah pi Jovian Mandagie bagai. Tak mampu lah. Upah tukang jahit biasa aje. Sekarang, pelamin simple mimple pun dah cas RM400-500. Terduduk kakak pengantin mendengarnya. Bakal pengantin garu kepala. heheh.. Zaman dulu katering boleh dapat RM10 sekepala. Zaman ni ada lagi ke? Semua dah belas-belas ringgit. Barang mahal....

Kenduri kawin ni, bagi saya ikut falsafah "Ukur baju di badan sendiri" lah sebaik-baiknya. Kalau mampu, tak de hal. Tapi, kalau tak mampu.. Tak perlulah bergadai bergolok semata-mata nak ikut trend. Nak ikut orang. Orang ni kalau bercakap memangtak habis. Lantak apa laa orang nak cakap. Bukan dia bg duit kat kita, kan?

Belum masuk bab duit hantaran lagi tu. Isu sensetip tu. Pada saya, memang barang dah mahal tapi takkan lah orang tu kerja biasa-biasa gaji kurang lebih dua ribu sebulan, kau nak minta hantaran sampai puluh belas ribu. Kesian lah.. Boleh lah pinjam bank tapi sikit-sikit dah lah. Taknak hutang bertepek sampai anak 4-5 orang belum habis bayar. Hutang PTPTN bertapuk lagi, muncul hutang lain pulak.

Utamakanlah yang penting-penting. Boleh aje buat sederhana tetapi meriah. Gitew.... Mana yang ada lah. Yang takde, takyah berhabis sangat. Biarlah sekurang-kurangnya adik kita merasa pakai baju pengantin sekali. Sekali seumur hidup. Lepas ni kalau nak kawin lagi, takyah nak majlis sangat! ahahha tetiba...

Sekali lagi, kalau mampu tak apa. Tak de salah pun. Kalau tak mampu, simpanlah duit sikit sebab lepas majlis kahwin tu macam-macam lagi nak kena hadap. Nak mulakan hidup baru, kan?


Thursday, January 2, 2014

Selamat tinggal, 2013...

Adoi.. Pening kepala aku duk study dari tadi. Tetiba dah kol 3 petang. 

Semua orang buat entry pasal tahun 2013 sebab esok dah 2014, kan? 

Sekejap sangat masa berlalu. 

Apa terjadi sepanjang 2013?


Januari:
- Pi Langkawi ikut rombongan office cik abang. Kali pertama naik kereta sampai ke jeti naik feri. Huargh... penat! Tapi seronok. Walaupun gerak ramai2 tapi, banyak masa aktiviti bebas bersama. Kira macam bulan madu yang tah berapa puluh kali. hahaha


Februari:
- Buat keputusan untuk tukar kereta Viva ke Swift. Macam kerja gila sbb Viva masih tiptop keadaannya walaupun dah 5 tahun pakai.. Tapi, puas hati. Emak kata, hadiah bekerja. Biar puas hati. Hidup pun kena upgrade.  Tutup mata aje lah. haha..
 

 - Gathering kawan sekolah menengah. GGG di Klebang. Seronok walaupun dalam hati banyak menyimpan rasa. Biar Allah sahaja yang tahu dan Allah sahaja yang memberi pengajaran kepada umatNya, 
 


Mac:
- Adik kedua berkahwin. Majlis buat sekali dengan adik no. 3. Kenduri kecil untuk sambut menantu. Pertama kali kenduri di Melaka. Seronok sebab laman luas.

- Kalaupun keikhlasan hati kita dianggap enteng, biarlah. Allah boleh tahu segalanya. Ini betul-betul aku beri kau bunga, kau bagi aku ta**..


April:
- Percutian keluarga ke Pulau Perhentian. Pertama kali tanpa ayah. Ayah selalu dapat hati.
 


Mei:
- Pertama kali mengundi. Ada kejadian bodoh terjadi. tapi, takpelah.. Lagi 4 tahun, kita cuba lagi.. InsyaAllah.. hahahha
 


Jun: 
- Alhamdulillah.. Doaku termakbul. Naimah masuk UiTM Melaka.Takpayah susah mak nak pi jauh2 hantar dia..


