Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Milk Bath

Ok..

Disebabkan mengantuk, kita berhenti dulu buat kerja.  Kita update blog dulu.

Kali ni, nak share fasal mandian susu. Poyo je...


Dua tiga bulan lepas, kat lengan kiri saya ada satu tanda. Tah tanda apa tah. Saya perhatikan macam kurap pun ada.. Eeee.. tapi, tak gatal. Tak bau dan tak apa-apa pun. Ia just tanda hitam coklat coklat yang macan tanda lahir. Saya perasan, dulu mendalah tu tak de. Sejak dua menjak ada tu, ia makin membesar sebesar duit syiling 5 sen.


Saya rasa macam cacat! ahahah Sebab saya mahukan kulit badan yang mulus (waaaaaaaaaaaah) walaupun kulit muka tak berapa mulus. ahahha. Saya siap tanya kat mak, "Mak! Mak nampak tak bendalah ni?" Masa tu emak ada atas katil, saya baring kat lantai. Emak jawab, "Nampak. Apa tu?" Saya pun jawab, "Tah laaa.. Jijik kan?" hahahhaha (siap dialog bagai)


Saya rasa mendalah tu semakin membesar. Saya risau merebak ke seluruh badan dan menjejaskan kemulusan kulit saya.. (hahahah sekali lagi)  Saya pun ajak cik abang singgah kedi runcit tepi jalan on the way nak balik rumah. Zua Trading nama dia.. Kedai runcit kecil je.


Saya beli ini...

 Johnson's baby Milk Bath. Saya mesti usahakan sehingga mendalah tanda tu hilang dari kulit saya. Saya mandi setiap kali dengan milk bath dan tonyoh tempat berkenaan dengan body loofah. Kalau tak pakai loofah, nanti tak banyak buih. Bila tak banyak buah, tak asyiklah proses mandi manda kita. Saya pakai setiap hari. Dua minggu je tanda tu dah hilang. Memang mula-mula semakin mencerah.. Lelama hilang terus. Kulit rasa semakin lembut dan wangi sentiasa. Saya rasa sangat puas hati dan dah tak risau lagi. Gembira sebab percubaan berhasil.


Milk Bath ni saya dah guna sejak zaman UiTM Segamat lagi. Terpengaruh dengan roomate saya yang pakai milk bath ni. Wangi je bau dia. Lepas mandi, rasa macam kena peluk. Saya relax sangat. Bau dia bukan jenis menyengat tu. Bau baby.. Lembuuuut sangat! Tapi, bila lama-lama pakai macam bosan kan..Tukarlah ke macam-macam jenis shower foam. Yang anti-bakteria laaa, apaaa laaa.. heheh..


Sekarang, memang dah guna balik milk bath ni. Tapi, lepas mandi pakai losyen (lagi) dia.. Huuuuuuuuuuuuuuuuu! Rasa macam baby pulak dah... heheh. Kalau pencuci muka habis, boleh guna milk bath ni je sementara nak beli lain sebab ianya lembut je. Tak keringkan kulit.




Kalau rasa nak try, belilah kat mana-mana kedai. Yang 400ml tu dalam RM13++ je. Kalau losyen dia, 200ml tu RM7++ kalau tak silap. Wangiiii!!!


Wednesday, September 21, 2011

Batuk dan Madu

Ingat tak cerita saya batuk lama tak baik-baik tu?


Memang azab sangat aaaa kalau batuk ni.
Nak nak pulak masa nak mengajar, tekak buat hal.
Terbatuk-batuk.
Sangat menganggu kerja dan aktiviti harian.
Banyak nak cakap, tapi kena tapis sebab batuk kan.


Dah makan ubat klinik high dos pun tak jalan.
Sampai nak terbabas-babas masa drive sebab mengantuk.
Cik abang risau dah macam mana tak baik-baik ni?


Tak tahan sangat dah.
Macam nak nangis je setiap kali batuk.
Perit ...


