Jumaat lepas kelas Master, terus gerak ke Serdang. Ingatkan Sabtu nak order kek kat Ayu tapi, tetiba kena balik Jumaat. Aih..... Kempunan aku!
Gerak dari Dungun pun dah petang. Minum petang ngan abah dulu sebab abah pun ada kat Dungun. Ziarah makcik cik abang meninggal dunia. Saya macam trauma tengok orang angkat keranda masuk van bagai. Menangis teresak-esak. Tapi, cover juga sikit. Kang orang kata over pulak kan. Al-Fatihah buat makcik.
Tiba kat Serdang dah malam. Naim takde. Dia ikut Am pergi Batu Pahat. Ah, bosan gila takde Aim nak sakat. hehehehe.. Esok Sabtu pagi, emak kejut kata Yaya (anak jiran sebelah) meninggal dunia. Oh, terkejut! Yaya ni anak istimewa. 20 tahun dah terlantar takleh buat apa-apa. Kesian, kan? Mungkin ada hikmah Allah 'ambil' dia dulu. Al-Fatihah buat Yaya juga..
Petang petang Sabtu tu ajak emak pi kedai emas beli ini...... (Abaikan tangan kedut tu.. Kurang pakai losyen laa tu)
Dua bentuk cincin (tunang dan nikah) cik abang suruh trade in sebab dah tak muat. Simpan pun buat apa.. Cik abang kasik duit tambah sikit dapat lah cincin bunga idaman hati. hahahhaa Idaman hati katanya! Terima kasihlah, abang.. Emak kata, kalau duk simpan aje kang hilang lagi sedih. Betul jugak, kan.... Saiz pun ketara peningkatannya. Orang kedai emas tu kata, "Takpe.. Bagus... Abang kasi makan beras gred AAA. Banyak khasiat!" kahkah Tak lawak tau!
Lepas balik beli cincin, emak balik kampung. Saya tunggu Imah nak balik kampung sekali. Dia pi dating! Lama betul laaaaa.. Sampai cik abang nak ngamok dah tunggu Imah. Ah.... ngamok2 lak! Sabar laaaa.... Ngade.. kehkeh. Belanja Nan Cheese sekeping, diam plak dia.. =)
Sampai kampung Maghrib. Baru je solat Maghrib dah azan Isyak. Amalkan selalu ye! Amalkan..... Rumah kat kampung bersepah ya amat. Proses pemindahan belum selesai, mak menambah pula dengan proses renovasi. Berlecak keliling rumah. Habis berlengas kasut vogue mak, noksss... Sekarang kan musim hujan juga. Adoi (*___*)
Ahad.. Di kampung laaa... Lepak-lepak. Bangun tido makan.. Tido balik. Bangun makan. Tido lagi.. makan.. tido... hahahahhahhaha!! Puas hati..
Isnin. Balik Serdang semula. Emak ajak pi Ikea. Kopak RM400++ kat Ikea. Ranap... Ranap.. Macam-macam beli. Niat di hati nak beli non stick kuali sebab yang hari tu dah kena lempar sebab dah melekat. Lepas tu, nak beli jam dinding dengan vase nak buh bunga. Sekali, terbeli pelbagai barangan. Garu kepala ajelah. Siap makan meatball lagi. Ramai gilos kat cafe. Dah macam kantin sekolah... hehehehe
Emak pun terbeli macam-macam juga. Lepas tu, takut duit habis.. ahahhahahaha.. Kelakar emak ni, tau! Dia boleh cakap apa tau, "Aku duduk kat Batu 271/2 (alamat kampung), ayah korang tinggalkan aku pergi duduk nun kat batu 2. Korang anak yatim. Aku ni dah lah yatim piatu (takde emak ayah), piatu piano lagi. Sebab dah takde laki.." Apa daaaaa piano, mak? Tapi, saya faham. Emak buat lawak untuk hilangkan sedih di hatinya.
Lepas balik Ikea, saya rasa tulang lutut, jari jemari... pergelangan kaki, tumit, buku lali semua macam menggigil takleh gerak. Macam nak kena merangkak. Nak solat pun kena duduk... Oh, sakitnya! Oh, lenguhnya hai hai .. Mungkinkah tulang belulang di kaki sudah berkecai? hhehehhee
Selasa.. Bengkel UTM. Lepas tu, terus gerak balik Terengganu. Sampai malam. Tengok abah (pak mertua) sedih plak. Nanti sambung cite ni kat entri lain.
Rabu (hari ni) .. Kerja! Huarghhhhhhhhh (menguap).. kena buat soalan exam.
Tata!
5 comments:
panjang no ko menceceh!
ahahahha
Salam
Ok. Tahniah. Tajuk berjaya membuat saya suspen. Alhamdulillah semua selamat =)
Hehehe
owh.. sodapnye meatball ikea.. owh2..
btw, u've been tagged! ;P
http://asleez-asrolareleez.blogspot.com/2012/12/tag-25-random-facts-about-me.html
tau tau pun ain ada kat sini..
betul tu cafe kat Ikea mmg Q panjang gila kan
ena pergi ari tu terus cancel nk mkn meetball
kempunan perut huhuhuhu
AYU.. aku ni pantang ada peluang.. menceceh aje..
kak irtiyah.. suspend kan? hahahah
leez.. meatball oklah. tapi, fish n chips dia lagi sedap... alamak kena tag? nanti saya buat..
ena.. hari kerja pun ramai orang.. ish ish ish...
Post a Comment