Isnin Selasa Rabu...Tak pi kerja. Kelas semua terpaksa tangguh. Pening kepala. Nak tak nak pi klinik jugaklah sebab tak tahan beno rasanya.
Doktor. check tekanan darah.
70/50.
"Apa ni? Rendah sangat?" Doktor tanya.
"Mana saya tau" saya jawab.
"Rendah sangat ke, Doktor?" cik abang tanya.
"Rendah sejak tahun 2011. Kalau macam ni, bila-bila masa boleh pitam!" jawab Doktor.
Kelakar pulak bila dengar ayat 'sejak tahu 2011' tu. Kronik sangat ke?
Doktor suh baring kejap. 5 minit pastu, dia datang check balik.
103/70 ~ Naik sikit.
"Ini kalau pi klinik kerajaan, awak dah kena tahan wad ni. Kena minum banyak air ni. Saya bagi ubat tambah darah, kendur urat tengkuk dan darah rendah. Makan ikut jadual. Banyakkan rehat."
Dapat MC 3 hari.Wallaweh!! Saya suka MC! Bila sakit, dapatlah manja lebiiiiiiiihhhhh sikit. kehkeh
Nak rehat banyak macamana lagilah tak tahu. Hidup saya bukan kena kerja berat pun. Kerja rumah, bleh kata cik abang yang tolong selesaikan.
Saya tanya cik abang, "Abang, macamana nak naik darah?"
Kena gelak sahaja....
Korang ada petua nak menangani masalah tekanan darah rendah?
1 comment:
yg has tau... kena rehat yg cukup... makan kena jaga... tidur yg cukup. get well soon ain
Post a Comment