Maka, cik abang carikan madu lebah.
Orang kata, madu lebah bagus untuk penyakit batuk2 ni kan.
Madu lebah ye.. Bukan 'madu' lain.
Kalau 'madu' yang lain tu, memang bukan batuk dah.
Dia yang kena ketuk nanti, kan? hahahha


Cik abang beli sebotol (besar botol sos cili tu).
Harga dia RM30 kot kalau tak silap.
Ini yang betul-betul asli ni.
Ada akak kat opis cik abang tu laki dia naik pokok cari madu lebah.
Kalau nak tahu apa tanda madu tu asli atau ada campuran gula,
korang tanya pakcik google laaa ye.



Mula makan masa bulan puasa hari tu sebab memang tak tahan batuk.
Dalam kuliah, masa batuk kena tahan laaa sangat
sebab bulan puasa tak boleh makan gula-gula berangin dan minum air kan..
So, masa sahur makan madu sesudu.
Lepas, berbuka atau nak tidur makan sesudu lagi.


Kadang-kadang makan lebih, sebab madu asli tu sedap.
Memang rasa lain dengan madu yang kita beli kat kedai biasa.


Sekarang, alhamdulillah.
Batuk memang berkurangan.
Saya tak perasan tau yang batuk saya dah kurang.


Cik abang yang tegur,
"Yang, dah kurang kan batuk sayang? Dulu, teruk sangat!"



Saya pun fikir,
"A'ah laaa memang dah kurang.."



Cik abang order lagi kat akak tu.


Sekarang, masih terus amalkan makan madu tu.
Alhamdulillah.... lega sikit rasanya!


Korang kalau kena batuk lama macam tu, cubalaaa makan madu asli.
Dengan izin Allah, kan... Kita ikhtiar aje.

Tuesday, August 9, 2011

Dr Harlina's Survival Tips for Teachers

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS : Tip no. 1 - Reflect on the main reason you become a teacher in the first place. Was it your childhood dream or mainly because you did not have much choices then? Why on earth are you still a teacher now? Find the answers in your heart. What you are today is a result of how you first took off in this noble profession...

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS : Tip no. 2 - Assign a special task to your students today : ` Write ONE word that best describes my teacher, Puan/Mrs/Dr/Prof/Mdm ....(fill in the blank with your own name)' Provide each student with a post-it note. Input should be anonymous. Pass around a small box to collect the notes. Paste them on a wall surface (in your bedroom) - the words describe what the students see in you!

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS : Tip no. 3 - Prioritize the weakest student in your class, instead of the cleverest. Those who are gifted with superb IQ could sail thru' without much of your help. It's the weakest who needs you the most. Don't ignore him/her. Look at her/him with a different perspective today - full with hopes & dreams!

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS : Tip no. 4 - Be a great teacher who inspires. From William Hart - a mediocre teacher tells, a good teacher explains, a superior teacher demonstrates & a great teacher inspires! Convince your students that you're a different breed of teacher - the one who really cares & prays for them, every time, every day!

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS : Tip no. 5 - Honour the students' trust in you. Keep their secrets. Do not spread out the private info they confided in you to other teachers in the school, unless it's related to safety and legal matters. Even then, just tell the principle/headmaster. Confidentiality is a part of teaching ethics.

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS : Tip no. 6 - Teach with all your heart, imagine the students are your own flesh and blood. Thank Allah (again & again) for the honour of being a teacher. Focus your energy before stepping into class. Remind yourself of the responsibilities put on your shoulders. Finish this statement : ` At the end of this session, my students should be able to.....'

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS - Tip no.7 - Look back into history - all great individuals were teachers. Rasulullah SAW was a great mu'allim/murrabi. Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina, Gandhi, Hippocrates, Buddha, Lao Tzu, Mother Teresa, the list is non-exhaustive. These great people shared a common teaching style - they touched the hearts of each student they encountered (student-centred teaching). How about you?