- Renovate depan rumah. Minor renovation aje. Puas hati lah jugak...


Julai:
- Bulan puasa.... 
- Icah duduk rumah sebab praktikal di Jerteh. 
 


Ogos:
- Aidilfitri pertama tanpa suara ayah kejut bangun pagi. Tabah. Semua diam layan rasa.. 
 

-  Bertemu kawan sekolah rendah setelah 20 tahun++ tak ketemu. happy rasa macam nak melompat. Tapi, cover lah sebab malu.. 

- Hari lahir yang dah tak ada angka 2 depan dia... 


September
- Genap setahun.. Semoga ayah aman di sana..... 
 

- Icah tamat praktikal. Bibikku officially resign.. hahaha


Oktober:
- Adik ipar (bongsu) bertunang.. Langkah banyak bendul hehehe.. Semoga cepat sampai jodoh. Amin!


November:
- Cik abang dapat beli basikal yang diidamkan sekian lama. Alhamdulillah..
 

- Buat passport antarabangsa tanpa tahu hendak ke mana! Kerja tah apa-apa,,


Disember:
- Dapat anak sedara sekali dua.. Ko hado? Alhamdulillah...


____


Wednesday, December 4, 2013

Kenangan Lama

Korang kenal suami korang kat mana? 

Haaaaaaaaaaaa... jawab!

Saya kat sekolah. hahaha

Saya sekolah kat Selangor sampai tingkatan 3. Lepas tu, tak sekolah sebab ada masalah. Saya bukan sekolah kerajaan tau. Saya sekolah swasta sebab masa tu ayah nak hantar sekolah swasta. So, lepas tingkatan 3, ada masalah sikit dengan sekolah. Eh? Ke saya yang ada masalah? ahahhaha.. Rasa macam tak serasi lah kat sekolah tu. Maka, ayah pun akurlah dengan kehendak saya nak tukar sekolah lain. 

Ayah tawarkan dua sekolah yang mungkin jadi pilihan saya. Ayah suh pilihlah. Sekolah A ke Sekolah B. Kedua-duanya sekolah swasta juga. Kenapa suka hantar sekolah swasta? Saya pun tak tahu. Hanya arwah ayah aje yang tahu. Banyak lagi nak tanya kat ayah. Tapi, tak sempat. Saya pernah tanya kenapa ayah letak nama saya Noraini. Ayah diam aje. tak de jawapan. hahaha

Ok, sekolah A tu di Kelantan. Sekolah B di Terengganu. Saya dengan mudah pilih sekolah B. Di Terengganu. Saya pun tak tahulah kenapa. Mungkin sebab kampung ayah dah kat Kelantan. Jadi, nak lah rasa duduk Terengganu pulak, kan? hahahah Padahal, bukan tak tau. Kemain jauh lah Terengganu tu dengan Selangior. 

Takpe.. ayah ikutkan aje. Saya pula tak membantah nak duduk kat rumah ke apa masa tu, Pasrah dan redho ajelah apa yang ayah bagi. Tengok! Solehah kan? Anak yang baik... Hahahaha.. Tak bantah. Ikut aje. Ayah pun senang hati. Hantar sekolah jauh2, hujung bulan datang melawat. Ye, ayah datang melawat kat sekolah B setiap bulan. Dengan rela. Jadi, saya tidak rasa kesepian atau tak pueh hati ke apa. Semuanya happy! Cuma, kalau datang angin mengada.. saya nangis ajelah. Mak ayah saya dah tak kesah. Saya memang kuat nangis. Apapun nak nangis. Tapi, saya bertabah aje...

Mak ayah mungkin tak sampai hati juga hantar saya jejauh. Tapi, saya rasa mak ayah nak bina jati diri saya supaya pandai berdikari. Mana-mana hidup pun boleh. Tapi, trade mark menangis tu takleh buang. Nangis lah.. Mak ayah buat dek aje. ahahha.. Kalau dipujuk makin menjadi lah, kan...

Mula tingkatan 4 saya duduk sekolah di Terengganu. Kat sekolah tu lah saya kenal cik abang. Masa tu, dia form 5 tapi dia masuk kelas tingkatan 4 sebab sebelum tu dia sekolah kat Kelantan. Kalau sekolah agama Kelantan kena masuk kelas peralihan setahun untuk belajar Bahasa Arab kot.. Gitu laaaa kot. 

