Pembaca Blog Ini...

Monday, October 1, 2012

20

Hari ni hari ke dua puluh ayah meninggalkan kami. Masih terbayang-bayang ayah masa kat hospital buat kali terakhir.Tengah malam tadi saya diserang demam balik. Rasa panas je dalam badan. Keluar air mata bagai. Panas dalam kan... Tetiba teringat ayah. Ayah memang jarang je nak amik tau kalau kitorang demam. Dia suruh pi klinik je lah habis-habis pun lepas dia rasa dahi kitorang.

Apa-apapun, saya sangat rindukan ayah. Saya cakap kat cik abang. Saya menyesal balik awal hari Isnin tu. Saya tak sanggup tengok ayah macam tu. Dalam hati saya nangis macam nak gila walaupun kat luar saya nampak cool. Sebab tu saya ajak abang balik cepat. Lagipun, saya tengok ayah macam letih. Lepas tu, dia tidur. Dia tak pernah nak peluk-peluk saya kalau jumpa. Tapi, ituah kali terakhir dia peluk saya. Sebak...

Masa tu, saya berharap biar minggu depannya saya akan pulang ke Serdang semula lepas kelas Master. Tapi, tak sempat. Ayah pergi pagi Rabu selepas solat Subuh. Sedih sungguh bila mengenangkan semua itu.

Cik abang kata, "Sudahlah, sayang... Dah lepas dah.. Kita nak buat macamana lagi.. Redho lah.."

Saya redho tapi saya masih sedih. Macam-macam saya nak tanya pada ayah tapi tak sempat. Saya sedih. Saya rindu ayah sangat-sangat. Masih terbayang wajah tenang ayah yang kekuningan masa saya cium jenazah ayah hari tu. Sejuk dahinya. Hati saya sangat sayu, sedih, hiba...... 

Dalam hp ayah, dia set reminder 23 September ~ Buat passport pi Padang. Saya sedih. Saya rindu. Pergi Padang hujung tahun ini adalah antara niat ayah yang tidak kesampaian. Saya tahu betapa ayah nak bawa kami sekeluarga ke luar negara. Paling dekat lah tu. "Nanti, lain kali kita pergi jauh lagi.." ~ ayah cakap. Semua tak sempat. Duit ayah banyak dah habis booking tiket flight. Tapi, apakan daya. Kami semua tak nak pergi tanpa ayah. Tak seronok pun kalau pergi. Mesti asyik terkenang-kenang. 

Sekarang pun asyik terkenang-kenang. Pandang itu teringat ayah. Pandang ini teringat ayah. Entahlah.... Saya harap rasa ini akan hilang segera. Bukan bermakna saya mahu lupakan ayah. Darah ayah mengalir dalam setiap denyutan nadi saya. Mana mungkin kita boleh lupakan ibu ayah kita. Saya cuma harap saya tidak begitu mengenangkan kenangan-kenangan yang merobek hati..

Saya kena kuat. Saya tak mau emak tahu saya sedih amat dengan kehilangan ini....

Allah, tolonglah saya!

2 comments:

pB said...

As salam


20hb ni , cukup setahun ayah akak pergi ....

kalau dulu , bulan oktober bulan yang akak tunggu , sebab , bulan ini adalah bulan kelahiran akak

tapi sekarang .....



rindu itu tidak akan hilang

Unknown said...

menangis ena baca
sabar yea ain
sedekahkan fatihah utk arwah byk2