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS - Tip no.8 - Read, read and read more! Teachers are readers and readers are leaders. Lead your students to explore the marvellous world of knowledge & virtue. Look up for new books & re-read the old ones. Reading builds up creativity of teachers. So, what book are you reading now?

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS - Tip no.9 - Shine as your students' best role model, esp. for those who do not have one at home. Practise what you preach, and walk the talk. For students who only have bad role modelling all these while, YOU are their shining beacon, salvation and last hope. Don't let them down, please...

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS - Tip no.10 - Serve as your students' life mentor. Do you still receive SMS, emails, wedding cards, festive greetings and well wishes years after your students have left school/college? Did the old students look for you whenever they came visiting? If so, rejoice...for you're indeed your students' life mentor! If not and you do not really mind, you might have never meant to be one.

Blog Dr. Harlina




Friday, April 22, 2011

Lima Minit

Saya baca salah satu bab dalam text book hari ini.
Point yang boleh kita apply dalam hidup seharian.
Bukan sahaja untuk jawap ketika peperiksaan!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lima Minit Penghilang Tekanan



1) Ambil masa 5 minit untuk melepaskan tekanan
dengan berjalan kaki di luar rumah.




2) Nikmati 5 minit urutan bahu dan tengkuk.



3) 5 minit untuk menggambarkan ketenangan
di tempat percutian
kegemaran anda.



4) 5 minit tidur selepas makan tengahari............



5) 5 minit untuk menonton persembahan lawak jenaka pelawak kegemaran anda

Wednesday, March 30, 2011

Naik Darah



Nak cerita.
Pasal naik darah.
Bukan saya yang naik darah.
Tapi, adik ipar saya.


Hari tu, masa tengah drive tetiba dia jatuh sakit.
Saya pun masa mula-mula dengar cerita cik abang tu,
macam pelik laaaaaa..


"Sakit apa pulak?"


"Dia naik darah!"


"Marah ke? Marah siapa?" Ahahahha.. maaflah, saya kadang-kadang 'lost' sikit.


"Naik darah tinggi laaaa.."


"Oh? Betul?" ~ Saya agak terkejut sebab adik ipar saya itu sangatlah muda. Maksud saya, lebih muda dari saya. Saya pun 'muda' lagi kan... So, haruslah dia lebih-lebih lagi muda dari saya. FYI, adik ipar yang ini, tahun saya amik SPM dia baru tingkatan 4. Ah.. senang ginila.. Dia muda setahun dari saya. Saya belum 30 tahun lagi ye. Maknanya, dia masih 20-an gituuuuuuuu.. (Maaflah, ayat memang sengaja dibelitkan sebab nak suruh korang rajin membaca sikit-wakaka)


"Betullaaaa.. Dia tak boleh buat apa dah. Tak boleh sambung drive semua. Berhenti tepi jalan.."


"Ya Allah... teruknya!" ~Teruk sebab adik ipar saya tu jenis gagah, ok! Drive dari KL-Terengganu 5 jam je boleh sampai. Memang pemanduan yang hebat (belum tentu selamat)


"Anak-anak dia semua dah nangis habis dah. Lepas tu, dia mandi lama sikit baru ok..."


"Ohooo.. kesiannya! Dia dah pi check doktor?"


"Abang call dia tadi. Dia cakap, dia dah jumpa doktor. Darah dia naik 200/+++.. "


"Haaaaaaaa???! Serius??!!"


"Ye laaa... Doktor kata. kalau orang tua memang kena masuk wad dah tu."


Haaaaaaaa.. korang!
Apa yang saya nak kongsikan kat sini ialah, kita (termasuk saya)
haruslah menjaga pemakanan.
Pemakanan haruslah dijaga (ayat berulang).
Bila dah nak masuk 3 series ni kan..
Muda-muda (belasaan tahun) dulu ye laaaa, metabolisma tinggi kan.
Hai laaaaaaa... Risau betul!


