Pembaca Blog Ini...

Thursday, October 18, 2012

Keluarga Iskandar

Saya mula menonton siri Keluarga Iskandar ini sejak episod pertama lagi. 
Saya suka Susan Lankester. (Betul ke eja macam ni?)
Saya suka pelat pelat mat salleh dia tu. hehe


Mula-mula tengok dah terpikat. 
Tak pernah miss
Kalau ter miss, ke Youtube lah gamaknya. 
Tapi, rasanya sekali je pun pernah miss sebab pi ada kelas malam ke apa tah.  





Drama episod yang digarap menarik. 
Jalan cerita ringkas. 
Dialog kelakar dan senang nak faham.
Paling best, isu-isu yang diketengahkan 
ada banyak persamaan dalam keluarga-keluarga kita. 
Terkena jugak batang hidung sekali dua.. heheh

 
Ada banyak pengajaran diselitkan dalam setiap episod.
Gelak, gelak jugak sebab lucu...
Saya memang akan gelak gila-gila lah.. 
Cik abang payah sikit, sebab dia payah nak faham. 
Kena briefly explain pulak kat dia. ahahha


Paling saya suka watak Abang Ngah dia (Azman). 
Biasanya pelakon tu bawa watak kelakar bod*h yang tah apa-apa.
Alah.. kumpulan Bawal Power tu!
(Bukan Arwah Bob. Yang sorang lagi tu apa nama dia dah lupa). 
Dalam drama ni. dia bawa watak lain. 
Saya sangat suka watak dia tu. 
Lelaki idaman (tetiba)


Watak emak dia pun saya suka.
Watak Kamal (Azhar Sulaiman) pun saya suka.
Watak anak cucu menantu dia eh.... semua lah saya suka!
Semua comel!!!
(Maaf.. Sedikit over.. hehe)



Selasa baru ni, dah episod akhir.
Saya harap ada musim baru dan lebih best dari musim yang pertama ni.. 
 

2 comments:

PUANSTOBERI said...

kan??kami suami isteri pun minat..kdg ada ulangan ari sabtu ahad tu, tgk lagi..bes..
harap2 ada musim baru..
akak paling sker part yg kutu tu and part azhar sulaiman takut bunga api. haha

zh-ena said...

ena tak pernah plak tertengok..
best yea nnti ena try tgk