Pembaca Blog Ini...

Wednesday, October 3, 2012

Kempunan Kambing


Minggu lepas kot (tak ingat), kitorang pi Giant beli barang sikit. Cik abang beli daging kambing 2 slices yang dah siap marinated. Mula-mula dia nak beli yang frozen tu. Tapi, banyak sangat pulak. Siapa je nak makan, dia sorang je pun kan... Saya makan jugak tapi jamah-jamah sikit je lah. Tak boleh banyak kang muntah. Kan saya ada sejarah memuntah setelah makan daging kambing, kan? So, ala-ala fobia lagi. Takat nak makan sepotong dua boleh lah..


Dua hari lepas tu, balik kerja dia dah happy happy sebab nak bakar daging kambing tu. Boleh buat aksi menyelerakan lagi dalam kereta sebelum nak balik tu. Apa-apa jelah.. Saya ada pesan, "Abang bakar untuk abang jelah. Orang (saya) tak naklah." Dia pun jawab, "Ok.."


Bila sampai rumah, saya lepak-lepak tetiba tertidur (tetiba kot..hahahha) Lepas tu, badan rasa letihnya nak gerak. Tapi, hidung ada terbau lah kuali pemanggang ajaib saya tu tengah memanggang daging kambing. Menusuk baunya. Nak gerak tapi tunggu jugak bila dia nak kejut suh bangun makan daging ni. Saya tak mau banyak. Nak secebis je.. Memang dalam hati, nak jamah secebis je. Alaaa.. kira macam satu potong lah kan.


Kan kambing tu ada 2 slices kan? Saya memang fikir, dia akan bakar kedua-duanya untuk dia. Saya rasa masa saya cakap saya tak nak tu, hati dia mesti melonjak-lonjak sebab dapat makan banyak, kan? hahahah. Buruk sangka kat suami sendiri...


[Gambar ini saya jumpa dalam tab dia.. Tengok gambar je lah......]

Memang lah saya tak berapa suka makan daging kambing sejak peristiwa memuntah tu. Tapi, teringin jugaklah kan.. Masa dia bakar tu, nak jugak cakap.. "Abang... nak sikit!" Tapi, tak tercakap... Sambung tidur. Macam sangat lena...

Sedar-sedar terus tanya dia,
"Mana kambing?" ~tercari-cari atas meja

Dia jawab sambil muka dah cuak, 
"Laaaa, tadi kata tak nak. Dah habislah!" 

"Kempunan.." ~ buat muka sedih.

"Sorry, sayang... Sayang nak makan apa? Abang pergi beli sekarang?" ~(Nak pujuklah tu!)

"Tak nak... Nak kambing....."

"Erk..." ~ (dah serba salah.)

Hahaha.. suka saya tengok dia punya muka macam tu..  

Abang, I love you! (tetiba)


1 comment:

Zarena Heeney said...

hehhehehehhe minta terus la ain kambing seekor :p