Pembaca Blog Ini...

Thursday, April 5, 2012

Final OB

Hari ni Rabu. Esok Khamis. Ingatkan esok lepas kelas pukul 8-10 tu nak cuti half day. Sekali kena masuk meeting pulak pagi tu. Tetiba, kelas kena cancel... Macam har har har.. Mana lah masa aku nak korek nak ganti pulak kelas.. Kenapa lah semua ini terjadi ketika saya banyak kerja.


Khamis (esok) kena pi settle ATM Bank Islam. Hari tu sistem dia down. Geram betul nak kena ulang alik sana sini nak amik kad laaa apa. Sistem... sistem...


Lepas pi bank esok, nak terus gerak pi Dungun. Tapi, Hotel UiTM udah penuh. Ada bilik harga RM250 aje.. Kopak laaaa kalau gitu..  Abang pun half day esok. Kena pi awal sebab Jumaat pukul 8 dah start final OB. Masuk 4 bab. Sekarang, saya baru baca 2 bab. Lagi 2 bab jap jap lagi baru nak baca. Lepu otak den study rushing macam ni. Tapi, takpelaaa.. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan..



Harap-harap masa jawab exam nanti, mata ni jangan buat hal. Kalau tidak, ada yang saya bawa kuih karipap ke nasi lemak dua bungkus makan time exam nk hilangkan mengantuk.. Takpun bawa teh tarik satu jug .. hahahahhaahha. Kerja gila ke apa?


Test 1 hari tu apat 44% je. Belum Test 2 lagi tu.  Gila... Sepanjang hidup inilah markah paling rendah saya pernah dapat. Prof. kata.. Takpe.. Ini bukan penghujung dunia. Ayat Prof. tu macam nak pujuk hatiku yang lara aje. Bukan saya je yang dapat markah teruk. Boleh kata satu kelas. Prof. kata lagi, takpe.. Ini first paper. 2nd paper nanti semua dah teror nanti. Amin aaaaa Ya Allah.


Cepatlah habis minggu kritikal ni. Otak macam nak explode! Mana nak buat kerja opis lagi. Mana nak buat assignment. Dengan laptop ngek ni termati-mati.. Saya sabar je laaa.. Berfikiran positif je. Cik Jas kata, bukan aku je yang menghadapi kesusahan macam ni semasa belajar. Jadi, taklah bimbang sangat. Maknanya, saya ni bukan produk yang defect laaa, kan? hahahha


Balik kerja tetiap hari rapat nak pukul 7 dah.. Lembik rasa macam tulang mencair. Aim kata, "Haaaaa.. itulah Along. Kalau duduk rumah emak, asik makan tido je."


Amboi betul si Naim tu, ye! hehe


Tabah...  Mesti terus tabah..

No comments: