Pembaca Blog Ini...

Thursday, July 26, 2012

DIARI: 5 Ramadhan

Cik abang beli burung puyuh 6 ekor.
Dua ekor dia kasi kat abah.
4 ekor saya masak goreng madu.
Nak resepi?
Tanya Maggie.
Saya pakai perencah Maggie tu.
Memang dasar pemalas. hehe
Tapi, tak sedap lah rempah tu.
Baik kita buat masak merah sendiri ke apa.
Lagi mengancam.


Manis daging burung puyuh tu.
Plus kobis goreng belasah aje dipersembahkan oleh cik abang.
Habis licin sayur.
Air pulak, cik abang order air soya kat kawan dia. Sedap!
Kuih.. onde-onde beli dua hengget tepi jalan.
Hari ke-5 tapi tak lawa lagi Bazar Ramadhan tu.


Sahur pulak hampir terlepas.
Saya kunci jam 4.30 tapi tak sedar.
Cik abang buat perangai biasa lah.
Lebih penting mata dari perut.
Nasib baik saya sedar jam 5.05. Imsak 5.33am.
Bila dah kejut tu, banyak pulak dia makan nasi.
Kalau tidak, alasan dia malas nak bangun dah kenyang.. haihai
Burung puyuh ada lebih dua ketul, panaskan aje d
engan syarat mesti masuk tupperware dan tutup.
Kalau idak, mesti bau peti ais.
Saya memang pantang bau peti ais.
Saya memang takkan makanlah...


Pencapaian yang baik untuk minggu pertama Ramadhan.

1 comment:

Zarena Heeney said...

sini ssh la nak cari burung puyuh..