Pembaca Blog Ini...

Sunday, March 18, 2012

Kena Cergas

Apa nak cerita hari ni?


Hari ni saya cuti. Saja amik cuti sehari sebab nak study konon. 


Pepagi tadi sempat merajinkan diri menggoreng bihun untuk suami. Simple-simple je... Buh telur dengan udang je. Sebesar-besar udang kita kasi buh dalam bihun. Lepas tu goreng telur buh atas bihun. Bancuh teh o je laaa sebab itu je pun yang ada kat rumah ini. Senyum simpul suamiku selepas keluar dari bilik mandi. Pukul 9 baru dia gerak pi kerja tadi. Dia cakap, "Kalau hari-hari macam ni kan best." 


Tak dapek laaa, bang. Heheh.. Kalau rajin boleh laaa kan? Tak pun, abang bayar gaji saya 5k sebulan termasuk EPF dan Socso 13%. Lepas tu saya berhenti kerja. Setiap pagi boleh masak sarapan untuk abang. hehehe... Satu tugas je ye.. Memasak je 5k. Kemas rumah, jaga anak lain harga.. Hahaha dah macam bibik Indon plak ahkak punya demand..


Dia boleh nak demand, "Abang nak isteri yang bekerja, tapi masak sarapan hari-hari.." Hahahahha Saya pun jawab "Banyak cantik!" Gurau-gurau laki bini. Mungkin dia rasa seronok sebab bosan juga sarapan kat luar je kan. Sesekali hari kerja dapat sarapan kat rumah kan... Lagipun, dia kena akur. Saya ada cita-cita saya sendiri. Dan sebolehnya saya tidak mahu bergantung sepenuhnya dengan suami. Wanita zaman sekarang, dah tak sama macam dolu-dolu, kan?


Tapi, last week.. Saya bangun awal juga nak buat sarapan sebelum gerak ke Dungun. Haaaa.. itulah saya kata. Masa rajin. Tapi, kalau nak minta masak secara rutin tu tidaklah.. Saya dah cakap, kadang-kadang kalau rajin saya jadi cergas gila. Kalau saya malas atau penat, saya rasa macam tulang belulang saya rasa macam nak meleleh ke lantai. hahaha.. Over, kan? 




Oklah.. sekarang ni pun dah praktis diri kasi cergas sikit. Jangan melembik je tak tentu hala. Orang lain lagi penat. Balik kerja nak kena masak, layan anak bagai.. Yelah, kalau tak masak budget lari sebab anak ramai... Takkan nak makan kat luar sokmo kan? Ko balik rumah boleh goyang kaki, boleh golek-golek tak tentu fasal pun nak melembik bagai, kan? Bangun! Bangun! Cergas! Hahahah.. Peringatan kat diri sendiri ni.... Allah nak kasi kelebihan di sebalik kekurangan itu pepandailah manfaatkan.. Ish..


Ok, dah! Sambung study lagi satu chapter. Berkesan juga study google-google topic kat Internet ni. Tak de lah tersengguk-sengguk melayan text book AKA ubat tido tu.. hahahah.. TQ, Cik Jas for the tips.... 


Tata


2 comments:

zh-ena said...

ena pun bila ada masa lebih jea baru akan msk bfast..sbb nak uruskan anak2 dulu kan..

ain amik course apa?
ena amik finance

~ain said...

ain amik MBA. Macam berselirat kepala ku ini...