Pembaca Blog Ini...

Friday, September 6, 2013

Tamat Praktikal

Akhirnya
adik saya Icah habis juga menjalani latihan praktikal di sini.
Selepas duk mengadu ngadu.. nangis-nangis.. tido tido.. penat penat bagai..
Biasalah. Budak tak biasa kerja. Stress!
Alam pekerjaan memang penuh pancaroba, dik!
Kena kuat luar dalam...


Pagi tadi (Jumaat 6/9/13) saya hantar dia naik bas aje.
Cik abang tak leh cuti sebab raya dah cuti lama. 
Takpe, belajar berdikari.


Rabu (4/9/13) dia dapat elaun praktikal.
Saya telah PAKSA dia belanja steamboat kat Pulau Duyung.
HAHAHAHAHAHAHAH (gelak jahat).
Alahai, sekali sekala berlaku kejam.
Apa salahnya!


Satu sem lagi, habislah belajar Icah ni.
InsyaAllah. 


Selamat maju jaya.
Jaga diri bebaik...


(Tetiba, ada rasa macam nak menangis sikit...)

=)

No comments: