Emak memang suka masak. Dia happy kalau dia masak. Kitorang adik beradik kuat makan. Mewarisi ayah. Ayah suka makan. Tapi tak gemok. Hihi.. kitorang plak suka makan tapi gemok..
Bila ayah dah takde, mak jarang masak. Macam separuh jiwaku pergi.... dia tak happy dah nak masak2. Ada sekali mak cakap ayah pergi bawa semua resepi sekali. Sounds sad but true.
Sejak balik pindah sini, aku jadi tukang masak amatur. Setakat masak untuk makan keluarga bolehlah. Simple simple asal kenyang lah. Emak? Dia banyak bersosial. Bersosial gaya emak emak lah. Idoklah ke kelab dangdut ke apa. Just mingle mingle dgn kawan2 lah. Kita org adik beradik pun dah besar. Takyah sibuk nak kena masak sana sini. So takpela.. asalkan mak happy.
Lama2 emak dan 2 org kawan lagi decide nak berniaga. Sebelum ni pun mak ada sebut nak berniaga lah apa lah. Tp kitorg tak bg sebab kang dia penat. Dia ni memang jenis duduk rumah sesaja nanti kaki dia lenguh. Kepala dia pening. Mata dia sakit. Hahahahahha..
Tiba2 skill memasak dia timbul balik. Mungkin kesedihan sebab ayah pergi tu dah berkurangan. So dia kembali suka masak2. Dia memang enjoy bila tengok orang makan apa dia masak. Oklah emak.. teruskanlah minat emak. Asalkan mak happy.
Aku macam... emak? Betul ke ni? Tak nak try jual bungkus2 dulu ke. Tak penat sangat mcm buka gerai a.k.a warung ni. Mak bersungguh-sungguh. So... terpulanglah.
Emak buka kedai makan kecik2 depan rumah. Takde hal sebab laman luas. Pelanggan nak parking pun senang. Buka hari isnin hingga sabtu. Sarapan dan lunch. Tapi, kalau mak n friends tetiba malas... no lunch just breakfast.
Menu sarapan: Nasi lemak hijau. Ada orang BN tak mau makan nasi lemak hijau. Eh... aku cakap kat mak. Pi suh dia makan nasi kerabu. Warna biru. Hahahahahaha.. macam macam.
Satay goreng. Resepi keluarga mak. Ini makan ngan kuah kacang dan nasi impit. Dah macam pagi raya. Tapi hari hari sold out ni.
Menu lain: ikut sedap hati mak nak masak apa. Syaratnya masak kuantiti sedikit sedikit biar terasa ala masakan emak emak di rumah. Kalau masak sekawah tak jadi masakan rumah dah. Hehehe.. Masakan panas goreng goreng pun ada. Tapi terhad lah. Tak macam kedai tomyam. Inikan gerai ala masakan di rumah. Itulah X factor gerai emak.
Jual murah murah aje. Sarapan nasi impit kuah kacang air teh o eh... RM2. Pelik mak aku ni? Dia jawab.. ala.. bukan kena bayar tapak pun. Laman rumah aku je. Bukan berniaga nak kaya. Saja suka suka hilang bosan. Boleh?
Dua tiga hari sekali pi membeli barang niaga. Dari dua meja dah ada lima meja. Mungkin akan tambah satu dua meja lagi. InsyaAllah. Pelanggan datang makan takde meja. Huhu..
Setakat hari ni, dah sebulan lebih dah. Ke dua bulan ek kedai tu beroperasi. Aku tengok mak nampak sihat wpun dia penat. Hahahahahaha.. biasalah. Kalau kita buat apa kita suka dan minat kita takkan rasa penat tu sangat. Penat tu tak ganggu pun kita dari duk teruskan kerja tu.
Aku lagilah senang hidup. Makan kat kedai hari2. Tapau lauk dari kedai. Kalau cepat nau habis tak sempatlah tapau. Kenalah masak jugak. Tapi ok lah. Bila selalu takyah masak rindu lak nak masak. Hahaha macam macam.
Sampai bila nak berniaga? Tak taulah emak tu. Selagi dia laratlah. Masa ayah ada lagi pun ayah selali sebut nanti pencen nak buka kedai makan sbb emak memang boleh masak sedap. Pandai buat kuih. Tapi ayah awal2 nak chop jadi cashier aje.
Kenangan semua tu ngan ayah. Aku tak tau tapi jauh di sudut hati aku harap ayah tau mak dah tunaikan angan2 ayah nak buka kedai makan wpun hanya gerai kecil hujung kampung aje.
Pembaca Blog Ini...
Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts
Wednesday, June 1, 2016
Friday, November 13, 2015
Sunday, October 19, 2014
Hari jadi emak
17/10 hari jadi emak. Imah keluar g beli kek kat baskin robin.
Huu... Layan betul!
Selamat hari lahir, mak.. Semoga dikurniakn kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki.
We loves you!
