Pembaca Blog Ini...

Thursday, September 27, 2012

Melting

Saya baru lepas buat puding mable. Tengah tunggu sejuk sebelum boleh masuk dalam peti ais. Esok baru boleh makan. Cik abang dah tidur. Saya tadi balik kerja tadi dah tertidur masa tunggu cik abang mandi. Mata segar lagi.


Cik abang request saya buat mendalah puding mable ni sejak belum kahwin lagi. Haaaaaaa.. betul! Korang tak salah baca. Memang sebelum kahwin lagi.. Masa tu tengah bertunang lah. Dia cakap sejak arwah Ma dia meninggal, dia tak pernah makan puding mable lagi. Macam sedih, kan? Tapi... saya kan malas. Bertangguh-tangguh. Nanti eh? Esok eh? Bahan tak de lah.. Nanti beli barang dulu ah..


Tadi, dia ajak makan steamboat kat Pulau Duyung (nanti kalau rajin saya buat entri). Lepas tu pi Giant. Lepas solat kat surau situ, masuk laaa beli berang sikit. Tak beli apa. Jajan jajan je dah RM120++.. Aduih...  Takpelah.. dah lumrah alam. Saya beli agar-agar dan amik serbuk coklat. Bahan lain ada kat rumah. Saya belasah je lah kalau takde kang ganti ngan yang lain. Alahai, kita buat dia kan.. Peduliklaaa.. 


Harap puding mable tu rasanya seakan-akan yang arwah Ma dia buat lah. Tak sempat jumpa nak minta resepi. Al-Fatihah untuk arwah Ma. Terima kasih kerana melahirkan seorang anak yang seterusnya menjadi suami yang baik buat saya. 


Oklah... esok esok lah saya upload gambar puding mable tu. Sementara ni pinjam gambar google dulu. Harap jadi macam ni lah.. Harap melting laaa dalam mulut cik abang. Harap beliau berpuas hati.. Kalau tak, habis laaaa kena kutuk! kahkahkah



Nak share satu video yang sangat melting bila tengok si pemain gitar tu.. Hukhukhuk...Tak yah tengok orang lain sebab tak mampu me melting kan hatiku.. heheheh


1 comment:

zh-ena said...

terminat gak pd aqasha..handsome la dia