Pembaca Blog Ini...

Monday, March 5, 2012

Jadual Hidup Baru

Hai.. Selamat tengahari!


Korang dah makan tengahari? Saya sudah brunch tadi. Cik abang tapaukan nasik lauk ikan kerisi bakar dengan kuah lemak labu. Gilak punya sedap! Makan sampai habis dengan air milo ais! Kemain... Makan nak kena sedap-sedap barulah ada mood nak bertugas kan kan kan? hehe


Ok, hari ni hari Isnin, Semalam cuti pertabalan Sultan Terengganu. Untunglaaaa. Kira lepas balik dari Dungun hari Sabtu, terus boleh tidur hari Ahad. hehehe


Jadual kelas hujung minggu memang padat. Kelas start pukul 9 pagi Jumaat. Kitorang decide bertolak pagi-pagi buto lah. Pukul 6 udah bangun. 6.30 gerak. 8.30++ dah sampai Dungun. Selalunya, kitorang biasa bangun tido meleweh-leweh dulu, peram-peram dulu dalam selimut sebab kerja dekat kan. Tak da traffic jam, traffic light pun ada dua je. Itupun tak sesak sangat. heheh. Bila kena bangun pukul 6 lepas tu terus mandi solat semua, tanpa peram-peram dalam selimut macam letih sikit la. Saya kira itu semua masalah emosi je. Kalau dah selalu, kira oklah kan.


Saya dalam kereta, memang kerja tidur je. Cik abang memang tak kacau. Masa saya kelas, dia check in hotel dan giliran dia pulak tido. Saya kelas direct 9 pagi- 1 tengahari. Lepas tu rehat solat Jumaat mula kelas balik jam 2.30 petang sampailah ke 5 petang. Hari Jumaat 6 jam kelas. Hari Sabtu 4 jam kelas. Mula 9 pagi sampai 1 tengahari je.  




So, setiap minggu 10 jam. Boleh drag sampai 4 chapter satu minggu. Hebat! Kelas pun tak bosan, tak mengantuk macam kelas degree dulu. Lecturer pun pandai tackle student. Kelas lebih kepada discussion so, memang tak ngantuklah.Student pun semua dah tua-tua. hehehe So, takkan nak berangan lagi dalam kelas, kan? Agak-agaklah.....


Kalau kita yang memang majoring management, semua yang dibincangkan tu dah kita belajar. So, memang senang. Tapi, tak tahannya sebab kelas sekejap-sekejap tetiba dah kena hantar assignment, tetiba dah kena test 1. eh.. tetiba dah final. Itulah yang dikatakan by modul. Sebulan modul A, sebulan modul B bla bla bla.. Sampailah habis..


Cik abang cakap, "Oklah, abang tak kacau sayanglah. Kacau sikit-sikit je lah. Sayang mesti letih, kan? Hari minggu kena kelas pulak. Biasanya hari  minggu bersantai-santai aje..."


Saya memang tak nafikan. Memang letih. Tapi, macam yang saya cakapkan tadi, semua itu macam masalah emosi semata-mata. Kalau kita boleh handle, InsyaAllah semua kan ok....

1 comment:

zh-ena said...

betul tu ain..apa2pun kita kena hadapi semua nie dgn kental..