Satu kelas, tapi dia tua lah sikit dari saya. Masa sekolah tu, ada lah mamat tu nak ngorat saya. Mamat tu form 6 kot. Jelita nau aku masa tuh sampai ada senior nak ngorat! kahakah.. Taklah.. Sebab masa tu kalau budak luar (KL laaa (konon)) mesti macam ala-ala hot gitu. Ye lah.. sekolah kat kampung. So, bila ada budak bandar mestilah ada nak tackel. (wakakakakakaka.. abang, jangan muntah baca statement ni walaupun ini adalah benar, kan?)

Oleh kerana cik abang masa tu satu kelas dengan saya, cik abanglah jadi orang tengah antara saya dengan mamat tu. Orang tengah yang kasi surat lah. Kirim salam lah. Ada sekali tu, cik abang cakap.. mamat tu kirim salam cium kat saya! Apekebodo! ahahahaha.. Kelakar je bila ingat balik. Saya takde laaa hingin sangat dengan mamat tu. Saya kan garang. (Garang tapi kuat nangis? kahkahakah). Muka psiko je kan. Saya bukan suka layan mamat-mamat tah mana-mana. Saya bukanlah gadis ayu yang ehek ehek ehek tu.. Saya buat dek aje. tak layaaaaann.. Ke jual mahal? Tah laaaa..

Saya jadi rapat dengan cik abang masa tu sebab dia orang tengah ajelah.. Last-last saya dapat tau mamat yang nak ngorat saya tu, playboy. hahahaha.. Gelak pulak! Kelakar je bila ingat balik. Mamat tu bukanlah ensem pun, tapi playboy.. Tapi, ada aku kesah? Tak heran... 

Lepas tau ke playboy an mamat tu, cik abang takde jadi orang tengah lagi sebab saya marah lah. Serabut lah aku nak hadap surat-surat cinta bodooooo dari playboy tu. Haaaa.. kan? Saya kan garang. Benda remeh temeh ni tak de mana nak layan. 

Tapi, dalam pada tu... Saya memang lah layan cik abang. Sebab sebelum ni pun selalu borak-borak. Alaaa.. zaman sekolah. Borak-borak dalam kelas tu biasa aaaa kan? 

Tetiba.. cik abang bagitau dia suka kat saya. Saya macam..... Aik? Pelik! Takkan lah kot.. Tapi, saya rasa ok juga lah cik abang dari mamat tu. Mamat tu dah la tak ensem. Gatai.. Pastu playboy... ahhahaha.. Sempat kutuk orang plak aku ni.

Saya pun ok ajelah. So, 11 Ogos 1999.. Kitorang macam couple. hahah.. Macam aje. Sebab saya jual mahal. Hahahahha. Eh, mestilah kena jual mahal. Takkan nak jadi perempuan murahan. Walaupun kawan, tapi... adalah bunga-bunga di taman sikit-sikit. Tak layan sangat dia. Ajak dating, saya tak mau. Ajak pi makan, sorry! Haaaaaaaaaaaa... saya fikir saya tak boleh bercinta lagi sebab saya sangat muda lah masa tu. Budak-budak lagi. Makan pakai semua bergantung dengan mak ayah. Tak payah nak mengeladi sangat. Masa tu, perkara utama dalam kepala saya ialah saya nak dapat result bagus SPM. Itu aje.

Tahun 2000, lepas SPM.. Saya balik Selangor. Saya menganggur je tunggu result. Cik abang kerja kat Ampang kot kalau tak silap. Still contact tapi... gitu-gitu laaaaa... Tak serius. Tapi, bila dia hantar kad ke surat ke guling-guling macam tenggiling jugaklah aku.. hahahah.. (malu)

Ada satu hari, cik abang datang rumah jumpa mak saya. Naik komuter, teksi, bas... ahahaha (ingat-ingat lupa ni).. Masa tu cik abang pakai seluar kelabu, baju kemeja petak-petak... ahahha.. Saya pakai baju kurung bunga-bunga oren dengan tudung krim. Hambek! Memori daun pisang betul! Sampai baju pakai masa tu pun ingat lagi..