Labels:
hari lahir,
mak
Tuesday, May 20, 2014
Peluang
Saya selalu fikir, saya duk jauh dr orang tua saya. Bila tengok org tua yang gigil2 kat bank, kat pasar, kat mana-mana selalu fikir, manalah anak-anak tak temankan mak ayah?
Saya dah takde peluang nak jaga ayah. Saya rasa terkilan. Tapi, takde apa yang mampu saya lakukuan.
Saya kini hanya ada emak. Emak pun walaupun masih agak muda, tp macam macam masalah kesihatan dialami. Saya sedang mempertimbangkan untuk beralih angin.
Tinggalkan zon selesa dan bergerak ke Melaka. Duduk Melaka, dan berbakti pada emak semampunya. Selagi mak masih ada. Walaupun kita hanya manusia. Tak pernah tahu siapa yang akan pergi dulu. Mungkin sebenarnya, saya yang akan pergi dulu sblm emak. Tapi, saya taknak sia-siakan hidup dengan berjauhan dengan mak. Sebulan dua sekali balik jenguk mak dua tiga hari kepas tu lamaaaa lagu baru balik tgk mak. Saya taknak jadi anak tah apa apa.
Saya tak dpt sumbangkan apa apa masa ayah sakit. Seharipun tak bersama dia masa dia sakit. Dan sesungguhnya saya amat sesal dengan diri sendiri. Saya taknak rasa perkara yang sama lagi. Siksa nya rasa tiada ubatnya.
Kadangkala saya fikir wang ringgit, kerjaya, keselesaan... dah takde makna kalau kita tak dapat berbakti untuk emak ayah. Duit banyak, hidup selesa, pangkat semua tak sepenting mana jika kita bandingkan dengan emak dan ayah. Mak ayah pun bukan nak sangat duit kita. Mereka lebih perlukan perhatian dari anak-anak.
Saya tak mahu terkilan lagi. Takkan mahu menyesal dan tersiksa lagi..
Semoga Allah memberkati usaha dan keputusan saya ini...
Monday, April 7, 2014
Sap sap sap.. Kereta Berasap
Sebelum mak ke airport masa nak pi umrah tu, kereta mak panas. Econ tak berfungsi.
Sampai KLIA, berasap..... Aduh..
Mak sms masa dah nak naik flight tu. Suh follow up kereta dia dengan uncle.
Seminggu lepas mak g umrah, cik abang col uncle. Uncle kata kena RM200 je. Huh... saya lega lah.
Sekali bila mak balik, kereta berasap lagi. Overheat.... Pasal tak monitor air. Kering...
Cik abang hantar ke bengkel. Kebetulan kita ada kat Melaka hantar Hamat Naim balik. Lepas tu, dapat tahu kereta mak kronik. Sampai kena tukar enjin bagai. Hai.... risau!
Mak dengan jetlag tak habis lagi. Saya banyak kali wassap mak. Cakap kat mak kereta itu akan akan ok. Tak de apa. Cuma kena kuar duit banyak sikitlah sebab nak tukar enjin. Kalau tukar enjin halfcut kena dalam 2k++.. Kalau enjin baru. 27k... Mampus laaaa mana nak cari duit? Saja tak bagitau mak pasal enjin baru tu. Kang mak aku masuk wad plak sama dengan kereta dia. Tak penting pun nak tau harga 27k tu. Bisa mengundang terkejut badak aje.. heheh
Cik abang kata lepas tukar enjin, masalah akan settle. Tapi, kalau tak settle jugak... Alamatnya, hahahahaha.. Emak kata, arwah ayah pernah pesan.. Kalau apa-apa jadi dengan kereta tu, tukar lah enjin. Nak tukar kereta pun saya faham mak takkan mudah-mudah. Arwah ayah tinggalkan kereta tu untuk dia. Mestilah dia sayang.. Kenang-kenangan dari arwah suami kan.
Emak tak de kereta dalam 4-5 hari ni. Tapi takpelah sebab bukan mak boleh drive pon. Jetlag. Tah berapa hari dia punya jetlag? Emak kata ini penyakit dia ni, bukan jetlag. Wallahualam...
Minggu depan ada family vacation.
Semua dah siap passport.
Iman pun dah ada passport! Kau tengok! Geram aku tengok budak ni!
Tak sabar lah.. Walaupun tak semua boleh join, tapi kira ok lah....
Berdebar hatiku ini nak apply cuti tadi. Tak jumpa bos pun sebab bos meeting. Aku terus je isi borang, masuk bawah pintu.. Ahahahaha.. Janganlah dia col aku esok ke lusa tanya pasal cuti aku! Bulan April dah cuti 3hb, 6hb, 13hb, 14hb dan 15hb.... Woi... 5 hari! Harap-harap bos ok. Kalau tidak, daku menangis di bawah sinki lah...
Ok, bai....
Wednesday, April 2, 2014
Mak dah balik
Alhamdulillah..
Petang semalam mak dan adik-adik selamat sampai dari mengerjakan ibadah umrah.