Bak kata Jalil Hamid,
"Orang lain kebulur mati tak makan. Orang kita, mati kerna banyak makan!"
Kalau nak kirakan mati, memang semua orang akan mati. Tapi, kesihatan yang kita ada ni kurniaan kan? Haruslah kita jaga kurniaan dari yang Maha Esa itu. Kalau nak kena juga sakit sana sini, apa nak buat kan? Redho je laa.. Yang penting kita berusaha...


Lagi satu perkara, aktiviti fizikal.
Kena banyakkan senaman tak pun aktiviti yang keluarkan peluh.
Baru seimbang dengan pemakanan kita tu kan.
Kalori perlu dibakar. [Kita bako... Kita bako..]
Kalau tidak, itu yang berkumpul lemak tepu (macam saya).... hukhukhuk..


[Lebih kepada peringatan kat diri sendiri jugak ni]


Kesihatan emosi pun penting.
Hidup kena sentiasa positif.
Jangan stres stres sangat.
Nanti naik darah.


So, marilah kita menjaga kesihatan kita dengan lebih baik!
Diet tu bukan untuk kurus..
Diet tu adalah cara pemakanan.
So
, kita harus berdiet seimbang.
Penuhkan peti ais dengan buah-buahan dan sayuran.
Kurangkan makanan lelemak tu semua...


Kalau tak kurus pun tak apa, asalkan sihat!
Jom lebih sihat!
(Dengan quaker oat~tetiba)


Tuesday, March 22, 2011

Mandi Songsang

Ini nak kongsi tips ni....


Baru tahu pagi tadi.
Ni tengahari ni baru ada masa nak menaip pepanjang..



Mandi songsang..



Kalau sebut perkataan 'songsang' ni,
perkara pertama terbayang kat kepala otak saya..
Baby songsang laaaaa...
Amalan se*s songsang laaa... wakakaka ..
Maaf, selekeh sikit hari ni.. hahaha




Banyak kelebihan mandi songsang ni tau..



Dulu, saya selalu sakit kepala.
Panas kot.. Migraine pun ye jugak.
Pak mertua saya cakap, cuba mandi basahkan kaki dulu.
Bila dah rasa sejuk kaki, baru laaaa naik ke badan lepas tu kepala..
Then, seperti biasa... pak mertua saya akan bercerita lengkap
dengan pengalaman dahulu kalanya sekali.. hehehe



Emak saya pun beritahu perkara yang sama..
"Boleh sejukkan badan," kata emak.



Saya pun mandilaaaa macam emak dan abah bagitau tu.
Hasilnya, sekarang!
Alhamdulillah, dengan izin Allah saya jarang dah sakit kepala.
Bukan tak pernah langsung laaa..
Ada jugak kadang-kadang..
Tapi, tak sekerap dulu..



Haaaaaaaaaa..
Inilah mandi songsang...
Saya pun baru je tahu,
orang panggil amalan ni sebagai mandi songsang.


Rupa-rupanya, bukan itu sahaja kebaikan
mandi songsang ni ye! Banyak lagi..



Antara yang saya dapat hasil peng 'google' lan ni....


  1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan segar
  2. Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
  3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum..
  4. Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
  5. Melancarkan perjalanan darah.
  6. Menjadikan pengamal semakin pintar
  7. Meninggikan daya ingatan
  8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
  9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
  11. Memiliki daya ketahanan mental
  12. Menambahkan semangat berani
  13. Menguatkan gusi dan gigi



Apa lagi?
Mulai hari ini, meh kita sama-sama amalkan amalan mandi songsang.



Mandi songsang je ye..
Benda-benda lain yang songsang tu, jangan diamalkan!
Minta dijauhkan....

Monday, January 10, 2011

Layu

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.



Baca di SINI



(Cik abang yang tunjuk artikel ni kat saya, tau!)



Hahahah



Sharing is caring, kan?



