Pembaca Blog Ini...

Sunday, September 23, 2012

Merajuk Garang

Ada jenis orang yang kuat merajuk, kan? Sikit nak merajuk... Salah cakap sikit nak merajuk. Tarik muncung panjang sedepa. Emak saya cakap, kalau muka macam tu 'muka empat belas'. Tah kenapa nombor 14 jadi mangsa, saya pun tak tahu. heheh...

Baru-baru ni, saya ada tengok drama apa tah. Sekali cik abang cakap, "eh.. kuat merajuk betul pompuan ni" ~ merujuk watak perempuan dalam drama tu lah.

Saya pun tanya kat cik abang, 

Abang, orang kuat merajuk tak?

Tak.... 

Ye ke? 

Ye.. Dah lama sayang tak merajuk. Dulu masa baru kahwin, sayang kuat merajuk. Suka nangis. Kuat sensitif. Sekarang, dah tak macam tu.

Ye? Sekarang apa?

Sekarang ni garang. Garang gila. Salah sikit, mesti abang kena marah..

Hahahaha.. Sebelum ni, abang tau tak orang ni garang? (sambil fikir, iye ke ek aku ni garang beno sampai gitu sekali??)

Tak. Tapi, dari dulu lagi abang tahu sayang ni panas baran. 

Saya fikir balik. Memang saya ni baran lah. Nasib baik cik abang jenis cool. Kadang kadang saya membebel beribu patah perkataan, dia diam je. Tapi, kadang-kadang dia lawan juga, Saya rasa panas baran saya ni dah kurang lah sejak kahwin. Saya ada banyak bertolak ansur dengan suami. Kadang-kadang dia mengada, saya sabar je. Dan kadang-kadang saya mengada, dia pulak sabar. Berkahwin ni kena banyak tolak ansur. 

Oh, ya! Cakap fasal kahwin.. Raya haji nanti emak datang rumah saya sebab nak meminang anak dara orang untuk adik saya. Bulan 3 nak kawin sekali dengan yang no. 3 tu. Makwe dia orang Terengganu pulak kali ni. Arwah ayah dah minta tolong Uncle Gemuk (abang emak) tolong jadi wakil sebab masa tu arwah kata dia tak sihat nak jalan jauh. Raya haji ni cik abang pulak buat korban sikit untuk diri dia, jadi raya kedua tu takleh ke mana.. Moklong (ipar emak) pun nak datang meminang anak dara untuk anak lelaki sulung dia. Pun makwe orang Terengganu.

Haaaaaaaaaiii.. laku ek wanita Terengganu ni? wakakaka

Ok, bai!

3 comments:

Zarena Heeney said...

wah jauh2 dpt makwe adk ain tu :D

Sidratul Muntaha said...

apelah statement mcm tu?!
saba jelah aku...
aih..
bilalah dpt jumpa ko ni ain weih?!!

~ain said...

ena.. harap harap kali ni jadi laaa....

ayu... statement ape? hahaha.. tahun depan emakaku pindah melaka, payah laaa nak jumpa. tapi, kalau ko pi melaka, kita hang out... frend 4 ever!