Malam tadi tak boleh tido. Macam-macam berlegar-legar dalam kepala. Macam-macam benda difikirkan. Tahlah... Sindrom orang umur 30-an kot. ahahaha. Boleh gitu? Tapi, kita orang dewasa, kan? Apapun yang terjadi, apapun dugaan dan ujian yang datang kita kena tabah. Kita terima dengan hati redho dan pasrah. Allah ada bantu kita.
Tadi dapat email dari PTS. Cek royalti dah siap. Kali ni PTS akan bank in terus dalam akaun bank. Sebelum ni, ayah dengan semangatnya akan pi panjat opis PTS untuk collect cek royalti keluarga penulis Imran Yusuf. Tahun lepas, ayah dah tak larat nak panjat tangga sebab dah tak sihat. Staf PTS turun bawa cek ke bawah. Dua hari sebelum ayah meninggal dunia, ayah suruh saya uruskan royalti 2011 nya yang masih berbaki. Kesemua jumlah royalti 2011 Imran Yusuf telah dimasukkan ke dalam akaun emak sebab ayah dah tak boleh nak uruskan.
Tahun ni, kita bergerak sendiri. Pepandailah nak hidup, kan... Alhamdulillah. Ada rezeki lagi untuk tahun ni. Taklah sebanyak tahun lepas. Bolehlah... Tah tah tahun last. Tahun depan dah takde dah royalti Nia Imrani. Mungkin nama Nia Imrani akan terkubur begitu sahaja. Atau..... tak pasti lagi.
Hmm... sahur tadi cik abang kejut. Saya tertidur 4.45 pagi. Pukul 5 cik abang kejut sahur. Buatkan dia hot choc drink. Dia makan emping jagung dengan fresh milk. Dia ok je sahur macam tu. Sebab tahun ni dia kata dia dah tua. Makan kena jaga sikit. hehehe.. Kesedaran mengenai kesihatan semakin meluas nampaknya. Alhamdulillah..
Semalam masak sup ayam, sambal kerang dengan tauhu sumbat!
Awal-awal dahb uat list barang.
Maaflah, tulisan buruk.
Tangan gigil! haha
Ok, hari ni nak masak apa lah ye? Dah pukul 4 petang ni ha.... Tak sempat nak fikir. Hari ni kelas penuh. Dengan kelat-kelat mata (tak tidur malam) ku gagahi jua. Nasib baik student hari ni semangatnya macam lebih. Meriah kelas. Terhibur sikit hati ku yang lara ini... Lara katanya... Usah dilayam sangat.. Mengada je lebih ni..
Jap lagi kelas lgi sampai jam 6 petang. Bulan puasa ni, memang taklah nak membebel dua jam terus. Selalunya 1 jam setengah... Itu pun dah sangat lama. Petang pula. Memang merangkak lah nak drive balik. hahaha.. Over aje aku ni.
Cepat.. cepat.. fikir!
Apa nak masak petang ni?
No comments:
Post a Comment