Pembaca Blog Ini...

Monday, January 28, 2013

Langkawi Kali Kedua 1

Penat gila.. 4  hari 3 malam di Langkawi. Lepas ni, 5 tahun lagi baru pi Langkawi pulak.. hehehe

Ok, jom baca cerita...

24 Januari (Rabu)
Kami gerak 6 kereta, kira-kira 20 orang kot. Eh, jap. Kira:


Alza - 5 orang
Swift - 5 orang
Persona - 2
Kancil - 2
Iswara - 2
Wira - 4

Haaaaa.. 20 orang lah. Ikut rombongan member office cik abang. Gerak dari rumah, 10 malam berkumpul di Jerteh. Oh, mengantuk! Saya tidur ajelah.. 

Tidur di Kulim, (kalau salah, ampun lah..) sebab driver masing-masing dah mengantuk. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

25 Januari (Khamis)

Lepas Subuh.. Geraklah ke Jeti Kuala Perlis. Campur sesat barat semua, sampai jeti jam 10 pagi. Orang ramai gila... Penuh. Takdek tempat duduk. Tiket feri pukul 1.00 petang. Cik abang mata dah merah. Tido dulu dalam kereta sementara tunggu feri.




Sampai Langkawi jam 2 lebeh kot. Pung pang pung pang.. Pukul 3 sampai hotel. Janji dengan orang sewa kereta nak satu van Urvan dengan 3 Myvi. Last minit, takde plak Myvi. Dia kasi Urvan 2 bijik. Tak best.. Sebab, walaupun datang sekali, tapi plan jalan lain-lain. Ada yang nak pi situ, tak nak pi sini blablabla... So, 2 buah van tak best! Saya adalah marah sebab cik abang yang kena bawa van. 3 kali dia belasah kereta orang sebab takleh nak agak sebab lama dah tak bawa van panjang. Saya sampai baca doa naik kenderaan kuat-kuat. hahahaha.. Kami bayar sewa kereta RM210 untuk 4H3M tu. 


Kami duk Hotel Bahagia untuk 4H 3M. Oklah... Tak mahal mana RM99+RM99+RM160(peak time). Bilik basic je sebab takde pilihan. Memang untuk tidur je lah sampai nak solat pun takde ruang. Terpaksa solat atas katil. Siap solat duduk lagi.. Alahai.. memang darurat. Kalau ikut hati, aku solat je depan koridor tu kang. hahah.. Included breakfast. Tapi, menu 3 hari semua sama.. Sampai hari ketiga, takleh masuk dah.. Cik abang makan bubur aje lah.. kahkahkah.. Bolehlah dari takde, kan.... 
(Korang bleh google pasal hotel ni kalau nak tahu lebih lanjut)


Ok, sampai aje hotel saya terus mandi dan tidur. Uhuuuu.. perjalanan dari Terengganu--->Perlis buat aku macam nak nangis. Otot semua dah longgar. Nasib baik bleh mandi air panas. Legaaaaaa sket lah.


Malam: Turun pi cari makan. Round Pantai Cenang. Masih dengan van tu.. Kat situ, cik abang langgar sisi kereta orang dengan punggung URvan tu.. hahahah. Nasib baik lah kereta tu pun kereta sewa. So, semua ok aje.. Tak turun van pun. Simpan kaki untuk jalan esok nya....




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

26 Januari (Jumaat)

Cabel Car..
Tapi, saya gayat. Tak berani. Kang ada yang merangkak atas tu kang. hahaha So, tak naik.. Jalan-jalan bawah tu aje. Hati jadi sayu sebab teringatkan arwah ayah. Pujuklah hati sendiri sebab taknak cik abang nampak. Nanti dia kata mengada pulak kan... hahah. Tapi, dia pun... Pergi sini.." Eh, ni lah yang kita pergi ngan ayah tu.." Jalan sini.."Kita pernah jalan sini ngan ayah.." 


Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa..... 



Ini gambar teruk sket kualitinya sebab tersangatlah panas kat sini. Orang pun tersangatlah ramai. Dah macam pasar malam.. ahahhaha.. Tak de buat apa sini. Beli t-shirt cik abang dan 3 ketul keychain. Pastu, air sejuk berbotol-botol sebab panas berdengung. Kat luar tu ada jual dadih. Kami pun belilah 4. Makan dalam kereta.. hahahaa 


Haaaaaaaaaa! Lupa nak bagitau.


Hari kedua, dah ada kereta. Orang kereta sewa tu kasi 3 kereta tapi bukan myvi macam yang dijanji. Dia kasi Viva, Kelisa dan Wira. Kitorang berdua je. So, kitorang amiklah kelisa. Wira tu kasik pada famili yang bawa mak pak dan anak. Selesa lah sikit kan.. Begitu juga dengan Viva tu. Kita beralah lah...



