Pembaca Blog Ini...

Tuesday, July 9, 2013

Cinta Monyet



Malam tadi ternampak satu link kat FB student. Selalu malas layan video video ni. Tapi, malam tadi ter on. Sekali nampak sorang budak pompuan tgh cakap-cakap. Tgh nyanyi apa lagu tah dedikasi untuk boyfriend dia sebab genap dah couple seminggu pada hari Sabtu. Siap sumpah janji setia bagai.. 

Kebetulan, cik abang tengah tengok video yang sama kat tab dia. Kitorang bantai gelak.. Tapi, saya rasa normal lah tu. Budak lagi, kan? Kalau tidak, takkan lah jadi juara rumah sukan hijau pun nak sebut. hahahhaha.

Lepas gelak sepuas hati (gelak aje tau), cik abang kata...

"Alaaa.. budak-budak! Dia mana tau. Dia belum faham apa-apa. Sama lah kalau kita duk baca surat cinta kita yang lama-lama tu. Rasa nak muntah ke idok? Asalkan diorang tak langgar batas, pandai jaga maruah.. "

Betul! Kita pun pernah muda Macam-macam benda yang kita dah buat masa dulu. Bila fikir balik, memang menyesal. Malu sendiri pun ada. Takyah lah nak bagitau kat sini. Masing-masing faham sendirilah. Nasib baik zaman kita dulu takleh nak buat video video bagai. Kalau tidak, mesti dah buat dah.

Kasi peluang lah kat adik tu walaupun sememangnya tersangatlah kelakar tindakan beliau itu. Maaflah, dik! Akak terpaksa gelak sebab adik comel sangat. Untunglah siapa jadi boyfriend adik tu. Sooooo sweet!

Yang kelakarnya, komen-komen bawah tu... Yang paling kelakar tahap dewa dewi ialah:

"Alamak.. Hari Sabtu ni hari tanpa plastik. Nak muntah ni macam mana?"

Kahkahkah.....
 

1 comment:

zarena heeney said...

hehehehhehe sama la kita masa muda remaja dulu
surat yg penuh dgn bedak hahahahaha
buka bau semerbak jea
pastu bedak jatuh atas kain
kehkehkehkeh