Dah dua minggu Naim duduk dengan saya..
Malam tadi, ulangkaji Matematik kena marah sampai menangis.
Manjalah..
Anak bongsu kan..
Esok pagi nak hantar Naim balik Melaka.
Nanti mestilah Along rindu .....
Friday, March 21, 2014
Thursday, March 20, 2014
4.15 pagi
Ye.. Dah 4 pagi. Masih tak boleh tidur. Apa lah .. Pk pk.. Patutlah tak boleh tidur. Siang tadi kereta gerak dari rumah jam 10:30 pagi, aku bantai tidur sampailah kat Gambang 2.30 petang baru bangun. Gila.. Kesian cik abang bawa kete sambil nyanyi sorang2. Mengantuk aaaa.. Tak tahan.
Sampai serdang kol 5 petang. Solat zuhur asar kat Masjid UPM. Terbayang2 kisah sedih. Takpelah.. Malas pk. Move on!
Emak, am dan apis tido rumah cik milah. Adik ayah sama ibu. Bapak lain2. Cik milah pun nak pergi umrah. Anak dia hantar kol 5 pagi kang ke airport. Mak kata kitorg takyah hantar sbb pagi sgt. Ahaha.. Mak paham lah liatnya anak dia nak bgn pagi. Tapi saya rasa mak taknk sedih2 sbb kan naim anak bongsu dia tak ikut. Nanti kang drama air mato plak.
Tadi dah siap2 mkn ngan mak kat tasik. Kat warung yang penyewa rumah mak tu berniaga. Boleh tahan lah.... Dia belanja plak. Tak yah byr. Adoi. Lain kali tak pergi lagi sbb seganlah kan. Kita bukan g kedai dia sbb nak makan free. Kita nak support bizz dia. Tapi, dia plak taknak terima duit. Serba salah. Takpelah.. Semoga dia dimurahkan rezeki sekeluarga..
Lepas makan, mak terus pi rumah cik milah.
Naim tinggal dengan saya.
Tido hotel satu malam. Esok balik tganu..
Naim walaupun saya tahu dia sedih.. tapi dia mmg tabah.. Heheh
Dia asyik duk pasang katebang heli lego ni..
Dah siap, dia pun membutoooo...
Tuesday, March 18, 2014
Jaga Naim
Malam. Pagi laaa.. Dah pukul 1 pagi. Cik abang dah lena. Saya masih duk terkebil-kebil bijik mata. Takleh nak tidur. Pusing kanan.. Kiri.. Kanan balik.. Pastu kiri..
Esok last kerja. Selasa. Rabu Khamis cuti. Oh, tak sabar! Kalau kerja tak cuti2 boleh bengkak kepala. Silap2 habis semua kerja tak jalan sbb stress. Lama dah tak balik Melaka. Last sekali bulan 12 tahun lepas masa kena outstation yang dua hari tu. Lama dah! Tapi, kali ni tak balik Melaka pun. Serdang aje. Tido hotel. Huhu
Mak nak berangkat (umrah) 20/3 hari Khamis. 2/4 baru balik. Ahmad Naim tinggal sorang sebab mak bawa Apis sekali. Adham jadi teman. Cik Milah (adik arwah ayah sama mak lain bapak) pun pergi. Tumpang marham Adham. Sebab cik Milah ibu tunggal, anak yatim dan anak2 blom boleh ikut.
Imah tengah study week.. Icah baru masuk belajar. Sambung Master sambil2 jadi Research Assistant. Alhamdulillah. Semoga dia tabah harungi kehidupan baru. Anep sibuk hal dia. Maka, Naim kenalah ikut saya duduk Terengganu dua minggu sepanjang emak di tanah suci. Nasib baiklah cuti sekolah kan..
Saya agak gementar nak jaga dia. Sebab dia tak biasa sgt dgn saya. Saya memang kurang duk rumah. Dia membesar pun saya dah kawin. Tak berapa rapat. Tapi, kalau setakat nak kenakan saya.. Dia memang pakar lah.. Saya harap dia seronok duduk dengan saya.
Saya dah pesan bawa buku ulangkaji sebab nanti dia nak UPSR. Cuti sekolah kali ni takleh p kelas tambahan sbb ikut along duduk Terengganu. Saya plan nak kosongkan jadual saya waktu petang. Tengahari saya akan balik bawa dia makan. Pastu, bawa duk opis sambil ajar dia ulangkaji. Sambil2 selesaikan kerja saya.
Mak bising dia asyik dpt 1A aje. Takpe.. Arwah ayah kata UPSR je. Bukan boleh mintak kerja pun. Heheheh.. Jangan stres. Ayah selalu pesan, study smart BUKAN study hard. Slow-slow. Petang belajar. Buat latih tubi. Malam pas Maghrib kita baca Iqra'. Haaaa.. Jangan tension, Aim! Weekend kita pi berjimba ye....
