Pembaca Blog Ini...

Sunday, December 23, 2012

100 hari

Hmmm.. 
Beberapa hari lepas, genap 100 hari ayah pergi tinggalkan semua di dunia yang fana ni. 

Naim demam rindu. 
Usah kata Naim, saya pun masih tak boleh tak nangis setiap kali teringatkan arwah malam-malam.
Kadang-kadang, saya terfikir.. Ayah tahu tak yang kitorang rindu dia sangat-sangat?




Emak pula, sudah selamat pindah ke Kuala Sungai Baru, Melaka.
Seperti yang dirancangkan oleh emak dan ayah ketika ayah masih ada.
Emak menjalankan perancangan itu sama seperti yang ayah harapkan. 
 Cuma, bezanya.. ayah tiada. Beza yang nampak macam kecil, 
tapi besar impaknya untuk kami sekeluarga. 
Tak mau cerita banyaklah kang empangan pecah pulak di sini.. =)
 

Semoga Allah merahmati roh ayah di sana.


~Al-Fatihah~



1 comment:

Tihara said...

al fatihah
sabar ye ain..ain tabah