Pembaca Blog Ini...

Monday, March 11, 2013

64 bukan 94

Petang semalam cakap kat cik abang, 
"Abang, macam nak makan yang special sket hari ni."


Dia tanya balik, "Burger special ke?" Grrrrrrrrrrr....


Saya ajak dia pi makan kat Ikan Bakar Kuala Ibai. 
Rasa nak makan seafood secara berleluasa.


Cik abang dah lama tak makan seafood sebab gatal-gatal. 
Tapi, dia tak kesahlah kalau saya makan sorang. 
Saya macam tak best makan sorang.. 


"Alahai.... makan jelah! Kalau gatal, makanlah ubat.."


Saya order, 


Nasi putih- 3
Air tembikai - 2
Ikan merah- bakar
Ikan pari- bakar
Lala- masak pedas
Sotong-goreng tepung
Ayam-masak halia (ingatkan untuk orang tak makan seafood)


Hambik! Lauk macam nak makan 5 orang.


Agak tergoda dengan makanan semua tu, 
cik abang pun makan secara berleluasa. 
Hahahha.. 
Termakan hasutan!


Masa nak bayar tu, saya dengar orang tu cakap 94. 
Saya keluarkan note 100. 
Sekali dia bagi baki 36.. 

 

Aik? 64 aje? Murah, kan?




Kedai ni memang agak murah.
Masakan pun boleh tahan.
Tapi, sayang ikan bakar berempah dia tak in kat tekak saya...
Sorry!

1 comment:

zarena heeney said...

perghhhh byknya pilihan menu yg di order...mana gambar makanan
nk tgk