Wednesday, October 21, 2009

Kisah Dongeng dalam Perkahwinan

Eceh.. sejak dua menjak ni makin banyak pulak tips2
dalam blog hakikat kehidupan ni kan..
Tak pe.. layan je laaa yek.
Sharing is caring kan kan kan..

Hari ni nak kongsi sesuatu dari buku "Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah"
Saya dah khatam berkali-kali tau buku ni.
Bila saya rasa macam nak merajuk atau dah teeeerrrrrr merajuk,
saya baca buku ni untuk motivasi diri agar saya tak merajuk lagi..
Hahahah malu betul kalau pak ahkak baca statement ni
Sebab bila membaca... Saya sedar yang saya pun bukan nya perfect untuk cik abang saya, Jadi, kenapa pula saya nak cik abang saya perfect di mata saya?
Maklumlah kan, saya masih baru lagi dalam arena ini (ceh.. macam arena sukan negara pulak)


Kisah Dongeng dalam Perkahwinan..



1- "Bercinta untuk tempoh beberapa lama sebelum berkahwin
membuatkan kami serasi."

Sikap tidak puas hati akan timbul lebih kerap sesudah berkahwin.

Pengalaman saya laaaaa kan.. Sebelum kahwin, nak kentut dalam kereta pun malu. Biru-biru muka dok tahan kentut. Bila dah kahwin je, siap lock tingkap kereta kat window belah driver, lepas tu kentut sikit punya bau macam tuuuuuuuuuuuuutttttt. Bini nak bukak tingkap, dia tak mau kasi. Sampai hati dia 'membirukan' muka bini dia menghidu gas tersebut.. hahahah

Haaaaaaa... kan kan kan..
Masa bercinta semua wangi, masa dah kahwin macam-macam benda tak wangi nampak..

2- "Kami bahagia kerana nasib."
Cinta tak datang dengan sendiri. Ianya tak datang dengan hanya menunggu saja tau. Kena usaha mencari cinta. Masing-masing dalam perkahwinan kena berusaha mewujudkan magnet cinta supaya cinta dan kasih sayang dalam kehidupan lebih membahagiakan.

Apa-apa perkara pun tak leh harapkan nasib, beb!! Semua kena usaha...
Usaha laaa apa saja, asal jangan sampai guna bomoh
minta minyak senyonyong sudah leee... Nauzubillah... =)

3- "Anak menjadikan kami lebih akrab, bahagia dan gembira."
Dalam buku ni kata... Anak tetap akan menjadi pendorong kebahagiaan keluarga TETAPI jika fokus pada suami tidak menyimpang dan kekal sama. Kadang-kadang, isteri mula memberi fokus lebih kepada anak dan mengurangkan tumpuan kepada suami. Ini membuatkan suami pulak merebut kasih sayang dari anak.. Hehehe.. ada ke gini? Mungkin kot.

Ada juga (berlaku depan mata saya), pak nye sikit punya sayang anak, sampai anak jatuh pun dia salahkan mak nye. Siap suh anak nye 'babab' mak nye sebab anak nye jatuh. Aiisssshhhh.. saya rasa macam tak kena je kan situasi tu kan? Entah laaa.. Tak boleh laa saya nak hurai banyak-banyak, sebab saya masih belum ada penggalaman (baca dengan penGGalaman ye, bukan penGalaman.. ahahahah ~merepek).

4- "Jika berkahwin, suami saya lebih beruntung berbanding saya."
~ Perkahwinan adalah menguntungkan untuk sesiapa saja bergantung kepada niat. Suami akan lebih terjaga dari segi makan pakai, dan isteri pula mendapat kelebihan dari segi wang ringgit. Bila kahwin, suami ada kan nak tolong top up mana-mana sumber yang kureng cukup. Heheheh..

Bukan mata duitan ye, tapi kita ni hidup kalau tak de duit takkan nak makan cinta je kan.. Boleh pi beli nasi dengan cinta? Boleh? Boleh? Kalau boleh, mari kita ramai-ramai pi beli nasi kat kedai tu...