Masa tu, makan kat rumah aje. Mak masak. Then, saya hantar dia pi bus stop dengan berjalan kaki. Hujan turun renyai-renyai masa tu.. Amboi.... mengenyam! ahahahaha.. Tunggu samapi bas datang ke teksi datang ek? Tak ingat.. Bila dia dah balik, mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Rindunya aku kat dia! wahahaha..

Bersambung.....

Tuesday, August 20, 2013

Jahit Bantal


Dah lama tak jahit bantal busuk. 
Last sekali, cik abang tolong jahitkan.
Tapi, dah lama dulu. Tak ingat dah bila.

Hahaha.. Dah tua pun masih ada bantal busuk. Cik abang belikan bantal ni masa tengah hangat bercinta. Tahun 2006 atau 2007. Kat Giant dekat stadium Shah Alam tu. 

Saya suka bantal ni bukan sebab cik abang belikan. Tapi, sebab bantal ni fleksibel. Kalau kita pi mana-mana yang perlu bermalam kadang-kadang takleh tido sebab bantal rendah sangat ke, tinggi sangat ke... Bantal  ni jadi penyelamat. Setiap kali. Saya lipat sikit, adjust sikit... terus selesa je nak tidur. Kadang-kadang cik abang pun pinjam bantal saya sebab selesa. Tapi, dia kena tahan bau lah sikit. hahahhaha

Oleh kerana ke fleksibelan itulah bantal merah bentuk bibir ini masih bersama saya. Esok lusa kena basuh lah sikit sebab masa jahit baru perasan yang memang busuk laaaa bau dia. hahaha.. Kesian cik abang terpaksa bersabar lama!

hahaha

Wednesday, August 14, 2013

20 Tahun Tak Jumpa!


Kawan sekolah rendah.

Rindu!

Cerita lanjut di sini..

Tuesday, July 30, 2013

Ustaz

Masa sekolah menengah, saya ada ramai ustaz. 
Sebab... tak pelah. Nanti saya cerita.


Sekarang bulan Ramadhan ni, TV banyak siarkan rancangan mengaji Al-Quran. 
Tapi, yang TV Al-Hijarah ni pukul 1 pagi kot ada tayang siaran Musabaqah.


Saya pun tengoklah... 
Sekali, buka nampak gambar Ustaz ni.



Saya ingat-ingat lupa nama beliau. 
Tapi, rasanya Ustaz Ibrahim. 
Tunggu lah kot ada keluar nama kat bawah tu kan. 
Betul lah! Itu Ustaz Ibrahim. 


Habis saya jerit cik abang tengok TV sebab ustaz saya tengah on air..


Rindunya kat Ustaz. Ustaz ni sangat penyabar. 
Saya menakal pun dia gelak aje. 
Tak de hal... 


Semoga Allah memberkati Ustaz!
Terima kasih atas ilmu yang ustaz telah berikan kepada saya....

Sunday, July 21, 2013

Latihan

Pagi ni tak bangun sahur sebab malas. Haaa... sangat selamba alasan dia sebab malas. Sebab sebelum tidur dah makan mee goreng mamak cik abang tapau masa dia keluar ngeteh dengan kawan dia. Lepas tu nyesal sebab baru teringat, beza puasa orang Islam dengan puasa Yahudi dan Nasrani adalah bersahur. Takpe.. Esok, mesti bangun sahur walaupun dengan seteguk air sejuk.

Adik dan sepupu saya bangun kot. Oh, adik saya duduk dengan saya sampai bulan 9 sebab dia praktikal kat sini. Jauh beno. Nak buat camne sebab company tu je yang reply surat dia. Yang lain senyap je tak panggil.


Company  yang dia praktikal ni pun cik abang yang tolong sikit-sikit. Susah betul nak dapat tempat praktikal. Saya dulu praktikal kat tuuuuttt... Masa tu, ayah ada lagi. Ayah yang tolonglah dapatkan tempat. masa tu ada 5 ke 6 orang dari fakulti saya praktikal situ. Tapi, lain-lain course lah. Ada kawan nak pi lunch bagai. Selalu tapaukan nasi untuk ayah. Hari-hari kari daging dengan sayur kubis. 