Hmmm... Saya rasa sedih juga mak nak berangkat. Tapi, mak kan nak beribadah. Tak maulah mengada sgt, Ain! Nanti mak susah hati tak tenang pk pasal anak2.
Saya doakan agar perjalanan emak, adik2 dan Cik Milah dirahmati Allah dan diberkatiNya. Semoga selamat pergi dan balik dengan redho Ilahi.
Amin...
Saturday, March 1, 2014
Tappers, Kuala Terengganu
Hari ni Sabtu. Kebosanan. Ajak cik abang g jalan-jalan. Kononnya hari Jumaat nak pi karnival makanan halal kat Kota Bharu. Tapi, malas... Tido.. Haha
Mula-mula ajak pi Batu Enam. Nak beli tudung untuk emak. InsyaAllah mak nak pi umrah 20/3/14 nanti. Telekung mak dah ada. Belikan tudung lah. Tapi, kedai tudung kat Batu Enam tengah renovate. Oh, man!!! Takpe, kita ke Pengadang Baru lah....
Sebelum tu, lapar.... Tak tau nak makan apa. Tetiba teringat Tappers kat belakang kg cina tuh... Dah lama dah nak makan situ tapi macam2 hal lah yang menghalang.. Hari ni cik abang pulak rasa nak makan makanan mat salleh..
Lepas makan, kita pi cari tudung. Tudung emak sehelai. Tudung sendiri ter dua helai..
Huahuahua...
Mula-mula ajak pi Batu Enam. Nak beli tudung untuk emak. InsyaAllah mak nak pi umrah 20/3/14 nanti. Telekung mak dah ada. Belikan tudung lah. Tapi, kedai tudung kat Batu Enam tengah renovate. Oh, man!!! Takpe, kita ke Pengadang Baru lah....
Sebelum tu, lapar.... Tak tau nak makan apa. Tetiba teringat Tappers kat belakang kg cina tuh... Dah lama dah nak makan situ tapi macam2 hal lah yang menghalang.. Hari ni cik abang pulak rasa nak makan makanan mat salleh..
Lepas makan, kita pi cari tudung. Tudung emak sehelai. Tudung sendiri ter dua helai..
Huahuahua...
Labels:
jalan-jalan,
mak,
makanan
Sunday, December 22, 2013
Emak ke Jakarta
13-17/12/13
Emak ke Jakarta. Bersosial lah sikit emak aku. Makan angin sekali sekala. Kasi peluang lah kat emak.
Kelam-kabut sikit hidup emak sekarang sejak bercucu ni. Kena jaga menantu berpantang pulak. Dia emak kan. Tentu dia redho dan suka je nak buat semua tu. tapi, kalau kita halang emak nak pi mana-mana semata-mata sebab nak emak jaga anak bini laki kita, tak baik lah kan...... Sejak jadi ibu tunggal ni, banyak perkara dia kena buat sendiri. Emak nampak tabah, tapi dalam hati dia... siapa yang tahu kan? Takkan nak paksa mak tambah beban banyak-banyak. Timbang rasa lah sikit.
Maka, sebaiknya lah kita ok aje kalau emak berehat dengan kawan-kawan dia. Cuci cuci mata, kan.. Bukan selalu. Mak dah jaga kita dari kecik sampai ke besooo.. Banyak perabih duit ke kita (adik beradik ramai) dulu. Nak pi mana-mana pun tak de duit sangat. Sekarang, anak dah besar-besar bagilah emak buat apa yang dia suka.
Kawan emak wassap gambar ni kat saya.
Kalau nak harapkan emak me wassap, memang tak lah..
Agak klasik sikit. Tak pandai ber gadget..
Saya dah pesan kat kawan emak minta dia wassap.
Labels:
mak
Monday, October 28, 2013
Beli Online
Saya selalu beli shower gel. Macam yang saya pernah bgaitau sebelum ni. Saya selalu tukar tukar guna. Bukan dah habis satu botol, saya guna lain pulak. Kalau ada 5, kelima-lima jenis ada dalam bilik air. Saya guna ikut mood. Hahaha...
Masa cuti raya haji, belikan emak hadiah besday. Set Mountain Rose ke apa tah nama dia. The Body Shop je pun. Itu aje yang aku mampu setakat ini. Kot masa lain, mampu belikan yang lebih lagi.. InsyaAllah..
Kebetulan masa tu pi shopping dekat Aeon Melaka. Besday mak dah dekat, so belikan lah. Adik-adik cadangkan beli perkakas dapur macam set kuali ke, periuk ke atau set pisau. Apa da? Emak memang suka benda macam tu sejak dulu. Tapi, asyik nak suh mak masak je. Dapur emak dah penuh dengan macam-macam jenis perkakasan. Lagipun, saya pernah cakap kat mak hari tu yang mak masak dah tak macam dulu. Emak jawab, "Ayah kau pergi bawa resepi-resepi aku sekali.." Bunyi macam lawak je tapi sebenarnya menunjukkan rasa hati emak yang sebenar. Takpe, aku faham! Semua tengah belajar bertabah. Perlahan-lahan..