5- "Kami mesti dapat membaca fikiran satu sama lain setiap masa."
Tidak... Tidak... Kadang-kadang yang dah berkahwin berpuluh tahun pun masih belum dapat baca fikiran pasangan. Apa? Ingat kita ni ada kuasa ajaib ke boleh nak baca isi hati orang..

Kalau kata memahami, .... mungkin. Itupun tidak semua..

6- "Kami pencinta sejati maka kami tidak akan ada masalah."
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri... Alaaaa.. malas laaa nak menyanyi lagu P.Ramlee dengan Sarimah dekat kandang kuda belakang rumah saudagar barang-barang antik tu (tak ingat nama dia)... Hari tu dah menyanyi kat blog Ena..

Ye lah, kan... Memang takkan ada pasangan yang takkan ada masalah. Masalah kat sini bukan semestinya konflik2 besar. Kadang-kadang konflik kecil2 pun cukup untuk menjadi 'barah' dalam hubungan kan. So, ubat nya.. Kata mak saya, sabar saja laaaaaa...

7- Orang berkahwin mesti melakukan semua aktiviti bersama-sama.
Walaupun dah berkahwin, kita mesti nakkan masa privacy untuk kita tanya pasangan kan kan kan.. Kalau asyik 24/7 duk 'menatap wajahmu' je, bosan juga kan. Tak yah laaa nak cakap tidak.. Baru-baru kahwin ye laaa kan.. Semua nya masih wangi. Bila dah lama-lama, sendiri mau ingat laaa.. At least, mesti kita nak masa menyendiri ke.. Jalan-jalan ngan kawan-kawan ke, kan..

Kadang-kadang saya fikir, macam mana laaaa orang yang kerja setempat dengan suami kan. Hahahah.. sungguh tidak berkembang minda. Tapi, semestinya kerja satu pejabat pun ada kebaikan juga. Terpulang pada rezeki masing-masing dan cara kita menghadapinya.

8- Ada wang semua masalah dalam perkahwinan selesai.
Wang bukan segala-galanya. Ada juga pasangan yang banyak duit, tapi bercerai berai sebab terlalu sibuk mencari duit. Lihat!! Duit pun boleh menjadi punca masalah kan? Jadinya, fikirlah sendiri kan....

9- "Latar belakang ahli keluarga tidak mempengaruhi perkahwinan saya."
Suka atau tidak, tingkah laku pasangan anda akan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh persekitaran dalam keluarganya.

Macam saya, saya ni hantu Internet. Boleh kata majoriti adik-beradik saya gemar online..

Kalau suami saya, majoriti adik-beradik termasuk laaaa pak dia minat hal-hal berkaitan dengan automobil. Sama seperti suami saya yang pelik dan kadang rimas dengan kegemaran kami yang macam cacing sakit perut kalau tak dapat Internet, saya juga kadang-kadang tak faham dengan hobi keluarga suami saya yang tak habis-habis dengan kerete, enjin, spare part kereta, sportrim.... hahahaha..

Apa yang penting, kita faham, menerima seadanya..

10-Pasangan yang bahagia hidup tanpa konflik.
Sekali lai, sila nyanyi lagi "Sedangkan lidah lagi tergigit" ~ke apa ek tajuk lagu tu?
Heheheh

Kata kunci dalam kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga ialah
TOLAK ANSUR dan BERSABAR kan?

p/s......
*Huraian untuk tips (saya cedok dari buku) di atas adalah hasil pemerhatian
dan juga pengalaman saya yang terlalu sedikit ini.
Mana lah tau, Tuan Zamri sudi nak berkolaborasi (Betul ke ejaan?)
dengan anak Tuan Imran pula untuk tulis buku-buku tips2 begini kan kan kan .....
(Kalau lah beliau sudi...... )


Saya sedar siapa saya yang baru setahun jagung dalam bidang penulisan ini

Banyak lagi tips yang best2 tau.
Sesuai untuk orang-orang muda macam i ni tau..
Orang tua pun boleh je kalau nak refresh - refresh kan kan kan....
Khabarnya buku ini sudah masuk cetakan yang kedua!