Lepas 2 minggu, bos hantar saya praktikal kat Port Klang. Gila jauh. Ulang alik. Tapi, sebab jauh benooo sewa rumah sekali dengan kakak yang kerja situ. Tumpang dia pi kerja. Tapi, dek kerana tak berapa selesa dan ada beberapa isu berbangkit, saya rayu cik abang (masa tu boyfriend) untuk hantar ambil saya. ahahahha. Ayah ok aje asalkan saya tak minta duit tambahan untuk isi minyak dan tol. Nasib baiklah masa tu ada duit JPA. Jimat-jimat belanja sebab masa tu cik abang pun tak de duit sangat. Dia hantar ambil saya pakai kereta proton otai ayah. hahahah.

Dah macam takde keje dia mengambik nganto aku. Hahahah.. Nyesal je nyusahkan dia. Tapi, dia tak rasa susah (masa tu). Kalau sekarang, mahunya kena marah. Minta tolong hantar pi kerja (kalau dia cuti) pun dia malas sebab nak sambung tidur. Biasalah. Dah dapat. Dulu sebab belum dapat. haha... Semalam (sejak dua menjak) saya selalu melawan cakap dia. Dia marahlah kan sebab kedegilan saya yang melampau ni. Sedih lah asyik kena marah. Tapi, yeeee tau salah saya sebab mengada sangat. Saya pun nepek lah kat dia semalam. Dia cakap, "Ni dah kenapa ni?" Saya pun cakaplah, "Abang selalu je marah orang.." Dia pun kata, "Dah tu.. Sayang buat sakit hati abang. Memang lah abang marah.." Ehehehe (Masalahnya sekarang, perlu ke cerita kat sini?) hahahahah.. Matilah kang ada orang meluat. Maaflah.... =)

Ok, sambung.... Semua yang belajar kat IPT akan menghadapi latihan praktikal. Seronok ke tak seronok ke memang kena hadap ajelah... Jangan banyak bunyi. Saya dulu buat BBA Operations Management yang sangat universal sampai kena panjat lori tangki diesel sebab nak make sure takde diesel balance dalam lori. Apa kejadah? Entah.... hadap ajelah. Memang kerja lasak sampai kurus sekejap masa tu. Sekarang, suruh jalan kaki sikit... aku dah mengamuk sakan! 

Pengalaman ini semua mematangkan kita hari demi hari. Lama kelamaan kita akan pandang sesuatu itu lebih positif dan semuanya akan jadi lebih baik. InsyaAllah.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Saya dulu pernah duduk dengan nenek. Masa darjah 3-5. Masa darjah 5 tu emak dan adik-adik dah duduk Serdang semula. Tapi, saya masih duduk dengan nenek. Konon nak habiskan sekolah rendah kat kampung... Tapi, masa tu hampir terjadi perkara tak diingini, ayah ambil saya balik Serdang pertengahan darjah 5... Takpe, cerita lama..


Saya nak cerita kat sini.. Masa saya duduk dengan nenek, nenek kasi duit belanja sekolah pagi 40 sen. Sekolah agama petang dapat 20 sen je. hahaha.. Masa tu cukuplah untuk makan sampai kenyang. Nasi lemak baru 20 sen. Air sirap tak berapa sejuk 10sen satu gelas. Ada baki 10 sen boleh beli kuih ke gula-gula seposen dulu dapat 3 biji, kan? hahaha


Masa hari guru, manalah ada duit nak beli hadiah. Saya nak minta nenek duit lebih, memang taklah. Kang nenek cakap dia takde duit. Saya nak bagi Cikgu Fauziah (guru kelas 5 Biru masa tu - tahun 1994 kalau tak silap). Tapi, takde duit... Macam mana?


Saya pinjam pen sepupu saya (yang duduk dengan nenek sebab dia anak yatim. mak dia meninggal dunia masa dia umur 3 tahun). Sepupu saya tu, cucu kesayangan nenek. DIa minta apa semua nenek bagi. Jadi, dia beli pen baru. Saya pinjam. Saya balut-balut dengan kertas kasi besar, saya masukkan dalan tin coklat yang bulat2 tu. Masa tu tin coklat tu pun sepupu saya punya. Saya minta kat dia.. Dia kasi ajelah sebab dia dah tak pakai.


