Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label hari lahir. Show all posts
Showing posts with label hari lahir. Show all posts

Tuesday, February 16, 2016

Hari jadi

Ya Allah..

Bleh aku lupa besday cik abang? Ingat dah masa 13/2 tu. Tapi sibuk hal berkubang dalam kolam renang kat PD tu sampai leka.

On the way balik dr PD dalam kereta baru teringat. Pastu wish him. Dia mcm biasa laa sengih2. Wish kat FB ig.. then masuklah wassap dr adik beradik dia wish ... nampak dia happy. Saya mmg tak plan nak beli hadiah ke apa sebab dah biasa mcm tu. Sejak kenal 1999 sampai kahwin 2008 sampai sekarang 2016. Tak de beli hadiah sempena besday ke anniversary ke. Beli hadiah bila rasa nak beli. Sungguh tidak romantik dan berhati brutal. Hahah

Well.. setiap org ada cara tersendiri kan...

Sampai rumah.. tido. Ngantuk. Letih nau. Padahal pi bercuti PD je. Sepuluh hengget minyak kete tak habis dr Kuala Sg Baru ni.

Tetiba nenek wassap. Tanya cik abang suka kek apa. Apa lagi? Coklat lah kegemaran dia sepanjang zaman.

Nenek (mak mertua kesayangan dia) belikan kek besday.

Happy birthday, darling! I love you so much...

Tuesday, December 1, 2015

Birthday Maman Dua Tahun

Maman lahir 24/11/13.

Thn ni kita buat makan kecik kecik aje kat rumah nenek..

Happy birthday, Maman... Jangan nakal nakal!

Friday, November 13, 2015

Besday emak ke 52

17/10/15 (Sabtu)
- Api Api Steamboat & Grill

Sunday, October 19, 2014

Hari jadi emak

17/10 hari jadi emak. Imah keluar g beli kek kat baskin robin.
Huu... Layan betul!
Selamat hari lahir, mak.. Semoga dikurniakn kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki.


We loves you!

Thursday, October 9, 2014

Hari jadi Naim

Naim lahir 8/10... Genaplah 12 tahun. Macam macam dia nak minta masa besday.
Naim oh Naim..
Selamat hari lahir. Semoga berjaya dalam hidup!





Wednesday, March 12, 2014

Entri sangat Belated: Happy Birthday to CikAbang!

Punyalah banyak isu nak kena selesaikan bulan Februari sampaikan nak buat entri hari jadi untuk cik abang pun tak ingat.

Saya tak belikan dia hadiah pun. Selalu nya pun macam tu. Kitorang punya cara memang macam ni. Kalau rasa nak beli hadiah, beli aje. Tak kiralah hari jadi ke apa ke. So, kalau hari jadi tak de hadiah memang dah biasa. Sikit pun tak amik hati.. 

Tapi, mestilah kena ingat. Hari jadi orang tersayang.. 

Saya tanya dia nak makan apa? Saya masaklah... Dia request nak nasi tomato. Sebenarnya, saya tanya dia jawab apa-apapun boleh. Mengada. Pastu saya yang suggest nasi tomato. Dia pun ok kan aje... Acar timun tu pakai cuka kurma sebab cuka biasa tu takde. Pelik je tapi rasa sama je. Takde masalah..


Esoknya, dia suh buat rendang pulak. Saya dah buntulah sebab takde bahan kat dapur. Tapi, belasah ajelah.. apa yang ada kita leburkan aje. Jadi juga rendang main hentam. Resepi dah tak ingat sebab sebulan dah buat. Saya selalu macam ni. setiap kali nak masak, kena belek resepi. Kalau tidak, tak confident. hahahaha


Sebelum besday dia, seminggu dua tu dia dah teringat dah. siap minta saya belikan seluar basikal. Saya diam ajelah. iye kan pun tidak, cakap pun tidak.. Dua tiga kali dia ulang2, sayapun suh lah dia order. Saya bayarkan pakai cimbclicks. Dapat lah dia seluar basikal..... Saja je tak claim balik. Dia pun diam aje. Buat2 lupalah tu! hahaha


Abang sayang, selamat hari lahir! 14 Februari ...
Semoga abang dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.... 
 

Dan semoga cepat kurus dan dapat badan macam Aaron Aziz, 
pastu belikan saya basikal supaya saya boleh juga jadi macam bini Aaron Aziz tu .. 
Nama apa ek dia tu? Diyana ke Dayana? 
hehehe

ok!

Monday, August 12, 2013

Terima kasih, suamiku sayang!!!


Macam biasa.. 
Dia beli kek main suprise suprise gitu.
Terkejut jugaklah sikit.


