Semalam (30/7/13) sepatutnya saya ada majlis buka puasa perdana. Tapi, tak boleh join sebab cik abang dah book berbuka puasa di Tok Aman Bali Beach Resort.
Kena tunggu Icah balik kerja dulu baru gerak. Masa sampai Jerteh tu, hujan lebat menggila. Saya tidur. Hahah.. Itu ajelah kerjanya kalau dalam kereta sebab tu susah nak ingat jalan. Masuk kereta 10 minit je boleh tahan. Lepas tu, ZzZZzzZzz.... Kesian driver kebosanan. Kadang-kadang dia menyanyi sorang-sorang sebab dia bosan. hahah
Saya pakai baju pi kerja je.
Malas nak salin baju.
Lagipun, wangi lagi.. hahah
Resort ni sangatlah cantik.
Rasa macam nak tidur sini aje satu ke dua malam.
Tak dan nak ambil gambar sebab hujan lebat sangat.
Sibuk duk jaga kain tak nak kasi basah.
Pencuci mulut.
Nampak sangat menarik perhatian.
Tapi, rasa biasa-biasa aje.
Tak ambil gambar makanan sebab malas dan lapar. Menu biasa-biasa aje. Tak de yang hebat sangat. Saya ambil nasi ayam sesenduk, ayam golek 3 ketul, rendang daging 3 ketul, kerabu kerang dan perut, sambal paru (ambil banyakkkkkk!) Ambil keropok lekor 6 batang, popia goreng 6 jugak... Sedap popia dia! Dua kali ambil. Koktel dengan air paling banyak sekali saya ambil. Sampai penuhlah meja dengan gelas. hahah
Lain-lain yang saya tak ambil ada nasi putih, kari telur, sayur campur, kangkung goreng, ikan kembung bakar, ayam percik, mee kari, lempeng kuah kari... Tak de space dah dalam perut. Tapi, sekarang tengah menaip entri ni nyesal plak tak ambil hahaha.. Tak senonoh.
Dengarnya buffet Ramadhan ni RM35 sahaja sekepala. Saya tanya cik abang. Dia jawab, "Ah... lantaklah berapa pun. Company dah bayar!" hahahhahahaha.. Kelakar je jawapan dia.
1 comment:
hehehehehhe mcm2 ada
ena ngan suami pun suka gila ngan paru
sedapnya
Post a Comment