Saya balut pen, masuk dalam tin coklat. Balut tin coklat dengan pembalut hadiah lebihan yang sepupu saya punya. Nenek bagi dia duit nak bei hadiah guru. Nenek tak kasi pun duit kat saya. Tapi, masa tu saya tak kesah pun. hahaha... Sedar diri, kan...


Pergi sekolah, kawan-kawan tanya saya beli hadiah apa untuk cikgu. Saya bangga bawa keluar tin coklat yang dah balut tu. kawan-kawan ketuk-ketuk, dengar-dengar.. Diorang semua kata saya beli coklat untuk cikgu...  Masa Cikgu Fauziah masuk kelas, saya terus beratur nak kasi hadiah kat cikgu. Kawan-kawan bagi hadiah kat ramai cikgu. Tapi, saya bawa hadiah untuk Cikgu Fauziah aje. Tak kesah pun masa tu...


Cikgu nampak suka. Cikgu cakap terima kasih sebab bersusah payah untuk dia.... Hari guru berlalu.. Sepupu saya tanya fasal pen dia. Saya cakap, saya dah lupa saya letak mana pen tu. Dia tak marah pun. Dia minta duit kat nenek lagi. Dia beli lagi sebatang pen yang lebih cantik dari pen yang saya 'pinjam' sampai 'hilang' tu.


Apapun, selamat hari guru buat semua cikgu di dunia ini. Semoga bakti dan jasa cikgu semua diberkati Allah.


Amin...

Sunday, April 21, 2013

Selamat Maju jaya

Hmmm.. student dah nak balik dah. Diorang dah habis exam. Seorang demi seorang datag jumpa kami para pensyarah. Datang minta maaf (student sem akhir), salam, peluk, laga laga pipi.. Oh, no! Bagaimana saya lupa nak pakai perfume banyak-banyak. hahaha.. Ok, over!


Sepanjang hampir 5 tahun di sini. Bertemu dengan pelbagai ragam pelajar. Berdepan dengan macam-macam kerenah remaja awal usia belasan tahun hingga ke pertengahan 20-an. Perasaan marah, geram, kecil hati, kecewa bersilih ganti dengan rasa sayang, kasih, bangga, suka dan gembira. 


Baru pagi tadi mengamuk (baca: merajuk) dengan student. Janji kelas 8.30. Saya lewatkan jadi pukul 9 untuk beri ruang diorang dan saya juga untuk bersarapan. 30 minit sangat cukup untuk sarapan ringkas-ringkas. Saya tak kisah pun kalau nak bawa makanan masuk kelas. Asalkan sampah buang di tempat sepatutnya. Tetiba, saya sampai kelas takde sorang pun yang ada. Tunggu samapi 9.15. Ada dua orang datang sambil senyum sumbing, "Kitorang salah kelas, cik... Kitorang tunggu kat kelas sebelah.." Ok, saya terima alasan tu walaupun ini dah nak habis sem. Macamana boleh silap kelas, sayangku?


Hingga jam 9.30, masih ada dua orang je yang datang. Angin kus kus dah datang ni. BUkan sekai ni, last Sunday.. Kelas ganti, yang hadir hanya 6 orang daripada 30 orang. Saya tak ambil apa-apa tindakan selain bagi warning la. Saya malas nak lapor lapor then diorang kena halang dari ambil exam bagai. Saya masih bertimbang rasa lah.. Tapi, buat saya macam tunggul kayu dalam kelas. Yang dua orang tu keep calling kawan-kawan. Kawan-kawan lain tak muncul. Saya terus kemas buku, mood hilang serta merta. Terus naik office. Duduk tarik nafas... lepas... berulang kali. 


Jam 10.00. Ramai-ramai datang bilik. Haaa untuk apa lagi? 
"Minta maaf, cik!" ~Saya diam.
"Kami tak buat lagi, cik"~ Saya diam lagi.
"Kami salah, cik" ~ 


"Yelah.. korang memang salah. Takkan saya pula yang salah?" blablablablablabla


Ugut, "Kita ada dua bab lagi belum habis. Awak semua boleh cari cikgu lain laaaa ajar dua bab lagi. Saya takkan masuk dah kelas awak."