Terima kasih abang dengan ucapan, 
"Bila nak belikan PANDORA?"

hahaha


Saturday, March 9, 2013

Sudah 18 tahun..


Tengah: Imah masa umur belum setahun.
Selalu kena buli sebab paling kecik. 
Masa tu, Naim takde lagi.
Imah jadi bongsu lama jugak. 9 tahun kot.


Hari ni..
Dah 18 tahun!
 Dan, sudah rabun...


Kek keju kegemaran Imah saya order dari Ayu untuk sambut besday imah awal ..
Dia makan sampai terbaring-baring!
Jauh berjalan kek ni.
Dari Gombak ---> Setiu (Singgah sebentar di Seberang Takir sbb dah cair sangat)


Selamat hari lahir, Imah..
Semoga tabah dan sabar menjalani hidup sebagai remaja!
Pilih yang terbaik untuk hidup akan datang.
Jangan nak ngada kawin umur 20 tahun!


Thursday, February 14, 2013

Happy Birthday, Darling!

Happy birthday for the handsomest, smartest, kindest, and best husband in the world. 
Lots of love, hugs and kisses coming your way! 

 

I love you!

Wednesday, October 17, 2012

Selamat Hari Lahir, Emak....

Emak baru 49 tahun..
Muda, kan?


Selamat hari lahir, emak...
Semoga emak panjang umur, murah rezeki dan jelita selalu..
~Amin~

Sunday, August 12, 2012

Serampang Dua Mata

Semalam hari jadi saya yang ke... hehe.. Semalam kan pi shopping paksa kat KTganu. Macam tak ingat sangat hari jadi. Lagipun, dah tua. Apa yang best sangat. Taknak terima kenyataan ke? hahahTetiba dalam kereta on d way balik, abang wish hepi besday.. Lepas tu, ok... Terima kasih lah, kan..

Tak harap lah ada hadiah apa-apa sebab saya tahu cik abang tahun ni durian runtuh dapat lepas raya. hehe. Saya cakap kat dia tak pe la. Belanja je mana yang ada. Saya tolong sikit-sikit lah macam biasa kan... Tak kesah.

Tapi, sebelum tu ada jugak bagi hint kat dia. Bgtau dia saiz cincin terkini berapa. Tunjuk kat dia katalog tupperware tu. Tunjuk starter set yang warna biru tu. hahaha.. Boleh je nak beli sendiri, Dia memang tak kesah. Tapi saja je laaaa nak ngada ngada ngan laki sendiri. Tak salah kan? kan? kan?

Awal lagi cakap, tahun tak nak kek. Perut sebu bulan puasa.. hahaha.. Ngada tahap dewa dewi dah aku ni. Dia tanpa jemu layan je apa saya cakap sambil sengih sengih. Eh, bukan nak ungkitlah. Masa dolu dolu, masa zaman nak mula idup dulu saya tak minta apa apa pun dari dia sebab saya tahu keadaan masa tu macamana. Tapi, sekarang... kena lah mula minta sikit sikit kan. hahahaha

Ok. Sampai je rumah, saya pun angkat semua barang yang dibeli. Masuk rumah. Then, letak semua barang atas sofa. Sekali, cik abang tak masuk-masuk. Saya syak dia pi kemas kete. Dia kan mmg mcm tu. Takleh kete kotor ada sampah ke apa. Jam jam tu jugak dia nak kemas tak kira tengah malam ke apa. So, saya duk siap siap solat Isyak semua.

Keluar bilik, nampak dia bawa masuk kotak. Besar tapi balut ngan plastik putih. Bila ia nampak saya, terus dia cakap, "Nah, hadiah untuk besday girl. Tak sempat nak balut...."




Kira macam ini hadiah untuk saya tapi, memberi kebaikan dan faedah kepada perut dia juga.. hahaha


Terima kasih, abang! Abang sangat comel...... (dan bijak)



Terima kasih yang paling utama buat emak saya kerana melahirkan saya.

Sunday, July 22, 2012

Harijadi Awal


Oleh sebab harijadi kitorang jatuh pada bulan puasa,kitorang tong tong duit beli kek.. hahah.. tah apa-apa. Tapi, memang dah lama janji nak belanja adik-adik makan kek.


Imah ngan Icah pi beli kek naik motor. Lepas tu, ayah bebel sebab diorang tak solat Isyak lagi dah kuar pi beli kek. Ayah kata, "Beso beno kerjaan pi beli kek tu. Dah lah tak pi terawikh." hahaha. Alahai, esok nak balik dah. Siang hari mana boleh makan kek, ayah.. Kan puasa..


