Pembaca Blog Ini...

Wednesday, April 18, 2012

Jeling Calar

Kena jeling dengan cik abang sebab tadi masa nak keluarkan WUH dari pagar, dah terlanggar pagar. Habis calar balar WUH kesayangan dia. Saya bukan sengaja. Kalau saja-saja, saya dah amik duit syiling.. saya toreh je pun.

Saya bukan apa. Kan saya dah kata saya tak pandai undur-undur. Saya pandai masuk keluar lurus je. Kalau kena belok kiri kanan sikit pun tak pandai. Orang duk tanya, macamana saya lulus lesen memandu. Saya mana tau. JPJ tu simpati kot tengok saya pucat lesi masa ujian tu.. Itu rezeki saya lah amik sekali ujian dah lulus. Lagipun, saya amik lesen guna duit sendiri tau. Tak main duit mak ayah laaa, sebab tu Allah kasi lulus sekali je. Apesal nak pertikaikan pulak? Mentang-mentang korang pandai gila bawa kereta (sampai eksiden berkali-kali), korang nak gelakkan saya sampai tiga empat tahun untuk satu palitan calar?


Takpe laaa.. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Janganlah kerana satu kelemahan saya yang pelik dari yang lain ini, korang pandang saya hanya sebelah mata. Orang lain pun ada kelemahan masing-masing. Ada yang tak kasi tau kelemahan dia sebab ego. Itu lagi teruk, kan?


Kadang-kadang saya fikir.. Lebih baik saya naik kereta saya sendiri (TAU) daripada bawa kereta orang (WUH). Dah kereta saya, kan.. Suka hati sayalah nak langgar apa pun kan. Nak calar banyak mana pun. Ini lah susah bawa kereta orang. Calar sikit kena jeling.. Calar sikit kena jeling...Tapi, orang lain pun duk memunya kereta aku (TAU) ikut suka hati dia tampal sticker tah apa-apa (tak difahami), pepandai tambah sportrim lepas tu getar-getar tayar sana sini.. Selamba je. Tak de pun nak kesah sangat pandangan saya terhadap apa yang telah dilakukan terhadap kereta saya itu. Potong spring bagai.. Bila time saya tercalarkan kereta orang, kena jeling! Ini tidak adil... tidak adil.. tidak adil.. bagikuuuuu (nyanyi macam Yuna)


Takpelah.... Apa nak dikatakan? Saya redho atas semua tohmahan dan pandangan korang semua. Lepas habis belajar nanti, saya nak hadiahkan diri saya dengan sebuah kereta yang telah lama saya idamkan. Masa tu nanti, jangan sesiapapun nak atau berangan nak sentuh kereta saya. Nanti calar!!!!!!!!





Mode: Berjauh hati......

2 comments:

zh-ena said...

sama kes mcm ena la jgk nie..terseret calar panjang kereta hubby

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

* hugs