Pembaca Blog Ini...

Sunday, July 22, 2012

Harijadi Awal


Oleh sebab harijadi kitorang jatuh pada bulan puasa,kitorang tong tong duit beli kek.. hahah.. tah apa-apa. Tapi, memang dah lama janji nak belanja adik-adik makan kek.


Imah ngan Icah pi beli kek naik motor. Lepas tu, ayah bebel sebab diorang tak solat Isyak lagi dah kuar pi beli kek. Ayah kata, "Beso beno kerjaan pi beli kek tu. Dah lah tak pi terawikh." hahaha. Alahai, esok nak balik dah. Siang hari mana boleh makan kek, ayah.. Kan puasa..


Btw, kek ini harganya RM70++ dari Bakery Cottage. Beli yang sedia ada je. Tak menempah-nempah pun. Oklah rasa dia tak manis sangat tak muak makan. Saiz pun cukup-cukup untuk kitorang sekeluarga.


Meriah betul berbuka puasa semalam. Semua orang ada kecuali Anep. Mamat tu selalu jadual balik tak sama dengan orang. Orang semua balik minggu ni, dia sorang je balik minggu depan. Apa nak buat? Masing-masing ada kerja masing-masing. Semalam, mak masak simple je. Tomyam kaki ayam, bubur nasi je. Kuih tak dak. Ada buah-buahan je. Dan lauk ayah ikan apatah..


Hari ni mak masak daging berlada, touhu daging,bubur nasi, kuih kaswi. Sejak ayah sakit ni, menu berbuka dan bersahur semua dah berubah sebab emak dah penat masak lauk ayah. Banyak makanan yang ayah taklh makan. Emak asyik buntu je nak masak apa untuk ayah. Jadi, emak masak cincai je untuk anak-anak. Tak pelah... Kita beralah lah. Bila lagi emak nak kumpul pahala melayan suami dia, kan? Kalau bercakap pasal pahala ni, adik-adik saya cakap saya jauh lagi nak jadi isteri solehah macam emak. Diibaratkan macam emak dah sampai kat puncak gunung Kinabalu dan saya baru nak tempah tiket flight nak pi Sabah. Takpela, sekurang-kurangnya saya masih mencuba dan terus mencuba yang terbaik untuk itu.


Ok, bai...

2 comments:

AJIB said...

heppy birtday ya:)

KakNi (CikNi Ahnie) said...

Saya suka pulak baca ayat terkahir tu; "Diibaratkan macam emak dah sampai kat puncak gunung Kinabalu dan saya baru nak tempah tiket flight nak pi Sabah".... semoga sampai jugak nanti puncak gunung tu... hahahah...