Pembaca Blog Ini...

Thursday, February 7, 2013

Milk Bath

Ok..

Disebabkan mengantuk, kita berhenti dulu buat kerja.  Kita update blog dulu.

Kali ni, nak share fasal mandian susu. Poyo je...


Dua tiga bulan lepas, kat lengan kiri saya ada satu tanda. Tah tanda apa tah. Saya perhatikan macam kurap pun ada.. Eeee.. tapi, tak gatal. Tak bau dan tak apa-apa pun. Ia just tanda hitam coklat coklat yang macan tanda lahir. Saya perasan, dulu mendalah tu tak de. Sejak dua menjak ada tu, ia makin membesar sebesar duit syiling 5 sen.


Saya rasa macam cacat! ahahah Sebab saya mahukan kulit badan yang mulus (waaaaaaaaaaaah) walaupun kulit muka tak berapa mulus. ahahha. Saya siap tanya kat mak, "Mak! Mak nampak tak bendalah ni?" Masa tu emak ada atas katil, saya baring kat lantai. Emak jawab, "Nampak. Apa tu?" Saya pun jawab, "Tah laaa.. Jijik kan?" hahahhaha (siap dialog bagai)


Saya rasa mendalah tu semakin membesar. Saya risau merebak ke seluruh badan dan menjejaskan kemulusan kulit saya.. (hahahah sekali lagi)  Saya pun ajak cik abang singgah kedi runcit tepi jalan on the way nak balik rumah. Zua Trading nama dia.. Kedai runcit kecil je.


Saya beli ini...

 Johnson's baby Milk Bath. Saya mesti usahakan sehingga mendalah tanda tu hilang dari kulit saya. Saya mandi setiap kali dengan milk bath dan tonyoh tempat berkenaan dengan body loofah. Kalau tak pakai loofah, nanti tak banyak buih. Bila tak banyak buah, tak asyiklah proses mandi manda kita. Saya pakai setiap hari. Dua minggu je tanda tu dah hilang. Memang mula-mula semakin mencerah.. Lelama hilang terus. Kulit rasa semakin lembut dan wangi sentiasa. Saya rasa sangat puas hati dan dah tak risau lagi. Gembira sebab percubaan berhasil.


Milk Bath ni saya dah guna sejak zaman UiTM Segamat lagi. Terpengaruh dengan roomate saya yang pakai milk bath ni. Wangi je bau dia. Lepas mandi, rasa macam kena peluk. Saya relax sangat. Bau dia bukan jenis menyengat tu. Bau baby.. Lembuuuut sangat! Tapi, bila lama-lama pakai macam bosan kan..Tukarlah ke macam-macam jenis shower foam. Yang anti-bakteria laaa, apaaa laaa.. heheh..


Sekarang, memang dah guna balik milk bath ni. Tapi, lepas mandi pakai losyen (lagi) dia.. Huuuuuuuuuuuuuuuuu! Rasa macam baby pulak dah... heheh. Kalau pencuci muka habis, boleh guna milk bath ni je sementara nak beli lain sebab ianya lembut je. Tak keringkan kulit.




Kalau rasa nak try, belilah kat mana-mana kedai. Yang 400ml tu dalam RM13++ je. Kalau losyen dia, 200ml tu RM7++ kalau tak silap. Wangiiii!!!


2 comments:

Sidratul Muntaha said...

dlu rasanya ko pnh buat entry mandi dgn milk bath ni kan?1
ke aku main petik je?!
ahahahha

zarena heeney said...

salam ain..singgah ke blog ena yg baru yea :)