Pembaca Blog Ini...

Tuesday, June 26, 2012

Menitik Air Mata

Salam Khamis....

Pepagi emak dah call, "Long, kau sorang je yang belum bayar duit kutu. Nak kene debik ni?"

Hahaha... Lupa! Malam tadi ingat nak transfer tapi, hujan lebat tetiba. Line Internet tak berapa clear. So, tak best laa nak guna Internet Banking.

"Yelah.. Yelah.. Sekarang juga orang transfer.."

Ok, berbalik kepada tajuk.


Hari tu masa kat rumah emak, saya mimpi makan nasi lemak yang bungkus dengan daun pisang, ada kacang ngan ikan bilis dan sambal kerang. Saya bangun terus pi jenguk meja makan (memang buruk perangai) tetiba ada nasi lemak yang saya mimpikan itu. Terus cuci muka, gosok gigi dan menikmati nasi lemak itu. Tetiba macam tak sedar, air mata menitik.... Betul betul punya sebak ke terharu ke saya pun tak tahu. Makan sampai licin dengan kacang ikan bilis semua. Selalunya kacanglah paling dimusuhi. Dapat nasi lemak, kacang selalu kena singkir dulu. Kedua, ikan bilis kalau ikan bilis tu liat. Kalau rangup, teruskan juga kalau tak berapa masin. Kalau masin gila, tak mau!


Dua tiga hari lepas, nak makan durian. Carilah durian longgok sebab macam membazir beli yang timbang. Macam beli kulit durian lepas tu buang je. Cik abang nak belikan yang dah siap masuk bekas tu. Sekali 3 ulas 20 hengget. Jenis musang king yang orang kata sedap tu... Mak ai.. Rasa macam makan emas permata pulak. Maka, belilah yang selonggok 20 hengget. Makan kat rumah. Menitik air mata lagi...... Sebab dah lama nak makan durian tapi, tak de musim kan. Sekali dapat, rasanya macam nikmat tak terkata. Habis satu malam seme durian tu. 3 bijik. Semua elok-elok belaka isinya. Alhamdulillah.. Malam tu, takleh tido esoknya MC sebab demam panas makan durian. heheheh


Macamana pun, itulah dikatakan nikmat kan?


Ya Allah, terima kasih atas semua nikmat yang Kau berikan kepadaku.

1 comment:

Aziz Syaidahtul said...

ah...nak makan durian gak