Pembaca Blog Ini...

Saturday, June 1, 2013

Minor renovation

Ini cerita fasal renovate rumah.
Alahai.... bukan buat besar-besar pun. 
Cuma buat garaj depan untuk lindung kereta dengan lantai garaj je. 
Dengan buat pagar batu keliling.... Sekali dengan pintu pagar..
Itupun dah melibatkan kos hampir RM10k sekali dengan upah pekerja bagai.
Barang macam kayu, atap, simen, batu, pasir, tiles semua pi beli sendiri. 
Gigihlah cik abang ulang alik kedai pi beli barang tu sume.


Dia kata kalau serah 100% pada kontraktor, 
memang semakin mahalnya kos dia.
Yelah, budget kita terhad. 
Kena pandailah cut cost.
Saya tak tahu apa-apa. 
Saya tahu siap je lah.. hahahaha..


Lepas ni, kalau ada rezeki lebih lagi bolehlah 
nak extend dapur ke belakang sekali dengan kitchen cabinet bagai. 
Sekarang ni, kita sabar dululah dengan dapur yang berkecah..
Ahahaha... Itu lebih kepada malas tu. 
Bukan sebab keadaan dapur kecik ke apa..


Walaupun, impian saya nak pasang macam water fountain kat depan rumah tu 
tak terlaksana sebab dah over budget, tapi ok jelaaa...
Lain kali, ada budget lebih kita pasang. 
Tak penting mana pun.
barang construction mahal laaa.. Patutlah harga rumah pun mahal skrg..
Hahaha.. Rumah... Bila murah pulak, kan?


Sebenarnya lama dah siap kerja ubahsuai ni. 
Dua minggu kerja je dah settle semua. 
Malas nak amik gambar je. Tu yang malas nak cerita kat blog. 
Pintu pagar je lama sikit nak siap sebab pakcik tukang besi tu buat kerja sangat lambat.
Naik darah dah baru nak datang pasang pagar. 


Dua tiga minggu lepas, tempah ampaian kain kat pakcik tukang besi tu jugak. 
Ampaian lama yang beli kat Mydin tu 
dah terkangkang masa mak dan adik-adik datang ramai-ramai tu.
Kerja over capacity kot. 
Lagipun ampaian lama tu memang dah goyah pun.
Mengadap baju kami berdua yang dua minggu sekali baru basuh tu.. 
ahhahaha


Nampak tak ampaian kain yang warna putih depan Persona tu.. 

 


Tiga minggu tak basuh baju duk menunggu ampaian tu siap. 
Dah siap, tersadai pulak kat bengkel besi dia berhari-hari.
Alasan dia: Tak de transport nak hantar. Boleh? Angin je aku...
Solution: Cik abang guna Hilux opis nak angkut ampaian balik rumah. 


Setiap kali order apa-apa kat dia, memang menyakitkan hati sikitlah...


Sabar aje..

1 comment:

zarena heeney said...

dah siap ker garage