Pembaca Blog Ini...

Sunday, November 4, 2012

Vitamin Shaklee yang Best

Saya kan selalu kata, saya ini wanita Jelly.. Entah, asyik malas je. Lemah longlai. Padahal bukan apa sangat pun kerja saya buat. Cuci baju, mesin buat... Jemur baju, cik abang buat... Masak pun, bukan saya je masak, cik abang selalu tolong siapkan bahan. Saya tinggal campak-campak je.. Basuh pinggan mangkuk kuali periuk semua, dia yang buat. Saya takde buat kerja banyak. Agaknya, itulah sebab badan jadi lemau tu kan.. hahaha

Balik kerja melepek. Melepek... Tah apa yang buat saya letih bebenoo saya pun tak pasti. Saya pun fikirlah.. Mungkin saya perlukan supplement. Cik abang kata, saya ni kurang vitamin. Yang banyak vitamin M je.. kahkahkah.. Tak beragak kan dia punya komen. Tapi, betullah tu..

Saya pun fikir dan fikir. Nak try vitamin Shaklee. Dah lama saya tau fasal Shaklee ni. Sejak zaman belajar lagi. Tapi, masa belajar manalah ada duit nak bersuppliment bagai. Makan pun tak tentu hala. 

Emak kata, jenama itu mahal sikit tapi mujarab. Takde kesan sampingan. Saya ni kalau emak kata bagus, saya teruslah terpedaya. hahahaha.. Kata-kata emak saya kalau 10 tu, 9.5 saya akan percaya tanpa periksa. Sebab saya yakin, emak saya takkan menipu saya. kan kan kan... Lagi 0.5 tu tolak sebab emak selalu gelak-gelak kalau saya tanya benda yang tah apa-apa.

Saya fikir lagi, apalah sangat duit takde dibandingkan dengan keadaan badan yag lesu dan sengal. Badan dah guna lama, dan akan digunakan lebih lama lagi. Mesin pun kena hantar servis kan. Saya ni dah tua (sangat). Perlukan vitamin tambahan sebab vitamin dan nutrisi kita dapat dari makanan mungkin tak mencukupi untuk pertumbuhan badan kita.

Saya pun carilah agen yang jual vitamin Shaklee. Eh, tetiba ternampak Ayu Blog adalah Independent Distributor, kan.. Teruslah tak fikir panjang. Sebabnya, saya pun dah kenal baik dengan Ayu. Senanglah urusan nya kan. Saya pm Ayu kat FB. Kemudian, gigihlah si Ayu meneliti mana-mana vitamin yang sesuai untuk keperluan saya. Siap tanya bos bagai... hahaha

Buat masa ni, saya ambil Vitalea, Vitamin B, Vitamin C dan GLA Complex. Tak mahal pun. Ayu suggest amik Trial Pack. Harga lebih murah dan takdelah jemu sangat nak ngadap botol vitamin besar-besar untuk 3-4 bulan kan.. hahahhah..  Emak lah cakap. Baguslah kalau beli bulan2 sebab kalau banyak2 sekaligus, kita akan jadi jemu dan malas nak layan sebab tak habis-habis mendalah nya. hahahha Betul lah, kan? 

Sekarang, dah lebih kurang 3 minggu saya consume 4 jenis vitamin tu .. Saya rasa ruam di dahi macam dah tak de. Macam magik...  Baru beberapa hari makan je masa tu. Rasa macam halus je dahi mak ni, nak...  Masa tengah cuci muka pun kita gosok-gosok muka, eh... mak rasa kulit mak makin halus, nak... Tapi, malas lah nak tanya kat cik abang dia nampak pape beza tak kat kulit saya. Kang terus jatuh semangat yang ada. Terus demotivated terus kang.. ahhahaha.. maklumlah . komen2 beliau bukan reti nak amik hati aku ni.

Sebenarnya jugak, saya tak tahu vitamin yang mana satu buat kulit saya nampak semakin membaik. Saya makan je semua lepas makan. Ikut mana sempatlah. Kalau sempat tengahari, makan tengahari. Kalau tidak, lepas makan malam. Tak yah tepek bedak ke apa. Sebab makan vitamin. So, kulit kita membaik dari dalam kan. Cumanya, kalau makan vitamin ni.. kena sabar sikitlah. Kesan dia tak macam ubat hospital. Kesan serta merta sebab banyak dadah. kan.. Ini semulajadi dan lembut sahaja tindakbalasnya. Maka, kena sabar dan konsisten.

Lagi satu, penghadaman pun makin ok. Tetiap hari mesti membuang. Kalau dulu, nak membuang sakit hati. Tai, sekarang senang hati. tak perlu 'berusaha keras' sangat. hahaha. Malas nak hurai banyak-banyak. Pepaham je lah..

Itu jelah perubahan setakat ni. Jerawat pipi kanan yang teruk sikit dari pipi kiri tu dah semakin ok. Pipi kiri dah halus.. Takde jerawat baru. Sebenarnya, saya nak tambah tenaga je. Tenaga macam biasa, tak menepek dah lepas balik kerja. Boleh terus masuk dapur. Itupun, kalau vitamin M takde.. hahahha.. 

Tapi, tetiba kulit pulak jadi makin elok. Ruam pelik-pelik takde dah. Perasan pagi tadi, masa nak pi kerja tertelek muka sikit. Eh, memang lain lah kulit I sekarang (jom.. jom.. muntah beramai-ramai).. 

Kalau korang nak try, silalah contact Ayu..


2 comments:

zh-ena said...

yea ker Ain..mcm nak search jea pas nie

Sidratul Muntaha said...

aku copy paste entry ko ni tuk testimonial kat blog