Btw, kek ini harganya RM70++ dari Bakery Cottage. Beli yang sedia ada je. Tak menempah-nempah pun. Oklah rasa dia tak manis sangat tak muak makan. Saiz pun cukup-cukup untuk kitorang sekeluarga.


Meriah betul berbuka puasa semalam. Semua orang ada kecuali Anep. Mamat tu selalu jadual balik tak sama dengan orang. Orang semua balik minggu ni, dia sorang je balik minggu depan. Apa nak buat? Masing-masing ada kerja masing-masing. Semalam, mak masak simple je. Tomyam kaki ayam, bubur nasi je. Kuih tak dak. Ada buah-buahan je. Dan lauk ayah ikan apatah..


Hari ni mak masak daging berlada, touhu daging,bubur nasi, kuih kaswi. Sejak ayah sakit ni, menu berbuka dan bersahur semua dah berubah sebab emak dah penat masak lauk ayah. Banyak makanan yang ayah taklh makan. Emak asyik buntu je nak masak apa untuk ayah. Jadi, emak masak cincai je untuk anak-anak. Tak pelah... Kita beralah lah. Bila lagi emak nak kumpul pahala melayan suami dia, kan? Kalau bercakap pasal pahala ni, adik-adik saya cakap saya jauh lagi nak jadi isteri solehah macam emak. Diibaratkan macam emak dah sampai kat puncak gunung Kinabalu dan saya baru nak tempah tiket flight nak pi Sabah. Takpela, sekurang-kurangnya saya masih mencuba dan terus mencuba yang terbaik untuk itu.


Ok, bai...

Tuesday, February 14, 2012

Your birthday........


Happy birthday, sweetheart!
I wish that your demand for my love is never ending 
because the supply of my love too is unlimited.


I love you more!

Thursday, August 11, 2011

Hari lahir saya tahun ini...........

Hari ini hari lahir saya.
Boleh pulak saya terlupa?
Memang ingat besday dah tak lama lagi..
Tapi, sebab sibuk buat macam-macam benda terus terlupa..


Memang tak ingat langsung.
So, memang tak fikir nak hadiah ke, kek ke..
Memang selamba ayam je laaa!
(banyaknya 'memang')


Pukul 12 am tadi, memang langsung tak sangka
yang cik abang akan keluarkan kek ini dari dalam peti ais.
Saya ada buka peti ais petang semalam dan sebelum 12 am.
Tapi, macam mana saya boleh tak perasan ada kek tu dalam peti?


Aduh......


Dah nak tidur baru abang keluarkan kek...
Terkejut sampai menangis tersedu-sedu!
Sebab memang tak sangka laaaa dia beli kek.



Potong kek pun atas tilam..
Terima kasih, abang!


Terima kasih yang paling utama buat emak saya kerana melahirkan saya.


Semoga Allah memberkati perjalanan hidup saya!


~Amin~

Thursday, August 4, 2011

Pakcik Baru di 1 Ramadhan 1432H

Tahun ini....



Tahun lepas ...
1 Ramadhan 1431H = 11 Ogos 2010
(Besday saya!)


=)

Monday, February 14, 2011

Selamat Hari Lahir, Sayang!





With each year, I love you even more.


Happy birthday, darling!

Pssssttt...
You're not getting older, you're getting better.

=)

Thursday, December 2, 2010

Selamat Hari Lahir, Ayah!

Hari ini hari lahir ayah yang ke... (rahsia) hahaha
Semoga ayah dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat selalu.



Sengaja tak taruk gambar ayah sorang-sorang dalam blog.
Ini ayah dengan mak dah kepenatan berjalan kat Langkawi.
Mak dah macam nak melekat kat besi tu pun ada gak.. hahahaha




Ini ayah dengan Naim.
Ayah beria-ia nak ambil gambar dengan Naim.
Naim tetiba menggedik tak nak ambil gambar pulak. Ceh betul!Wahai adik beradik yang lain!
Mana entri Selamat Hari Lahir, Ayah kat blog korang?
Ke korang duduk di luar kawasan liputan?

Saturday, October 9, 2010

Entri Copy Paste... Sebab dah malas nak menaip. Nak menaip tajuk ni pun, macam ke hapa je....

Hari ni hari jadi my bro,
so aku nak berkongsi kegembiraan ni
dengan korang semua.

Majlis ni dihadiri dari family aku
dan family mertua abang aku.

Majlis yang serba serdahana ni diadakan di Sate jabi
so aku harap korang enjoy dengan pic ni
out...















Alaaaaaaaa.. suami isteri kan?
Takkan nak berkira kot!