Pembaca Blog Ini...

Tuesday, September 11, 2012

Ayah oh Ayah 2

Sambung....

Tak lama lepas tu, emak pun balik. Malam yang pertama ayah kat sana, Am yang jaga. Esok Anep la pula. Ada dua anak lelaki boleh diharap. Bergilirlah. Emak jaga siang. Selagi Anep Am boleh cuti, diorang bergilir. Nanti bila dorang takleh cuti, emak lah kena jaga siang malam. Risau jugak fikir Apis ngan Naim kat rumah berdua masa Imah ke sekolah. Icah pulak kena balik Shah Alam. Kelas dah mula. Harap Apis Naim pandai bawa diri. Harap diorang juga kuat menghadapi dugaan ini demi emak. 

Hmm.. emak kata Dr. takde beri apa apa harapan. Dr. kata pada tahap ni ayah kena berjuang dan bertahan dengan semangat dan sokongan dari keluarga. Dari segi perubatan moden, memang tak boleh buat apa. Sel sel kanser sudah merebak sampai ke tahap akhir. Dua belah hati ayah dah rosak teruk. Kalau ikut pengalaman dari pesakit yang terdahulu, mungkin ayah ada lebih kurang enam bulan sahaja lagi. Kami pasrah. Tapi, masih ada harapan untuk berubat cara lain. Kami akan usahakan itu.

Ayah dah sangat cengkung. Hancur luluh hati saya tengok ayah macam tu. Rasa nak meraung kat situ jugak. Tapi, saya sabar. Saya tahan dalam hati. Sampai kadang-kadang tersedu tanpa air mata yang keluar. Saya tahu, kalau hati saya sedih begini.. emak apatah lagi. Saya tahu emak wanita besi. Kuat dan sangat tabah orangnya.

Cik abang pun terdiam. Dia pun nampak sedih. Dia cakap, memanglah ayah tu mertua dia bukan ayah kandung. Tapi, dia dah kenal ayah lama. Kami pun dah kawin lebih 4 tahun. Dia sayang ayah macam ayah dia sendiri. Dia cakap, kelu lidah, bila hari raya hari tu ok je ayah. Tetiba jadi teruk mendadak macam ni.

~~~~~~~~~~~~~

Hari ni (11/9/2012), ayah disarankan berehat di rumah sahaja. Air masuk dalam badan pun tak guna apa apa lagi. Semua masuk ke perut tak lalu ke buah pinggang. Nanti risiko kena tebuk perut pulak. Tak mau tebuk tebuk lah. Biarlah ayah begitu kalau dia selesa macam tu. Emak kata semua wayar dah buka. Tak de apa lagi nak buat. Ayah hanya perlukan semangat sahaja untuk terus bertahan. 

Kami harap, kami anak-anak boleh jadi sebahagian dari semangat ayah. Saya mungkin boleh bersedia dari sekarang. Sepanjang hampir 30 tahun saya jadi anak ayah, macam-macam kenangan saya dah lalui dengan ayah. Mungkin tidak cukup lagi,.Tapi, kalau nak dibandingkan dengan Naim, adik bongsu saya apalah sangat yang dia ada dengan ayah. Umur dia baru 10 tahun. Kasihan dia. Bila dia tengok ayah, dia nangis sebab dia kata tak sangka ayah kena masuk banyak wayar. Wayar kat hidunglah. Ada tv tunjuk nai ayah lah. Tersedu-sedu dia cerita kat saya, "Along, emak kata kat Aim kalau apa-apa jadi kat ayah Aim kena redho." Saya tanya, "Redho tu apa?" Dia jawab, "Aim kena terima je lah." T____T

Masa saya balik bulan Ramadhan hari tu, ayah cakap... "Ayah sakit ni, ayah harap dapat tengok anak-anak semua habis belajar je. Along habis Master. Anep habis Sijil Tahap 4, Am dapat Diploma, dapat pergi konvo Icah, Imah habis SPM.... Naim memang tak sempatlah, kan." Masa tu saya rasa nak tutup je mulut ayah biar ia tak merepek lagi. Tak sanggup saya nak bayangkan semua tu. Saya sedih dan nangis dalam hati je masa tu.


Masa saya datang tengok ayah semalam, ayah nak peluk saya dengan cik abang. Selama ni, salam cium tangan aje. Nak luk luk macam segan. Bila ayah nak peluk, saya rasa sedih gila nak mampus. Tpi, masih boleh tahan. Bila ayah cakap.. "Jangan nangis lah. Syam, cakap kat dia jangan nangis. Kalau nak nangis pun, tak yah nangis.." Saya dah tak tertahan lagi. Saya tahan juga. Lama-lama saya menyorok belakang cik abang je sambil tahan rasa. Tapi, sedu sedan dah kedengaran. Saya tak tahu kalau ada orang yang boleh tahan rasa bila melalui perkara semacam ini.

Saya dan cik abang terpaksa balik dulu ke Terengganu. Urusan kerja kena diuruskan juga. Lepas kelas Master Sabtu nanti, balik lagi ke Serdang atau Melaka. Tengok keadaan ayah kat mana masa tu. Semua pelik. Ayah seorang yang jaga makan, tak merokok tapi dia kena penyakit macam ni. Tapi, siapa kita nak tentukan siapa kena sakit itu ini kan? Kita hambaNya pasrah sahajalah atas segala ketentuan. Mungkin semua yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya.

Saya pernah kata, saya nak pindah dari sini. Saya nak duduk dekat dengan emak ayah apabila mereka sudah tua. Sedih hati saya mengenangkan keadaan sekarang...... Tapi, kalau Allah ada perancangan yang lebih baik buat keluarga kami, saya redho. Semoga kami diberikan hati yang tabah untuk mengharungi semua dugaan dan cubaaa ini. 


9 comments:

Sidratul Muntaha said...

tabahkan ati ain..
sedih aku..

pB said...

as salam ...

semoga tabah menghadapi segala dugaan ini...

semoga ayah kuat semangat untuk terus berjuang

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

alahai ain, sebak aja baca n3 ni. Has doakan yg baik2 utk ayah ain. Insya Allah. tabahkan hati

Zura Tahir said...

tabah ye ain..

aeenwahiddin said...

Salam Ain, saya officemate ayah ain. Duduk di sebelah dia sahaja. Ayah ain selalu bercerita ttg sejarah, tunjuk kami video sherlock holmes, blog kroni komot nya. Semoga ain sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. Kami akan merindui ayah ain di sini.

leeja said...

Assalam,
Ain, sebaik sampai di ofis pagi tadi, saya dikejutkan dgn berita pemergian allahyarham uncle amran. pilu sgt rasanya hati. Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan orang2 mukmin. Al-Fatihah untuk arwah uncle Amran.

~ain said...

aeenwahidin.. iye ke? ayah tak pernah cerita fasak opis dia sebab dia perahsia orangnya... terima kasih ya.. kami pun rindu kat arwah.

mohon doakan yang baik baik untuk ayah..

semoga ayah tenang di sana..

~ain said...

leeja, terima kasih... terima kasih banyak-banyak..

Unknown said...

Sdihnye...aku pn ank ytim jgk..aku dh rse cmne sdihnye..