Monday, October 19, 2009

Tips mengambil hati pasangan

Hahaha..
Mentang-mentang kena sound dengan suami,
terus je cari artikel mengambil hati pasangan ni.. hahaha
Tak pe laaa u ols..
U ols nak kata apa pun, saya tak kesah..
Saya terima..
Kita ni harus menerima segala teguran yang membina...
Supaya kita menjadi lebih baik dari semalam kan kan kan..

Tips mengambil hati pasangan

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami

  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh

Tips mengambil hati isteri

  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

Lebih banyak tips akan ditambah. Anda juga boleh mendapatkan buku Tips kebahagiaan rumahtangga oleh Ustazah Siti Nurbahyah yang di dalamnya terkandung 23 bab sarat dengan pengisian dan juga teknik urutan cakar harimau dan urutan labah-labah (bab 6) yang hangat diperkatakan.

(haaaaaaaaaaa.. ini bab cakar mencakar ni ahkak belum menuntut lagi.. kalau idak, dah calar balar dah cik abang ahkak tu kang.. hahahah)

Monday, September 7, 2009

Tip rumahtangga...

Ainon Mohd. Tip rumahtangga bahagia: Setiap kali balik ke rumah mertua, beritahu suami supaya duit yang dia mahu berikan kepada ibunya itu, serahkan sahaja kepada kita... Biar kita yang berikan duit