Sangatlah sedey itu Kelisa. hahaha.. Dahlah bergegoooo enjin dia. Bawa lebih 60km/jam, tayar dia pulak bergegoooo.. Kitorang gelak ajelah. Econ dia pulak, kalau berhenti lama jadi panas. Kena jalan je.  Semakin lama jalan, semakin sejuk econ dia.. hahaha.. Takpelah, kita pasrah jelah. Lagipun, jimat minyak, Isi RM20, round sampai lebam. 


Tengahari: Makan laksa airport. Kebetulan adik saya dengan bini dia pun jalan Langkawi jugak. Tapi,  mungkin  mereka lebih kepada jalan jalan bulan madu di awal perkahwinan. kahkahkah... 



Kita tinggal Kelisa depan Underwater World, kita suh dia datang amik. Dia sewa kereta best. Camry 2.4... Kemain best naik Camry. Macam tak mau turun. hahahah. Adik aku plak berangan nak bawa Camry balik Penang.. hah hah hah... Semoga satu hari adalah rezeki ko am.. Aku doakan...





Petang: Pi shopping kat Hj. Ismail. Ya Rabbi.. Ramai gila orang. Nak memilih pun tak senang. Berlaga-laga. Shopping secara laju dan pantas sampai tak rasional. Boleh plak aku tak beli periuk Vision!????!???!?!?!? Nak sepak diri sendiri je rasanya. Aku duk mikir, "Kesian laki aku kena bawa periuk aku berat-berat. Dahlah aku duk sesah duit dia semata-mata."  (baca: isteri mithali). Sekali, adik ipar aku call nak kirim set pinggan. Terus je laki aku suh pilih yang mana sesuai untuk adik dia. Lastly, kena jugak laki aku pikul set pinggan adik dia. hahahahaha... (Aku? ..........)


Beli coklat dan kain batik aje. Yang lain tak dan nak tengok. Orang ramai.... 


Round kedai depan Hj. Ismail tu lengang je.. Terbeli baju sampai tiga pasang. Warna lain, corak sama.. Seluar pun sekali. Alasan, "Abang, esok orang takde baju dah..." hahahaah  (baca: kurang mithali)


Malam: Adik I belanja ikan bakar kat Pantai Cenang.  Aliah Ikan Bakar nama kedai dia. Depan Chenang Mall lah kalau tak silap. Lepas makan, jalan-jalan lagi terbeli seluar lagi pulak dah. Tak larat nak patah balik, adik I amik kat tepi gerai jual jual tu.. Kakak sangat manja. Ok, itu je I ganggu orang berbulan madu. Pastu, dah tak kaco dah.... Dia hantar I balik hotel. heheheh (Apesal ber I I plak?)


Rehat. Tidur. Simpan kaki untuk esoknya pulak.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

27 Januari (Sabtu)


Pagi: Lepas turun sarapan, tidoooooo..... Yuhuuuuu! Cik abang pi Beras Terbakar dengan geng2 dia. Saya? Ah.. tak kuasek nak layan beras terbakar ni sebab dah baca review blog sapa tah yang kata tak best. Balik je hotel, cik abang pun kata tak best.. ahahahah.. Baik tidoooo aje... 


Tengahari:
Makan tengahari kat Jom Ikan Bakar. Sedap sangat ikan bakar dia. Dibakar sempurna. Tak de lah hangit sampai tak rasa apa. Memang sedap. Puas hati. Lauk lain pun sedap. Harga murah. Kita makan nasi putih 2 pinggan, ikan keli bakar 3 ekor, kari daging 2 org makan, sayur campur 2 orang makan, air manis (tak ingat) semuanya RM23 je kot kalau tak silap. Plus pekerja berbudi bahasa. Sejuk je hati kan walaupun ramai orang dan suasana agak kelam kabut. 


Ishh.. Korang mesti pergi makan kat sini kalau pi Langkawi. Kat area mana? Alaaaaaaaaaaa... google! Saya tau pun sebab google. =) 


Petang:
Lepas balik The Zon (Pantai Chenang) sebab beli barang sket lagi, kami ke Dataran Lang. Sayu je bila teringat last time pi sini dengan famili semua. Ramai-ramai. Ayah masih ada. Takpelah.. InsyaAllah ada masa, boleh bawa mak pi sini lagi. Tapi, tak naik feri lah. Mana lah larat orang tua nak jalan jauh. Orang muda pun otot longgar. hahaha. Naik flight aje. Booking masa promo AA.. hehehe


Masa lalu kat satu tembok ni, aku rasa macam nak peluk dan melalak kat situ sebab aku terbayang ayah duk situ. Tapi, alhamdulillah.. Aku waras lagi.. heheheheh. Daya imaginasi yang sedikit over! ~maaf~


Layan gambar lah.. 




 Helang baru cat kan?
Lawa je tone warna nya.






 Tengok laut. Memang tenang.


Di sisi Kelisa Gegaran! 
Ahaksssssssssssssss

Tido dulu. 
Nanti sambung.
Esok kerja.

2 comments:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

best la cuti-cuti konvoi gini. meriah

~ain said...

has.. memang meriah!