Pembaca Blog Ini...

Friday, September 28, 2012

Makan Bot Kukus (Steamboat)


RABU.. lepas balik kerja, cik abang tanya nak makan kat mana?
Saya dah siap catat map semua (ambil dari Internet), sebab nak makan steamboat sesangat.

D'Ganu Seafood Cafe, Pulau Duyung

Dah lama nak makan, tapi tak tahu kat mana ada jual steamboat kat sini.
Selalu makan kat KL, tapi sejak dua menjak kan tak sempat nak g makan-makan. 
Teringat-ingatlah kat makanan seperti itu.. 


Saya tunjuk peta kat cik abang. Jumpa ke tak jumpa, itu urusan dia.
 Saya mana tau. hahahah 
Saya senang aje, kalau tak jumpa, kita balik aje lah.. hahaha 
Cepat putus asa..


Akhirnya jumpa jugak kedainya..
Cik abang ambil gambar atap sebab nak renovate garaj kat rumah pattern macam kedai ni.
Apa-apa jelah.. Kumpul duit tak penuh penuh tabungnya. Tah bila lah boleh buat...


Pelik saya sebab pakej steamboat nya start dari 4 orang makan.
Dah tu kalau datang berdua je macamana? 
Nak tak nak order je 4 orang makan =RM25.
Murah je pun, kan?
Makan kat Pizza Hut dua orang pun dah lebih RM50.


Inilah pakej RM25 untuk 4 orang tu. Macam sikit je.... 
Kami rasa perut memasing tahap keanjalannya luar biasa, kan..
heheh


Nampak macam sikit.
Tapi, terkial-kial jugak nak habiskan semua. 
Set steamboat + grilled ni ada udang, ayam, sotong, daging, bebola2 tu, sayur, maggi.
Ada kuah tomyam dan sos 3 jenis.
Not bad lah. Tapi biasa-biasa saja... 
3/5  lah kot kalau nak kasik markah..


Ingatkan nak pekena Tutti Frutti.
 Tapi, dah kenyang bebenooo.
Tak jadi. Lain kalilah gamaknya.


Kalau korang datang Terengganu, tak yah makan steamboat ni.
Baik korang makan ikan celup tepung ke, keropok lekor ke.
heheheh

2 comments:

Zarena Heeney said...

murah gila la ain..
ena teringin nak mkn ikan cekop ngan sotong celup kat ganu
bila la ena blh turun gie ganu nie

elhoub said...

how i wish ada tempat makan yang berpatutan mcm ni kat kl....