Pembaca Blog Ini...

Thursday, July 11, 2013

Puasa Pertama

Macam mana puasa pertama?


Saya kerja banyak hari ni. Jaga exam. Selesaikan masalah jadual clashing bagai. alahai... lemah longlai!

Balik awal jugak. Pukul 4.30 off komputer. Sampai rumah 5.00 sebab jalan sesak sikit depan pasar ramadhan tu. Sampai je rumah tengok cik abang tengah jemur baju. hehehe.. Pagi tadi tak sempat. Sampai rumah, letihnya laaaaaa hai. 

Baring jap. Dua-dua tertidur. Hari pertamalah katakan.. Lemah semua anggota badan.  

Pukul 7 baru bangun. Masak laju-laju. Siap pukul 7.20. Kerjasama. Kalau saya sorang diri, memang tak mampulah. Terima kasihlah, cik abang. Banyak sangat bantu saya sepanjang hidup saya ini. Beri saya semangat dan banyak sabar dengan kerenah saya ini. 

Hari pertama masak ikan goreng, sambal udang dengan bayam merah masak air. Buah tembikai. Air.. macam biasa kalau ada tembikai mesti nak blend jadi jus. Licin.... Haaaaaaaa! Blender dah baiki. Cik abang dah betulkan. Nasib baik. Lagipun, blender tu lawa lagi walaupun dah lima tahun usianya. 

Takde gambar sebab banyak nau gambar orang buh dalam blog makanan buka puasa (padahal malas). 

Tak pi terawikh. Cik abang je pergi. Saya duk mengaji kat rumah aje. Malam ni baca Yassin untuk arwah ayah. Sedihnya la pulak hati sampai nangis. Saya tahu semua ahli keluarga akan terasa apa yang saya rasa ni. Saya dah berkahwin dah duduk jauh dengan ayah 4 tahun. Jadi tak terasa sangatlah. Tapi, adik-adik lain dan emak... Ini kali pertama bersahur tanpa ayah. Tanpa suara ayah kejut bangun sahur. Takde yang ingatkan suruh niat puasa untuk setahun. Suruh tidur awal..

Layan rindu sorang-sorang. Semoga ayah ditempatkan di tempat yang baik di alam sana. 

Sorry laaa korang. Saya asyik menunjuk perasaan kat sini aje... Kalau korang bosan baca, skip aje lah part part sedey medey ni ek.... 

Ok, saya dah beli baju raya! ahahahahaahah Semangat gila babun apakah ni? Cakap je baju raya. Kang esok lusa saya pakai dulu. Pastu dah nak raya nanti gatal beli yang lain. Cik abang geleng kepala aje lah.. Nasib lah abang mendapat isteri yang begini. Saya siap marah lagi dia nak pakai baju melayu lama. Yang tahun lepas punya. Mengada lah tu, kan????

Kat Kuala Terengganu ada buka Wisma Desa Murni. Ke apa tah nama dia... Dah lupa! Besooooooooooooooo gila! Nak pergi lah situ.. 

(Eh.. tadi kata dah beli baju raya!)

Sahur ni makan coco crunch je. Cik abang pun. Dia nak kurangkan nasi sikit bulan puasa ni. Alhamdulillah tadi ok je takde lah melepek kelaparan sangat.

Ok, bai... Tidur awal nak sahur jap gi..

1 comment:

zarena heeney said...

blog kan tempat kita mencurah rasa
ena tak rasa bosan pun baca blog ain nie
sama2 sedih jugak bila baca
al-fatihah utk arwah ayah ain yea