Naim suh beli bekas beras Tupperware. Itupun cadangan bagus.. Tapi, kena order lah bendalah tu. Saya nak cepat.Lain kali
So, saya dan cik abang decide belika emank shower gel, body lotion dan EDP .. Emak nampak macam suka. Icah kata kenapa tak beli yang White Musk sebab emak memang suka bau tu. Tapi, saya cakap.. Tak naklah sebab itu kan ayah pernah belikan untuk emak. Nanti emak sedih pulak. Baiklah kita cuba sesuatu yang baru...."
Baru-baru ni dapat sms pasal The Body Shop ada sales. Haaaaaaa.. boleh beli online. Suka betul! Boleh pakai kad kredit. Haaaaaaaaaaa! Haaaaaaaaaa! Saya pun apa lagi? Sikit lagi nak meroyan dah. Rasa semua jenis shower gel saya nak. Masuk basket, keluar basket, masuk keluar masuk
... Sekali RM500++.. Kau gila? Tak kuasek aku. Membazir lah sangat kalau beli sampai RM500++ Keluar basket balik. Last sekali saya beli ini aje...
Shower gel
Atlas Mountain Rose (macam emak punya)
dan
Amazonian Wild Lily
Semua sekali, RM90++ termasuk pos.
Order Ahad, hari Selasa udah sampai.
Sangat berpuas hati.
Kira berbaloi lah kalau nak pi outlet kat Kuala Terengganu tu agak jauh.
Belum masuk kos kena hasut dek salesgirl terbeli benda lain yang bukan-bukan.
Suka!
Bau bunga-bungaan.
Bila mandi pakai sikit-sikit sebab sayang.
Labels:
koleksi,
kosmetik,
mak,
membeli belah
Wednesday, July 3, 2013
Reban Mak
Emak dah dua tiga kali cakap dia nak reban ayam.
Dia kata
orang yang dia nak upah tu tak datang pun buat reban dia.
“Aku ni dah tak
larat. Kalau muda-muda dulu, memang dah lama siap reban ni!”
Banyak kali jugak
dia bebel fasal reban ayam tu.
Nak kasi ayam makan sisa nasi-nasi yang tak
habis tu katanya.
Anak lelaki sorang pun tak pandai menukang.
Kalau disuruh,
memang taklah nak buat.
Nak buat camne.
Mana ada orang yang pandai buat semua
benda kan?
Saya cuba lah tanya kat cik abang.
Kot-kot dia pandai buat reban.
Nada paling lembut sekali.
Nak amik ati, kan? haha
“Abang, pandi buat reban tak?
Boleh buatkan emak reban tak?”
“Reban macamana?”
“Entahlah.. Tapi, reban biasa-biasa je kot.
Boleh muat ayam
tiga empat ekor.
Nak kasi makan balance makanan. Sayang terbuang.”
“Nantilah abang fikirkan. Boleh kot kalau yang
simple-simple. Abang cubalah buat.”
“Ok, harap-harap jadilah…”
Hari Rabu Khamis Jumaat projek pun berjalan.
Assistant project manager!
Boleh laaaaa dari takde!
heheh
Sabtu..
Reban siap!
Tak sempat nak belikan ayam sebab Ahad kita dah nak balik Terengganu.
Labels:
keluarga,
mak,
rumah mak ayah
Friday, June 28, 2013
Kenduri Tahlil
Sabtu (28 Jun)
Tapi, dadih habis licin lecut. Hot item. Tak sia-sia aku buat semua tu. Semua orang tua muda kecik besar makan dadih saya. Ada perisa kiwi, anggur, manggo dan honeydew.
Mak dan adik beradik emak yang beberapa orang decide nak buat kenduri tahlil. Busu, Achik, Mak dan Uncle je pun. Tapi, makanan... Ya Rabbi meriahnya!
Nasi putih
Daging masak hitam
Ikan + kundur asam rebus (uncle Taib mancing ikan kat laut)
Sambal udang (uncle beli udang besoooo)
Pucuk ubi masak lemak (pucuk ubi petik belakang rumah)
Ikan goreng
Air sirap
Dadih
- Tak de gambar lauk sebab tak sempat ambil gambar pun.
Ada lagi kot lauk tambahan. Tapi, saya udah lupa kot. Sebab banyak sangat dan asa tetamu datang tu saya tak jenguk pun lauk. Saya buat dadih sampai 6 paket. Tidur pukul 2 pagi. Kaki dah lenguh pi mari pi mari. Last sekali, cik abang tolong saya masukkan semua dadih dalam peti ais sebab dia tengok saya dah penat gila babun.
Tapi, dadih habis licin lecut. Hot item. Tak sia-sia aku buat semua tu. Semua orang tua muda kecik besar makan dadih saya. Ada perisa kiwi, anggur, manggo dan honeydew.
