Pembaca Blog Ini...

Monday, September 24, 2012

Adam dan Hawa

Arghhhhhhhhhh.. bencik! Mengantuk!! Tengah buat soalan exam. Lusa dah nak exam. Bising penyelas sebab buat kerja last minit. Maaflah, hari tu kan cuti lama tunggang terbalik hidup saya susah hati bagai. So, kerja tak siap.. Maaf! Saya sedang usaha siapkan semuanya....

Tapi, jomlah kita sembang sikit sambil hilang kan mengantuk.. Kang sambung buat soalan laaa..

Uhhhhhhhhhh.. saya menyampah dengan diri saya sendiri sebab terjebakkan diri. Terjebak lagi dengan cerita bersiri. Ini lagi parah! 80 episod. Apa lagi siri Adam dan Hawa lah. Tapi, cik abang tak kasi subscribe Astro Mustika HD sebab cerita setengah jam je sehari. Dia cakap, tengok kat Internet sudah... Ye lah.. Ye lah..Selagi ada. Kalau takde orang upload kan kat Internet memang tetiba ahkak subscribe kot. hahahah


Saya dah tak suka Aaron Aziz sejak dia berlagak ngan Zed Zaidi fasal dia menang dua anugerah apa tah tu. hahahaha Emosional ahkak.. Yelah, dia dah lah cari makan kat negara orang pastu cakap berlagak pulak. Eh, apa kes? Lepas tu, terus tak tengok dah cite yang dia berlakon. Last sekali, drama Nora Elena kot.  Lepas tu. heroin Adam dan Hawa ni macam tak best, kan? Nadia Nissa... Tak lawa sangat. Biasa-biasa je. Lawa lagi ahkak, kan? hahaha... tak mau kalah. So, oleh kerana itu, saya tak berniat nak tengok siri Adan dan Hawa tersebut.

Nak jadi cerita, Jumaat baru ni tengah sedap duk study Econ Analysis, tetiba tersinggah kat satu blog yang upload episod 1-16. Hahahah.. macamana boleh tersinggah tengah study tu? hahahaha.. nampak sangat tak fokus. Lepas tu, apa lagi... Gatal tanganlah tekan sana sini. eh, layan ..... Buku tolak tepi kejap. Kejap apa? Dari pukul10 malam sampai  ke Subuh aku layan mendalah tu.. Ya Rabbi.. Tak tidur malam. Yelah, lepas satu satu episod.. Selagi tak habis tak puas hati.. Sekali tengok, maaaaaaaaaaaaaaakkk!!!!!!!!!!!! Ada 80 episod?? Mati laaaaaaaaaaaaaaaa nak melayan. Tapi, takpe.. kita layan sekaligus marathon. Cari masa yang kalau tak tidur malam pun tak pe. Hari yang esoknya tak yah pi kerja atau pi kelas Master. 

Tetiba, tersengih-sengih tengok Adam cakap rambut Ain wangi!!! Tak pernah dia bau rambut yang wangi macam tu! Wakakakakkaka.. Angau! Rasa nak pi syampoo rambut sekarang jugak! hahaha. Macam comel pulak ahkak tengok Nadia Nissa tu. Dia punya watak menjadi. 

Lepas tu, babak yang Ain keluar kereta lepas dia tampar Adam yang nak ambil kesempatan tu.. Yang Adam cakap, “Ni marah ke, suka ke, apa ni ha? Jual mahal, kot? Nanti aku ‘mmmm’ baru tau! Boleh tahan makcik ni.” haahhahaha.. Angau lagi aku dengan Adam ni... Haip... budak-budak takleh angau.. Ini orang dewasa punya hal.. hahaha.. maaflah. tergatal sket!

Babak lain, yang Adam nak ngorat Ain kat tadika tu. Yang bagi bunga plastik la, bagi teddy bear besar lah. Aiiiiii lah hai hai hai.. Masa aku ngajar tadika dulu takde pulak adik taukeh tu kacak macam Adam yang suka kasik hadiah.. huahuauaa.. tetiba!

Ada beberapa babak yang tak logik macam kena kahwin tangkap basah tu, budak Ain tu dah meraung bagai.. orang sekeliling boleh nak paksa kahwinkan lagi. Bod*h aaaaa babak tu. Sangat tak logik kot. Yang si Adam senyap macam batu. Sakit taya.... Dengan watak Anzalna yang ya Rabbi sakit mata aku tengok mak nenek gedik tu. Muka fake gila! Adoi, boleh tak suh director matikan watak dia? Boleh tak rasanya? hahahaha

Tapi oklah jugak drama ni dari tak de, kan.. Walaupun masih ada perkara klise macam nama watak nak best best, kerja nak megah megah pilot bagai, lepas tu anak oang kaya.. Klise dalam kebanyakkan novel Melayu. Ahh... belasah je lah.

hahaha..

5 comments:

Unknown said...

ena taknak layan sbb nnti jd mcm ain hhahahahahhaha :p

Sidratul Muntaha said...

hek eleh..
asal nama ain goyang la kau!
poyo!
ehehehee
yup
aku pu tak respek la aren ni sbb dia boleh sound zz ckp:
dia boelha mik trofi saya ni and bergambar tuk kenangan..
hohoho..
sangatla fakap aku dgr
algipun aku dah kenal si aren ni masa citer mkn2 singapore chinese kat afc..
mgm bangsa mulut laju je menyumpah.
ade la part dlm scene tu dia kena gi mkn2 dgn bini bersama dgn pengacara: pelakon yg berlakon jdi adik ipar pua chu kuang.(perepmpuan alfafa)
then kenalah rewind saaat manis masa dia jumpa bini dia tu
lepas tu bini dia tersasul ckp ape ntah,trus masam tu sound speaker tv mute sbb dia mencarut and menyumpah.
hoooh...
terus aku tak minat la
adiputra tahan lagi la

Sidratul Muntaha said...

Norhayati Ibrahim klu tak silap kau lama dah band novel2 bangang ni
ade ke zaman ni org kena kwin paksa?
keje pilot tpi inci tak cukup?!
hohohooh
sakai la
sakai
*emosi betul aku.
mana taknya..
drama melayu seme2 fake!
pelesu!!

~ain said...

ENA.. HAHAHA.. jadi angau tak pasal pasal, kan? kahkahkhka

~ain said...

ayu.. haaaaaaa! kes tu laaa yg dia cakap gitu ke zed zaidi. biadap kan?

btw, aku dah lamaaaaaaaaaaaa gil atak baca novel cinta cintun ni. letih kot tebal tebal novel. masa diploma dulu aku layan laaa... lepas tu, aku rasa macam buang masa je baca novel ni. baik aku baca text book, ada gak pekdahnya..

sekarang, lagilah tak de masa kna layan novel tebal bagai. majalah pun aku tak sempat nak baca dah. adik ipar aku tunjuk koleksi novel dia, aku pandang sepi je..

pak mertua aku kata, kalau baca buku masa belajar tu kusyuk macam baca novel, mesti sekarang dah jadi doktor..

wahahaha