Keep saying....
"Minta maaf, cik!"
"Kami tak buat lagi, cik"
"Kami salah, cik.."


Saya memang sangat kecewa. Ketika itu baru saya faham kenapa pensyarah saya dulu merajuk tak mau masuk kelas. Dalam hati saya, "Apa laaa cik tu! Emosional.." Sekarang, hambek kau!!! Kena batang hidung kau sendiri. Saya rasa, memang ada antara mereka yang juga tuduh saya emosional tadi. Hahahah.. Nasib laaa ko, Ain! Dulu ngata lecturer sangat, kan? Lecturer ke cikgu ke manusia biasa. Ada hati, perasaan juga, kan? =)


Solution: Takkan lah saya tak masuk kelas plak untuk the next class (esok). Saya kasi denda sikit. Baca itu ini begitu begini.. Esok sebelum masuk new chapter saya nak kasi kuiz. Barulah muka masing-masing bercahaya. Kalau tidak, kecuakkan tahap maksimum terpancar di wajah mereka.. hahahhahah .. tahu takut aku tak masuk kelas!! 


"Esok kelas pukul 10.30 pagi di blablabla.. Kalau lambat, saya kunci pintu! Pi balik sambung tidur!"


"Baik, cik!"


Saya bukan benci. Sikit pun tidak ada rasa benci. Saya buat untuk kebaikan semua. Biar mereka tahu menghargai. Biar kita sama-sama menghargai antara satu sama lain. Kita bukan siapa-siapa kalau tidak ada student. Student pula perlukan kita ... Begitulah! 


Dulu, zaman remaja zaman universiti saya, saya bukanlah baik sangat. Buat nakal jugak. Tapi, kalau nampak pensyarah dah nak masuk kelas, aku rela berlari laju-laju. Nak masuk kelas dulu sebelum pensyarah masuk. Lantaklah terbang jilbab macam kepak Superman pun. Yang penting, aku mesti sampai sebelum pensyarah aku masuk kelas. Bayangkan.. orang tengah mengajar, kau baru masuk kelas. Baru nak cari kerusi, nak buka buku.. Aku malu weh kalau gitu! Macam semua orang tengok aku hahahahha.. Lepas tu, mesti nak duduk depan-depan. Sebab ikut teori aku sendiri, kalau duk depan ilmu direct dapat kat aku. Kalau duduk belakang, nanti ilmu kena tapis dek orang yang duk depan.. ahahhaha


Setiap kali balik kerja, mengadu itu ini dengan cik abang. Mostly fasal student lah. Ada juga fasal-fasal lain, tapi.. malas nak bgtau sini. Student sekarang tak macam zaman dulu. Tapi, itulah cabaran yang kami-kami kena tempuh demi anak bangsa. Saya relakan hati saya diguris, disakiti dan dikecilkan oleh student demi anak bangsa. Sesungguhnya, semua yang saya bebel blablablabla tu tak pernah saya simpan sikit pun dalam hati. Cuma, yelaaaa manusia kan... hehehe


Wah! Hebat tak? Boleh jadi manifesto pilihanraya tak? Boleh jadi wakil rakyat? Sayangi Selangor! Yakini BN? Hahahahah (tetiba yang teramat sangat).


Berbalik pada cerita student datang salam tadi...


Saya doakan mereka selamat sampai ke pangkuan keluarga. Semoga dipelihara Allah senantiasa. Semoga dapat pekerjaan yang baik-baik. Semoga dipermudahkan segala urusan hidup. Saya halalkan semua ilmu yang saya berikan. Sesungguhnya, saya juga meminjamnya dari Allah SWT. 


Selamat maju jaya! Semoga jumpa lagi.... [Bergenang air mata...]




Thursday, April 4, 2013

Rindu Sepanjang Hidup








Al-Fatihah buat roh Ayah.
Semoga Ayah aman di sana.

Saturday, February 16, 2013

Gelak Gathering Group GGG


















































Gathering dengan kawan-kawan sekolah Form 1 - Form 4
Sangat happy! 



11/2/2013 -->12/2/2013


Jumpa lagi next gathering!!