Pembaca Blog Ini...

Monday, August 19, 2013

PTPTN kenalah bayar...

Kalau ditanya pendapat saya fasal PTPTN ni, saya akan jawab.. Yang dah pinjam tu, kenalah bayar. Hutang WAJIB dibayar. Serupalah macam hutang kita dengan mak ayah, dengan bank, dengan adik beradik dengan sesiapa sahaja.. Kena bayarlah.

Tak bolehlah buat alasan bagai bagai. Nak suruh PTPTN bubarlah, mansuhlah..no problem. Tapi, yang dah pinjam masa belajar tu TETAP kena bayar. Masa study dulu, kalau duit PTPTN masuk lambat ke apa, kemain mengamuk eh. Bila tiba masa kena bayar, eh.... lupa?

Sedih je orang mengabaikan tanggungjawab ni. Lepas belajar, dapat kerja terus beli kereta baru. Kena bayar 500-600 sebulan. Ada tu cecah 700 sebulan. Tak mau kereta buruk. Mak ayah kasi duit muka ribu ribu. Hai... lupa PTPTN bertapuk tak bayar?

Bayar ansuran kereta, boleh... Sampai habis duit gaji duk merepek ke kereta. Pastu tak sempat bayar PTPTN. Alasan gaji kecik? hmmmm.. tak leh nak terima lah. Maaf...

Kalau bernasib baik kawin dengan orang kaya, bolehlah minta duit hantaran termasuk duit nak bayar PTPTN. ALHAMDULILLAH lah kan...

Fikirkanlah.. Masa belajar kemain joli. Dapat PTPTN, terus pi outing. Shopping! Hai.... bila dah kena bayar, lupa pula.

Itulah sahaja pendapat saya.

Jangan marah kalau ada yang terasa. Maafkan saya. Tepuk dada tanya lah diri sendiri.

4 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

tq 4 reminding. ;)

Sidratul Muntaha said...

Aku xpnh dpt or pinjam ptptn.
Aku ngaji under mara northrop
Dpt loan mara
Lps tu smbung diploma pun loan mara.
Bayo 10 percent je
Sikit pun xde nk shopping bagai since ms tu dh keje pun.
Mmg dri kecik jimat2
Ukur baju bdn sendiri

puanstoberi said...

sapa yg ingkar da kena list dlm CCRIS. Masak la.. nak buat loan kereta ke nak beli rumah ke.. haha.. sapa suh tak bayau..tu je ubat dia..

p/s : akak baru buat entry pasal ccris n ptptn ni, blum publish lagi. kebetulan. hihihik

Unknown said...

ena belajar under MARA
jadi mmg tak buat pinjaman pun
skang nie bayar jea la hutang keta dahulu