Pembaca Blog Ini...
Tuesday, March 29, 2016
Pajeri Terung Pertama
Resepi...
8 btg terung dipotong
Rempah 3 sekawan
1 tangkai daun kari
2 sudu udang kering
3 bj bwg merah
5 ulas bwg putih
1 inci halia
3 sudu rempah kari
1 sudu serbuk cili
Air asam jawa
Santan
Gula melaka
Kerisik
Garam
Meh nak ajar cara masak.
Blend bwg2, halia, udang kering.
Tumis 3 sekawan + daun kari
Tumis bahan blend
Masuk rempah2 dan serbuk cili.
Tumis lagi sampai pecah minyak.
Masukkan air asam jawa.
Santan.
Garam. Gula melaka.
Kerisik.
Masukkan terung. Biarkan mendidih sampai terung empuk.
Siap..
Gambar masakan tak teringat nak ambik. Saya guna gambar di google sbg gambar hiasan.
Wednesday, January 6, 2016
Kongsi Resepi: Asam Rebus Bendi
Hahaha.. Kongsi resepi tajuk diberi. Pepoyo moyo sangat kan kan kan..
Ini lauk senang mudah emak ajar. Sebelah tangan pon boleh masak.
Bahan dia;
- Bendi dipotong dua tiga ikut saiz lah (jangan bendi tua.kang berurat takleh telan)
- Serbuk cili (hari tu serbuk cili habis, saya blend 6 cili kering pastu tapis amik air aje. Hampas2 tak mau)
- Ikan bilis (blend boleh, tumbuk bleh)
- Bawang merah dihiris.
- Asam keping
- Garam, gula
Cara;
- Masuk semua bahan dlm periuk kecuali bendi.
- Bila dah mendidih, biar reneh kejap api sederhana
- Masukkan bendi.
- Agak2 bendi dah lembut, buh garam gula secukupnya.
Senangkan? Makan dengan ikan goreng ke ayam goreng ke.. Kalau ada budu pun best. Kalau tumbuk sambal belacan pun best. Makan nasi dengan kuah banjir. Uhuuuii...
Simple dan menyelerakan!
Lain-lain resepi di blog masakan saya..
http://bilasayabelajarmemasak.blogspot.com
Thursday, October 8, 2015
KONGSI RESEPI: Bihun Sedap
Arghhhh... Kena bgn pagi masak sarapan! Lepas sembahyang Subuh takleh membongkang balik!
Hari ni masak bihun. 15 minit siap! Tapi, kena sediakan bahan malam ye. Saya ni lemban sket. Maka, kena cari jalan macamana nak kasi cepat.
Sebelum tido;
1) Rendam sepaket bihun.
2) Kupas bawang besar 1 biji, bawang putih 5 ulas.
3) Masukkan bawang, segenggam ikan bilis, segenggam cili kering ke dalam blender.
4) Keluarkan rencah spt daging, ayam atau apa apalah ikut kesediaan yang ada dlm peti ais.
Bangun tido;
1) Toskan bihun yg direndam.
2) Kisar bahan dlm blender.
3) Tumiskan bahan kisar sampai terbit minyak.
4) Potong rencah.
5) Masukkan bihun. Kacau. Potong bihun dengan gunting. Takdelaaa nnti panjang sgt payah nak ceduk masuk pinggan.
6) Tambah kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram, garam.
7) Bila bihun dah lembut, masukkan telur. Kacau kacau. Siap!
Saturday, September 19, 2015
Homemade Pizza Roti
Bila petang rasa lapar, tapi belum rasa nak makan malam.. Dalam peti ais ada sosej dan mozarella. Sos spageti pun ada.
Jom kita buat pizza roti. Roti gardenia yg biasa tu je sebagai base. Nak menguli tepung bagai memanglah bukan kepakaran makhencik ni. Hehe.. Mudah saja..
Susun roti atas dulang pembakar. Saya susun atas jaring2 tu. Guna oven kecik aje. Malas nak buka oven dua gibu mak tu. Banyak pakai letrik. Hehe.. setakat nak guna 15 minit je.
Renjis air sikit supaya roti.masih rangup wpun dh sejuk. Petua lah ni. Tp tak tau jadi ke tak sbb belum sempat sejuk dah licin kena ngap.
Sapukan sos spageti seluruh permukaan roti. Susun sosej yang dipotong bulat2. Kalau ada tomato, bawang dicincang, jejari ketam, blablabla..ikut suka je topping dia.
Last sekali, tabur.mozarella cheese yang sudah diparut. Banyak banyak lagi best. Nanti makan bertali tali kejunya.. Kalau suka.boleh campur cheese parmesan bagai. Tapi, takde stok. Keju meju ni mahal harganya..
Lepas.tu bakar dlm.oven 15 minit 180 darjah atau sampai keju cair.. Lepas tu ngap lah! Sekejapan je habis roti kalau dah nak expired tu kan. Hehehe
Kalau pi makan pizza kat mall nun harganya mahal. Tak mampulah nak bawa satu keluarga makan sana. So, kita buat jelah kat rumah. Rasanya lebih kurang sama aje. Saya pula kalau pizza mmg suka yang base dia tak tebal. Kalau tebal, mmg cepat kenyang. Nak makan lagi tp.dah kenyang... Oh, menyedihkan! Heheh
Kalau nak bg cik abang makan buat alas perut lepas balik keje. Sementara nak makan malam pon boleh.. Sekejap je siap. Kalau cik abang korang jenis suka makan, bolehlah cuba...
