Pembaca Blog Ini...

Monday, July 8, 2013

Sibuk sikit tapi nak update blog juga. Mehlah baca bebelan saya hari ini....

Hahahah.. Kemain panjang tajuk post hari ni!

Hari ni tengok anak bulan kan? 
Esok tak puasa kot. 
Rabu baru puasa... 
Hahaha pepandai je!

Hmm.. sekejap aje dah nak masuk Ramadhan semula. Masih terasa lagi detik Ramadhan tahun lepas. Masa tu ayah dah sakit teruk. Tapi, masa tu saya masih ada harapan yang tinggi ayah pasti akan sembuh.

Tapi, bila balik raya tu ayah tunggu saya balik hari raya kedua. Siap pasang lampu liplap liplap (benda paling dia tak suka selalunya). Saya sampai lepas Subuh raya kedua sebab cik abang mengantuk. Berhenti tidur 4 kali. hahaha.. Masa balik raya, ayah dah  sangat kurus dan tak bermaya. Seterusnya, ayah tinggalkan kami pada 25 Syawal. Entah macamana saya nak hadap raya pertama tanpa ayah? Saya belum fikir lagi. (Belum fikir pun dah meleleh air mata.)

Hmm.. takpelah. Allah sayangkan ayah! Itu kami pasti.

Hari ni banyak kerja. Bereskan fasal jadual kuliah tunggang langgang. Tak settle lagi. Ada juga clash sekelas. Pegawai yang in charge bahagian jadual tu, busy... Esoklah kot. Banyak kerja macam ni, nak pi toilet pun tak sempat. Kelas dah mula. Tapi, student ramai balik lepas daftar sebab nak sambut puasa bersama keluarga. Takpe.. kasi chance.

Semalam, cik abang dah beli lauk basah stok seminggu terus. Ikan, ketam, kerang, udang, sotong... Semua ada dalam peti ais dah. Nampak tak permainan dia di situ?? Memang dia nak saya masak lah sepanjang Ramadhan. Dia kata, tahun ni tak payah pi Pasar Ramadhan. Beli kuih kat gerai-gerai luar dari pasar Ramadhan. Jimat! Hahaha.. Seperti sebelum-sebelum ni pun, kami mmg masak macam biasa. Bulan puasa habis kerja jam 4.15pm. Sempat sangat kalau nak masak. Siap boleh tidur kejap kot. hahah

Tapi, tahun ni... saya ada kelas petang hari Isnin. Jadi, lewatlah sikit balik hari Isnin. Takpe, bibik Icah datan minggu depan. Hahaha. Adik saya datang sini duduk dengan saya 3 bulan sebab praktikal kat Jerteh. Jauh gileeeeee praktikal! Takpe.. jauh perjalanan luas pemandangan. Dia praktikal kat office consultant. Kalau kat KL, dia nak duk mana? Emak kan dah pindah Melaka. Kalau kat Melaka, tak kenal orang pulak. Ini pun cik abang yang rekemen kat opis tu. Kawan cik abang ada kerja situ. Harap-harap oklah dia praktikal. 



3 comments:

Sidratul Muntaha said...

penuh sungguh jadual keje dan kehidupan ko ye ain..
huuhuh

zarena heeney said...

selamat berpuasa utk ain dan suami

Jumria Alimuddin said...

as-salam...
sedih plak baca pasal bapa pn...parents saya masih ada tp sedih gak cuma dpt blk raya 2 thn sekali bab parents d Sabah...& mama slalu x sihat....nasib thn ni turn raya d Sabah..& kali ni sya blk tuk masa yg lama :)