Pembaca Blog Ini...

Monday, October 22, 2012

Kereta Orang Muda

Minggu lepas pergi Dungun naik Satria Neo. Kereta baru (Tak baru sangat. tapi nampak baru sebab jarang guna).. Memancau-mancau (menancar-mancar) berkilat keretanya. Cik abang saja gatal nak rasa bawa kereta lain. 

Saya sejak azali lagi, tak suka pakai kereta orang. Biar buruk ke, huduh ke... murah ke... yang penting kereta kita. Kalau pape jadi, atas tanggungjawab kita. Nasib baiklah hujan turun lebat giler, so takdelah cik abang memecut laju. Saya ni, kalau kereta orang, nak buat sampah pun takut. heheh. Kalau kereta sendiri, selamba je baling sampah gula-gula bawah seat pastu kena marah dengan cik abang.

Sampai Dungun, classmate pandang kereta atas bawah. Dalam kelas, sibuk tanya.. "Weh, kereta baru! Mana pi kereta lama. Buang ke?" ahahah.. kawan-kawan aku memang over. Tahulah kereta tu buruk (sebab malas basuh) Tapi, agak-agaklah. Takkan sampai nak kena buang kot..

Saya: Taklah.. kereta adik ipar aku. Apesal?

Mereka: Takde apa. Saja tanya.

Diorang berbisik sesama sendiri, "Yelah.. takkan dia beli Satria. Itukan kereta orang muda!" 

Saya terdengar diorang berbisik, terus jerkah.. "Woi!! Korang ingat aku ni tua sangat ke?"

Lepas tu diorang bantai gelak besar. Kurang asem..



Tak best laaa Satria Neo ni. Seat dia tak sedap nak tidur. Tak sesedap dan seempuk seat WUH ku sayang. Tak lena tidur saya sebab seat dia ni tak begitu ergonomic. Cik abang pun sakit belakang sebab seat dia tak sesuai untuk yang berbadan besoooo sikit.. =) Kan.. gatai sangat nak pinjam kereta orang.

Tak sesuai dengan kita ni. Maklumlah kereta orang muda.

2 comments:

Zura said...

hehhe...sungguh betul drg tue...tp satria neo kete impian sy tue ain...

zh-ena said...

TERINGAT KETA SUAMI ENA MASA BUJANG DULU