Sehari sebelum kenduri, emak buat karipap. Saya belajar lah sikit-sikit. Buat inti karipap. Masa kecik-kecik dulu mak selalu marah kalau makan inti karipap. Mak kata nanti sakit perut. Padahal, tak nak inti habis. hahhaha... Kena temberang!
Saya gelek tepung.
Emak ngan Icah kelim tepi karipap.
Saya tak pandai kelim. Selalu pakai ketip ketip tu aje.
Mak kata pakai benda tu leceh.
Kalau tak kena 'gam' dia terbukak..
Emak kata nak angkat masa kenduri nanti.
Saya siap sorok sebab tak nak kasi. Hahahaha Tamak!
Eh... biarlah!
Bukan setiap hari emak buat karipap.
Sedap! Takkan nak bagi orang pulak.
Itu lain kali.
Kalini kita makan dululah...
Ada banyak lagi cerita pasal balik kampung...
Nantilah kita update lagi, ya!
Thursday, June 27, 2013
Pisang Ayah Tanam
Balik kampung adalah seronok. Outstation 2 hari je. Lebihnya berfoya-foya. Duduk rumah mak. Borak-borak dengan emak. Tak jalan sangat pun sebab malas. Lepas tu cakap kat mak, "Apesal kalau pi kerj lama je masa nak berlalu. Kalau cuti, kejap je dah nak kena kerja balik.. Hai! lambat lagi nak pencen!" Pastu emak geleng kepala.. "Allahuakbar!.." hahahha
Isnin lepas Zuhur, kami gerak ke KL. Sampai Gombak dah malam. Sampai je rumah kakak ipar, abah dah ada tunggu. Saya masuk je rumah dia dah senyum. Rindu juga kat abah. Masa tu rasa nak peluk je dia. Tapi, ahhahahaha kang dia pengsan plak. Saya pun segan juga. Yelah, sejak takde ayah ni. Abah ajelah bapak yang saya ada..
Esoknya, lepas urusan kat UTM balik Gombak. Ajak abah pi jalan-jalan. Makan-makan. Balik tu dah rasa letih ya amat. Terus lah nak tido kejap sebab cik abang kata nanti petang-petang baru balik Melaka. Cik abang ngada-ngada suruh cuci muka dia. Saya pun turutkan aje lah. Kang kalau saya membantah, dia tak mau bawa balik Melaka camne? hahah
Lepas pakaikan dia mask muka sebab nak kasi kulit muka halus (konon), dia tertidur. Dengan saya saya sekali join tido... Nyaman... Pukul 6 baru gerak balik ke Melaka. Jalan jammed. Lantak! Sape suruh lambat gerak kan?
Sampai Melaka dah malam.
Apa lagi, perut lapar!
Pi geledah dapur mak.
Ada sambal sotong Icah masak.
Dah besar dah Icah.
Dah pandai masak sambal.
Nasib baik tak sakit perut. hahah
Lepas makan, cari buah.
Jumpa pisang. Banyak. Setandan.
"Pisang apa ni, mak? Gemuk...."
~ Sambil kopek kulit pisang nak ngap lah...
"Ni pisang arwah ayah kau tanam.
Dah boleh makan.
Bersungguh dia ambil benih ni kat kawan opis dia...
Tapi, sayang! Dia tak sempat makan."
Terus rasa macam pisang lekat kat tekak.
Tapi, sebab pisang tu memang kegemaran saya, belasah aje la..
hehe
Terima kasihlah, ayah!
Sebab tanamkan pisang ni.
Masa kenduri tahlil Sabtu, adik beradik ayah datang.
Dapatlah merasa pisang arwah abangnya tanam..
Pisang gemuk gemuk montel montel.
Saya cakap kat emak,
"Ayah kan suka orang gemuk. Dia tanam pisang pun gemuk-gemuk.."
.....Al-Fatihah buat ayahyang jauh.....
Sunday, June 23, 2013
Tentatif Minggu Ini
Ahad.. Hari ni last kerja untuk minggu ni. Isnin - Jumaat oustation! KL nun... Selasa ke UTM, Jalan Semarak. Jumaat ke UPM, Serdang! Ah.. rindunya kat Serdang. Hah.. cakap pasal Serdang baru teringat fasal rumah emak kat sana. Baru-baru ni ada penyewa. Start dari bulan 12 kalau tak silap. Mula-mula ok je dia bayar sewa. Lelama dia meliat bukan main. Emak pun naik hangin. Terus lah terminate orang sewa tu.