Tuesday, May 26, 2015
KONGSI RESEPI: Singgang Sotong
Ini lauk fav cik abang.
Kalau dia nampak saya tengah buntu dan malas, inilah lauk dia request.
Senang sangat! Sebelah tangan boleh buat!
Ketuk:
bawang putih 3 ulas
bawang holland 1 biji
Lengkuas 1 inci
Serai 2 batang
Lada hitam tumbuk 1 sudu
Cili merah 1 btg
Sotong setengah kilo
Masukkan semua bahan dlm periuk. Didihkan dgn air sikit. Nnti sotong keluarkan air. Buh gula garam.
Siap!
Puding Jagung
Manisan yang senang nak buat. Kegemaran majoriti ahli keluarga. Tapi, ada juga kot yang tak minat sebab dua hari kot baru habis. Heheheh
Resepi dalam gambar, ok!
Saturday, June 14, 2014
Ayam Asam Pedas
Hari tu mengadu kat mak pasal masak asam pedas tak jadi. Mak siap buatkan kelapa kering aka kerisik utk masak asam pedas. Kmalasan anak dia, kan. Mestilah dia tau....
Tadi, masak asam pedas ayam. Letaklah resepi kt sini. Bila bila nak masak boleh rujuk.
Ayam
Halba 1 sudu
Bwg putih 3 ulas
Bwg besar kuning 1 biji
Halia seinci
Kunyit seinci
Tomato ranum sebiji
Cili api 10
Cili kering 10
Belacan 1 inci
Serai 2 btg dititik
Kerisik 2 sudu
Asam jawa adabi dua sudu
Bendi
Tomato
Daun kesum
Bunga kantan
Garam gula secukup rasa
Blend lah apa yg patut, tumis2...
Masuk ayam. Kasi ayam kecut sket.
Masukkan asam jawa atau asam keping.
Masuk air secukupnya.
Masuk daun2.
Garam gula.
Bila ayam dah masak, kuah dah pekat.. Siaplah!
Cik abang makan sampai nasi habis seperiuk.. Saya pun suka. Masak lebih sikit sbb malam boleh makan lagi.
Wednesday, March 12, 2014
Entri sangat Belated: Happy Birthday to CikAbang!
Tuesday, March 4, 2014
Ketam Gulai Selamba
Tuesday, February 18, 2014
Dia Nak Ketupat Sotong Pulak....
Ketupat sotong. Suami request. Oh, dulu-dulu pernah buat. Tak susah mana.
Bahan dia:
Sotong 5 ekor sederhana besar
Santan 1 cawan
Pulut 5 sudu
Halba 2 sudu kecil
Bawang besar 1 biji
Halia 1 inci
Garam
Gula
secukupnya....
Rendam pulut dgn sedikit air. Bila dah kembang sikit, masukkan santan sikit kat pulut.
Bersihkan sotong. Buang kulit dia tang pepel2 tu. Kalau tidak, kuah jadi pepel. Bahagia janggut dia takyah buanglah. Nanti kuah jadi pink2 sket.
Masukkan pulut dlm bdn sotong. Jgn byk sangat nanti perut sotong meletup. Heheh.. Sbb pulut tu nantu kembang dlm sotong tu.
Masukkan kepala sotong dan sematkan dengan pencungkil gigi.
Rebus sotong dgn santan, halba, halia dan bawang yang dihiris halus. Masuk air sikit kalau pekat sangat. Masak sampai pulut dlm perut sotong empuk ...
Buh garam gula... Siap dah!
Ok bai...
Wednesday, February 12, 2014
Sawan Rajin
Monday, January 20, 2014
Dadih Nyaman by Nia Imrani
Monday, December 30, 2013
Udang dan Keledek
Wednesday, October 23, 2013
Bubur Ayam dan Wanita Bubur
Thursday, October 17, 2013
Wajib Masak...
Wednesday, October 2, 2013
Cheesecake Haku!

Monday, September 9, 2013
Singgang si Suami
Tuesday, August 27, 2013
Strawberry GERGASI

Friday, August 16, 2013
BBQ Raya
Sunday, July 28, 2013
Angin Malas Membawa Diriku
Macam biasa, hari Ahad… Lemau sikit. Jap lagi ada kelas pukul 8.30. Gila malas nak pi kelas. Malas nak membebel. Tapi, mana ada masuk buat kerja sendiri, kan? Terpaksalah juga gigih!! Kalau aku tunjuk muka malas aku ni, dengan student-student sekali ikut malas. Hahah
Minggu lepas, 4 hari tak masak. Beli makanan kat pasar Ramadhan. Kantoilah memborong makanan. Tapi, habis tau. Memang beli cukup-cukup nak makan je. Tak de membazir. Tak ikutkan nafsu lapar masa tengah beli tu sebab memang tak lapar pun. Allah bagi cuti. Hahaha
Rabu tu, pi mana tah. Balik lewat. Bukan itu alasan utama. Adik saya tanya, “Long, ko tak masak ke?” Saya jawab, “Malas! Jangan banyak cerita.” Matilah kalau dia mengadu kat emak. hahaha
Khamis pun, angin malas datang bertiup lagi. Tak leh nak tepis. Teruk benar menerjah ke mukaku. Ajak adik saya pi shopping raya kat KT. Kemain.... Berbuka puasa kat Ikan Bakar Kuala Ibai.Konon macam puasa sangat budak dua orang ni! Padahal......























