Pembaca Blog Ini...

Saturday, August 11, 2012

Baju Raya Paksa

Aduh.. kaki macam nak patah dua.

baru balik dari Terengganu Trade Centre cari jubah raya. Tema tahun ni cik abang kata ho...ho...ho... Entah apesal dia suh saya pakai ala ala Liza Hanim dalam iklan holicks bersahur tu. Lelah.. lelah... cik abang punya fasal, aku turutkan kerna sayang kan...

Jubah payah nak cari sebab kena cari yang besar.. kehkehkeh.. nasib baik ada jugak yang berkenan. Harga mahal sket. Tapi, cik abang kata ambik ajelah. Dah rezeki peniaga tu. Dah lah kedek.. Minta kurang sikit tak dapat. Tak kesah sgt lah kan fasal harga. Tapi, muka dia tak reti senyum merangkap macam nak mintta pelempang. Kalau tak fikir payah nak cari saiz, dah lama saya letak balik. tak kasi can ti peniaga tak mesra alam gitu..

Lepas beli jubah, cari tudung. Cik abang nak suruh cari tudung macam iklan ho...ho..ho.. tu. Pening kepala. Jumpa tudung manik gitu. Sekali harga dia RM200.. hahahaha. Tercekik batang leher.. Baik tak yah. Cari tudung lain. Akhirnya, jumpa juga yang sesuai. Rasa buang tebiat pakai tudung gitu. Tapi, cik abang paksa.. Sayang suami punya fasal kan.. Lagipun, kita berlawa-lawa untuk suami kan.. Hehe..

Lepas tu pi Shahbandar. Besar jugak tapak jualan tahun ni. Cari baju melayu untuk abah. Tapi, tak jumpa..

Pi mcD.. Sahur McD laaa kita malam ni.. hehehe

Saya fikir malas nak beli baju raya. Duit baju raya tu nak beli karbinet meja apatah nak buh kat dapur. Sekali, cik abang marah. Dia kata saya selalu buat perangai kalau giliran raya Terengganu mesti tak nak beli baju raya. Saya macam.... tak baik tau cakap gitu. So, saya pun ikut je lah bila dia suruh beli baju raya. Selalunya saya yang fikir tema.. Tahun ni, dia yang pandai-pandai letak tema.

Entah kenapa. Bila dengar lagu raya, rasa happy nak beraya. Tapi, bila fikir balik.. Ala.. raya je pun kan. Tak de lah apa sangat. Mungkin faktor usia kot yang buat saya jadi camni. Yelah, dulu raya dapar duit raya. Sekarang, dapat duit raya jugak bos bagi. Tapi, kena belanja kasik duit raya pulak.. selekeh tak aku? Berkira.. ahahaha.. bukanlah begitu. Tapi, budak budaklah yang syiok masa raya kan... main bunga api, pakaian baju baru, spender baru pun dapat. hihi

3 comments:

Zura said...

dah semangat nk raya jugak nie...

Nurhayati said...

harga kat sana mesti lagi murah dr kl kan.

PUANSTOBERI said...

akak pun tak rasa xcited nk raya. hihi.. faktor usia la kut kan..