Lepas tu, ada hambaAllah nak duduk. Tapi, banyak hal pulak. So, emak pulangkan deposit dia. Aman kepala otak dari melayan orang cerewet. Nak paksa kita cat rumah guna cat ICI. Banyak duit? hahaha
Sekarang, rumah tu tak de sape duduk. Bolehlah kalau sesiapa nak sewa. Boleh contact saya norainiammran@yahoo.com. Nanti saya bagi no hp emak saya. Rumah teres tengah satu tingkat. Rumah lama tapi baru cat dan baru buat wiring. Ada 3 bilik, 1 bilik air. Siap peti ais, katil bujang 1 dan aircond 2 bijik. Sewa RM850. Boleh runding. Bukan dengan saya. Runding sama itu puan rumah (emak saya). heheh
Sewa ni bukan apa. Cuma, adatlah kan. Kalau kita janji kita akan bayar paling lewat 7hb setiap bulan, maka... mestilah bayar ikut janji kan? Kalau ada masalah, memang kena runding. Call. Kita boleh bincang. Saya rasa emak saya orang yang paling boleh bertolak ansur. Emak kata, "Emak pun pernah jadi penyewa. Kadang-kadang ada masalah. Tak dan pitih ke apa kan. So, boleh bincang. Ini diam. Pastu kita call tak angkat. Macam kita pula nak minta duit dia. Padahal kita minta duit kita." Gitew....
Seronok betul nak pi KL! Sebab memang dah bosan gaban nih. Lambat betullah esok....Hari Rabu Khamis kita amik cuti tahun atas faktor perjalanan yang jauh. Eh, jauh? heheh
Esok gerak ke KL lepas cik abang kerja. Tah pukul berapa. Tapi, dia kata lepas Zuhur. Harap betul lah. Jangan kang tetiba meeting lah kan. Mana lah tau sebab memang selalu macam tu pun kalau nak cuti lama sket. Saya tak kesah. Tapi, nanti dia lah jugak yang penat sebab dia yang drive. Saya tidur aje laaa kat sebelah kalau dah malam. Nak drive, mata memang tak nampak dah.
Kena tidur Gombak (rumah kakak ipar) dulu sebab takde rumah dah kat Serdang. Sedey lah hati.. Tapi, takpelah. Sama je pun rumah mak ke rumah kak ipar ke. Belasah ajelah.
Oklah.. nak buat preparation sikit untuk pi outstation esok
Bye!
Labels:
bebelan,
keluarga,
kerjaya,
mak,
rumah mak ayah,
rumah sewa
Wednesday, April 24, 2013
Emak, Jom Pergi Pulau Perhentian!
Emak dan adik-adik nak datang sini malam ni! Yeay! Rumah pun dah kemas dan berajah baru.. Bilik tetamu je blom kemas. Malam ni laaaa kot. heheh
Saya nak cuti esok, tapi saya tengok kat HR cuti saya tinggal 19 hari? How can? Saya rasa macam banyak lagi.. Peliklah.. Hari tu bos tak approved EL saya sebab saya tak dapat tunjuk surat mati. HR kata jadi unpaid leave lah. Ok, nak potong gaji saya 2 hari. Saya pun ok jelah. Takkan nak sembah bos suh dia approve kan. Dah orang pun dah mati. Nak dipanjang2 kan buat apa. Saya redho je lah.. Hari ni saya tengok, gaji saya kurang 95 sen. Hah? Gaji aku sehari 47.5 sen ke apa ni? Mak confuse, nok? Lantoklah.. Kalau kita kerja lebih tu idok pulak dikira. Yang kurang tu cepat beno nak dipotong. Ambiklah.. Haku niat sedekah ke anak yatim je..
Ish.. Dah lah membebel. Nanti aura negatif beranak-anak dalam badan.. heheh So, tak leh lah cuti esok. Kenalah berkejaran balik tengahari kejap. Esok kerja sampai pukl 3 je pun. Saya pesan suruh mak bawa sweater tebal sebab bas express malam adalah sejuk sekali. Emak gelakkan haku. Dia kata kulit dia tebal. Tak heran sejuk laaaa.. hahahah... Emak.. Emak..
Saya nak pi jemput mak kat Melaka. Tapi, emak datang sini nak p Pulau Perhentian. Kereta emak pulak ada dengan saya. Kalau saya jemput emak, macamana emak nak balik? Emak boleh drive tapi macam tak nak lepas je mak drive sendiri dari Terengganu ke Melaka sendiri. Saya tak nak lah biarkan emak drive sorang macam tu. Pastu yang menemannya budak hingusan sekolah rendah. Kalau ada lelaki dewasa, boleh tahan kan.. Dah lah jauh.. Kejam kot!
Adik saya yang duk Penang tu datang naik flight dari Penang. Bini dia dari JB pun naik flight. Dorang tak banyak cuti nak drive lama-lama. So, siapa nak hantar emak kan? Dulu arah ayah ada. Bolehlah drive. Sebab tu lah sekarang emak dan adik-adik naik bas ke Terengganu. Nanti Selasa atau rabu depan kita hantar emak balik Melaka. Gitu....Kalau mak naik bas ni, boleh rehat sket. Naik je bas, tidooooo... Bas berhenti, turun... Dah sampai.. Tak yah pikir apa dah. Kalau drive sendiri, haaaaa.. mana nak pikir tol lah.. selekoh lah.. petrol la... ahahahah
Emak nak pi Pulau Perhentian. Masa ayah ada pun, ayah dah rancang nak pi pulau ni. Tapi, tak kesampaian. Masa tak mengizinkan. Tak sempat. Ayah dah sakit bulan 7. Bulan 9 dijemput Allah. Sekejap je. Sekelip mata. Banyak perkara ayah nak buat tapi tak sempat. Takpelah... Bukan rezeki ayah. Jadi, emak pun kata... "Ayah yang dah pergi tu, redho kan ajelah. Kita yang hidup ni takkan nak bersedih je. Kita kena teruskan hidup jugak."
