Pembaca Blog Ini...

Wednesday, May 9, 2012

Di mana?

Dua tiga minggu lepas, masa saya tengah buat urusan bank itu ini begitu begini, saya ternampak seorang pakcik yang naik tangga bank dan terketar-ketar duduk di tempat menunggu. Saya perhatikan je pakcik tu. Dia pakai tongkat dan gigil-gigil tangan dia. Bila nombor dia dipanggil, dia gigil-gigil bangun seorang diri tanpa bantuan sesiap menuju ke kaunter. Mujur ada staf bank tu yang kemudiannya menuju ke arah pakcik tu dan pimpin tangan pakcik tu menuju ke kaunter.


Tetiba saya terfikir, di mana anak-anak pakcik tu ketika itu. Kenapa tidak ada seorang pun yang bersama-sama pakcik tu memimpin tangannya melakukan urusan di kaunter? Kenapa?


Tetiba air mata saya bergenang..... menitik setitik dua sebelum sempat cari tisu dalam beg. 


Saya terfikir, kalau saya terus duduk jauh dari emak ayah macam ni, siapa yang akan bantu emak ayah saya bila nak buat urusan di bank atau ke mana-mana sahaja, kan?. Takkan saya nak biarkan emak ayah saya terketar-ketar seorang diri macam pakcik tu. Adik-adik? Boleh harap ke diorang jaga emak dan ayah? Boleh ke saya sebagai anak yang paling tua serahkan tanggungjawab itu bulat-bulat kepada adik-adik saya? Wajar ke?


Saya perlu lakukan sesuatu agar satu hari nanti saya tidak menyesal meninggalkan emak dan ayah saya di sana.......



2 comments:

zh-ena said...

doa yg ptg ain..

~ain said...

doa jugak.. tp hati tak tenteram teringat2 emak ayah apa lah kabar.. makan ke tidak... eh.. over je aku ni.. hehehe