Kamariah Othman
Kamariah Othman
memang itu amalan kami semenjak berkahwin...alhamdulillah dah bertahan 25 tahun...
about an hour ago
Hanieliza Kamarudin
Hanieliza Kamarudin
Alhamdulillah..suami kakliza memang serahkan tugas memberi duit pada ibuayahnya pada kakliza....
about an hour ago
Anuar Manshor
Anuar Manshor
Terima kasih atas tip yang bagus ini puan.
about an hour ago
Nadzrina Abdullah
Nadzrina Abdullah
erm... Suami saya plak jgn kata duit, dr selipar sampai ker kuih raya saya lah yg uruskan. Alas meja pun saya lah jugak! Kdg2 kalau kita pura2 senyap dia pun blh diam jer... Yg dia tau bila dia bg duit pandai2lah nak beli apa kat mak ayah dia. Untung lah dia sbb dia takyah nak wat kat mak ayah saya semua benda tu sbb mak ayah saya dah lama takda. Alahai...
about an hour ago
Op Zaharin
Op Zaharin
tip rumahtangga musim raya: belikan mertua barang-barang persediaan raya (kuih raya, bekas letak kuih raya, langsir raya dll)
about an hour ago
Muhammad Firdaus
Muhammad Firdaus
Setuju puan..hadiah2 pun biar wife yg bagi.Mak kita otomatik tau yg itu hadiah kita berdua..tapi kalau kes mcm Puan Nadzrina tu x dapek den nak nolong
about an hour ago
Haizammuri B Harun
Haizammuri B Harun
Itu tak ikhlas tu..cuma nak bodek..
about an hour ago
Ainon Mohd.
Ainon Mohd.
Bodek mak mertua, itulah yang paling berbaloi, sebab pahala menyukakan hati ibu bapa mertua sangat besar....
about an hour ago
Ainon Mohd.
Ainon Mohd.
Puan Nadz,
Beruntung sungguh ibu bapa mertua puan kerana mendapat menantu yang menjaga mereka bagaikan menjaga ibu bapa sendiri.... Sudahlah manis orangnya, manis lagi hati budinya!
58 minutes ago
Isma Saring
Isma Saring
betul puan..itu yg saya selalu buat:)
56 minutes ago
Zainab Itam Drani
Zainab Itam Drani
suami saya berikan duit saya dan duit dia bersama2, sekaligus di hadapan saya. jadi, mak mertua saya pun dengan malu2nya ambil. tapi, kenkadang, saya yang berikan. so, ikut sempat, lah. tapi, mertua dah duduk lama dengan saya...sejak berkahwin lagi....on and off, lah. jadi, mertua lebih sebagai ibu....
56 minutes ago
Reen-Haslinda Uyup
Reen-Haslinda Uyup
erm..satu tips yg berguna bagi saye masih belum berkahwin..
56 minutes ago
Isma Saring
Isma Saring
yup...bukan apa itu akan lebih merapatkan hubungan antara mertua dan menantu:)
54 minutes ago
Ainon Mohd.
Ainon Mohd.
Puan Zainab, ibu mertua puan teramat bertuah. Walaupun duduk serumah menantu dan anak masih memberi wang sebagai hiburan. Subhanallah.... baiknya puan!
54 minutes ago
Haizammuri B Harun
Haizammuri B Harun
Jgn lepas kahwin jdi lain plak yer..hehehe
52 minutes ago
Isma Saring
Isma Saring
yup..betul tu puan
48 minutes ago
Ainon Mohd.
Ainon Mohd.
Tuan Isma,
Bukan setakat hubungan mertua dan menantu (perempuan) menjadi rapat, malah mertua akan "tune" anak lelakinya kalau anaknya berani "buat benda pelik-pelik".... Tak payah kita komplen, emaknya sendiri yang akan memarahi anak lelakinya....
48 minutes ago
Kassim Selamat
Kassim Selamat
Tip di sebelah mertua (ibu isteri) adakah sama?. Si suami pula yang menyerahkan duit kepada ibu mertua. Terasa janggal pula...hehe
Dahulu, saya serahkan duit melalui isteri untuk diberikan kepada ibu mertua.
47 minutes ago
Ainon Mohd.
Ainon Mohd.
Tuan Kassim,
Lazimnya, apabila suami beri duit suruh kita serahkan kepada ibu bapa kita, kita (dengan bangganya) akan berkata, "Mak, ini duit abang (Kassim) beri...."
45 minutes ago
Nadzrina Abdullah
Nadzrina Abdullah
puan...terima kasih. Sbnrnya saya xde mak ayah dr kecil. keluarga pun takda. Jd bila kawin saya hepi sgt sbb ada mak dan ayah. Ada kampung dan plg best...saya adalah anak menantu yg plg mrk syg sbb mrk xde anak pompuan. 3 3 lelaki. Sorg lg tak kawin. Abg ipar plak kawin dgn sedara sendiri. Jd saya agak manja di situ...best kan? Hehehe... Hubby tak berani nak wat hal sbb nnt saya report automatic dia di panggil mengadap! Haha...
42 minutes ago
Kassim Selamat
Kassim Selamat
Hahaha....betul itu puan! Itulah yang selalu saya dengar. (Dengar dengan bangganya)
40 minutes ago
Hasni Muhamad Daud
Hasni Muhamad Daud
nanti takut mak mentua ingatkan dia akan dapat dari anak dia lagi ..
36 minutes ago
Kamal Arish
Kamal Arish
Yelah tu
32 minutes ago
Siti Rafidah Hassan Basri
Siti Rafidah Hassan Basri
Ibu mertua juga perlu dihormati walau dalam apa jua keadaan. Perlu bersabar sentiasa apabila ibu mertua tetap tidak menyukai walaupun kita telah melakukan segalanya. Diingatkan walaupun apa jua keadaan suami perlu mendahulukan ibunya dari isterinya sendiri.Itu yang selalu saya ingatkan pada diri sendiri:)
18 minutes ago



Saya salin dari Facebook Puan Ainon (mentor kepada mentor saya)...
Pelbagai tip boleh didapati bila saya add Puan Ainon dalam Facebook..
Walaupun saya tidak ada mak mertua, abah adalah bapa mertua merangkap mak mertua juga!!!