Pembaca Blog Ini...

Wednesday, August 8, 2012

Emak

Kitorang penulis PTS sedang syiok sekarang sebab PTS tengah dalam proses nak bayar royalti 2011. Masing-masing berdebar-debar tunggu 'duit raya'.


Ayah tersenarai sebagai ke-26 penerima royalti terbanyak.
Emak pula di tangga ke 86..
Imah dan saya walaupun tidak tersenarai 100 tertinggi,
tapi amaun tahun ini dua kali ganda banyak dari tahun yang sebelumnya..
Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan kepada kami sekeluarga.
Semoga Allah memberkatinya.


Sebelum dapat tahu fasal royalti,mak ada kata dengan saya,
"Kalau ada lagi royalti bahagian emak, emak ingat nak beli ubat-ubat ayah.."


Allahuakbar..


Sebagaimana saya tidak lepas mendoakan ayah cepat sembuh dari penyakitnya, seperti itulah saya mendoakan emak agar mendapat syurga di akhirat sana kerana pengorbanannya menjaga dan mentaati ayah selama ini......




Semoga kasihnya sampai ke syurga.

~amin~

2 comments:

PUANSTOBERI said...

besnya. satu famili penulis. moga ayah Ain cepat sembuh juga (walo akak kurang pasti sakit apa)

Sidratul Muntaha said...

camne la aku nak smpai tahap ko ain..
tingin jugak merasa duit royalti tu tuk anak - anak...
:(..