Pembaca Blog Ini...

Saturday, November 3, 2012

Bantal Sejuk

Musim hujan ni sedap betul tidur.. Kalau tak de orang kejut, memang boleh lajak sampai ke petang. Maklum sahaja, sejuk.... Rasa macam awal pagi sokmo lah, kan..


Sejuk sejuk ni saya selalu tak kasik cik abang pegang bantal dan  masuk kawasan saya tidur. Dia nak dekat sikit, saya tolak... Kenapa? Sebab saya nak kasik bantal saya sejuk.. Kalau dia duk sibuk baring dan mengendeng kat bantal saya, nanti bantal tu dah tak sejuk.... Pastu makan masa pulak nak tunggu bantal tu sejuk. 


Teringat zaman belajar kat Segamat dulu,suka betul kalau hujan sebab nanti tilam jadi sejuk.. hahahaha Kemaruk betul!


Musim hujan ni, kalau pekena ikan darat goreng garing, makan dengan nasi panas + budu.. Mak aii... Tak terkata lazatnya!


Minggu ni mesti siapkan semua assessment mark student sebab next week nak cuti direct seminggu. Harap-harap bos luluskanlah cutiku.. amin.... amin... amin....

1 comment:

zh-ena said...

wah lamanya nk cuti :D