Pembaca Blog Ini...

Tuesday, July 23, 2013

Hari 13 dan Mercun

Hari ke 14 puasa. Dah 2 minggu. Sekejap masa berlalu. Kang tetiba dah nak raya. Baju raya suamiku sayang tak beli lagi. Tapi, takpe.. Malam raya pun boleh beli.

Semalam hari ke 13 dah kantoi tak masak. Pi Pasar Ramadhan. Saya ada kelas habis pukul 6 petang. Tapi, saya tamatkan awal lebih kurang 5.30 macam tu. Dah tak larat beno… Jalan menuju ke kereta macam nak merangkak dah. 

Balik rumah, cik abang dah beli ayam golek. Oh… sayang! Saya tanya kenapa beli ayam golek. Dia jawab, sebab dah pukul 5.30 masih tak sampai rumah. Kebiasaannya, saya akan melepek je bila sampai rumah sebab dah penat. Saya harap saya ada kuasa ajaib dan tenaga extra untuk masaka semalam. Tapi, apakan daya. 



Cik abang ajak pi Pasar Ramadhan. Saya jalan macam nak seret kaki dah. Hahah. Beli pajeri terung RM2. Dapatlah 2 ketul terung. Beli kuih apa tah tak tahu nama dia RM 2. Asa gupa (kuih orang pantai timur) RM2. Air tebu RM6 3 paket. Ayam golek tu cik abang beli kat Jabi RM15. Semua sekali RM27. Kalau masak, dapat 2 hari makan. Cik abang kata, sekai sekala takpe. Lagipun, memang tak sempat sebab lauk basah dah habis stok dalam peti.

Hari ni, hmmm…. Kelas habis awal. Tapi, dah macam seronok tak masak semalam. Mungkinkah akan berulang sejarah semalam? Hahaha.. Esok saya bagitau, ye….

Pagi tadi, dengar radio on the way nak pi kerja. THR GEGAR ada segmen bagi nasihat pepagi. Ada sorang caller tu, nak nasihatkan bebudak jangan main mercun dekat surau masa orang tengah solat terawikh. Sebab mengganggu. Dia cerita, semalam masa tengah solat.. ada makcik tu ter melatah sebab bunyi mercun buat dia terperanjat. Terus, ada dua tiga jemaah lain batal solat juga sebab tergelak dengar makcik tu melatah. Saya dengar cerita dia, tergelak besar…. Tapi, cuba bayangkan situasi tu. Kesian lah pada makcik tu, kan…..

Kat rumah saya, anak jiran sebelah suka juga main mercun. Jantung saya ternaik turun tiba-tiba sebab terperanjat.  Kurang asem lah. Tapi, sebab mak pak dia jiran rapat maka bersabar ajelah aku laki bini.. Ada sekali tu, cik abang komen apa tah. Sekali tak sedar bapak dia ada kat sebelah. Tembok rumah tinggi sangat memasing.. hahah.. Haraplah pak dia dengar. Biar ambil iktibar sikit. Ajar anak main mercun depan rumah orang. Mainlah jauh-jauh..

Bahayalah main mercun ni. Kalau bunga api boleh tahan lagi, kan. Yelah, budak-budak... Kasi aaaa peluang nak bergembira masa-masa ni. Tapi, agak-agaklah.. jangan sampai ganggu ketenteraman jiran sebelah menyebelah. Mercun kan bahaya sikit. Mak ayah kena lah peka sikit. Kang kalau dah kudung kaki barulah nyesal...

Ish.. ish... tetiap tahun membebel fasal mercun ni!
 

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

mmg irritated la ain klu dgr bebudak ni main mercun
since aku pnh sound budak and mencarut secara tak sengaja dalma satu insiden budak amin mercun 2 3 thun sudah
terus ade la jiran tak suke aku
*aku dulik ape?!
*duit sewa aku yg bayo
but then..tak agak2 la kan?!
mak ayah gi terawih sokmo
tpi ank biar main mercun
akai takde ke?!

zarena heeney said...

hhahhahahahha emmm bkn bdk jea yg main mercun
bapak budak pun sibuk gak membakar mercun jgk
sabar jea la

anak2 ena sibuk sgt main bunga api
skang dah demam..mlm td mmg tak bg main bunga api ddk diam2 dlm rumah

Fifi Nadhrah said...

salam kenal dari fifi..

kat rumah fifi ade org main mercun.. meriam kot sebab bunyi kuat sangat.. memang terkejut la. bukan malam tau.. siang.. kekadang geram..