Betul lah, kan? Kita pi bercuti rehatkan badan, tenangkan minda. Bukan bermakna kita lupakan ayah. Ayah selalu dalam hati kita.
Maka, marila kita ke Pulau Perhentian. Mungkin percutian keluarga kali ini tidak seperti sebelum ni. Takpelah... kita proceed ajelah. Siapa tak leh ikut, tak de cuti lah, tak sempat datanglah, jauhlah, apa lah, itulah, inilah... Tak payah ikut. Nanti jangan kata orang boikot pulak. =D
Nanti... kita update cerita fasal pi pulau tu. Saya duduk 5 tahun kat Terengganu. Setiu plak tu. Dekat je dengan pulau. Tapi, sekali pun tak pernah pergi. Tengoklah.... kot lepas lepas ni makin kerap pulak ke pulau ke kan.. heheh
Ok, bai...
[Tak sabar nak snorkeling]
Labels:
ayah,
jalan-jalan,
keluarga,
mak,
pulau perhentian
Saturday, April 13, 2013
Tuesday, March 26, 2013
Tukar Kereta
Sekarang, kereta emak masuk bengkel. Bukan ada rosak teruk atau eksiden pon. Emak minta cik abang cat semula dan make up bagi nampak terurus sikit. Maklumlah... Sejak ayah takde ni, emak bawa je kereta. Takde reti nak baiki, nak servis blablabla.... Hahaha.. Typical woman driver, kan? Emak kira ok pandai isi petrol. Saya? hahahaha..
Macam kesian je. Emak kata dia sayang kereta tu sebab ayah tinggalkan untuk dia. Ayah pesan jangan jual. Pakai je kereta tu. Bila kitorang 'cucuk' emak beli kereta baru, toing.. toing.. kena marah ngan emak. hahahah
Balik lepas kenduri hari tu, bawa balik Avanza ke Terengganu sebab adik ipar ada kawan yang buat kerja-kerja mengecat kereta. Kerja kemas katanya. So, kita try lah... Kelmarin, cik abang bawa saya tengok khabar kereta emak.
Sudah ditogelkan. Teruk juga nampaknya sebab ada kemek sana sini. Lepas tu, bumper kembang sana sini.. Ahahaha.. Banyak tangan yang pakai. Bila tanya, semua tak ngaku. Kemek tetiba kot.. Adoi! Masa tu ayah pun malas nak fikir, biar je lah. Janji korang bahagia.
Pandangan belakang...
Pandangan depan...
Disebabkan Savvy Am pakai, emak tiada kereta.
Memang susah takde kereta.
Nak pi pasar ke, nak pi mana-mana memang terbatas.
Maka, saya relakan Cik Merah yang baru 2 minggu usianya tu ditinggalkan di Melaka
Demimu, emak!
(Gambar: Ampaian dan bakul baju warna merah ini Imah punya)
Mula-mula emak macam cuak sebab biasa bawa kereta tinggi
pastu nak kena bawa kereta rendah.
Tapi, lelama kemain lagi yea...
hahah
Bulan depan, lepas mak datang sini sebab nak pi
Pulau Perhantian tu kitorang akan hantar emak balik Melaka.
Baru boleh amik Cik Merah bali Terengganu.
Sekarang saya car less.
Tumpang kereta cik abang nak pi kerja.
Saya rindu Cik Merah.
Thursday, February 21, 2013
Makanan Request
Emak sudah renovate dapur baru!
Kemain besar lagi dapur mak.
Island kitchen lagi..
Wallahai...
Lupa nak ambil gambar dapur baru mak.
Selama ni, duk Serdang dapur alahai kecik tuek..
Tapi, mak sabar aje.
Arwah ayah dah janji bila dah pencen,
ayah akan buatkan dapur besar untuk emak.
Walaupun ayah sudah tiada,
ayah sudah pesan emak boleh buat dapur besar untuk diri sendiri.
Emak bukan main gembira bila dapur dia dah siap.
Emak pun cakap,
"Korang tulis je apa yang korang nak makan. Mak masakkan.."
Maka, kami pun buat senarai.
Semua yang kita senarai emak buatkan dengan jayanya!
Ibu ibu memang ratu hatiku...

Antara masakan yang sempat saya snap.
Karipap Jerawat
Ikan sembilang masak asam pedas..
Makan sampai berpeluh!
Terima kasihlah, emak!
Subscribe to:
Posts (Atom)






















