Pembaca Blog Ini...

Sunday, November 17, 2013

Bertunang tapi dah nikah..

Saya teringat sesuatu. Ada sekali tu saya dengar tazkirah ke program agama apa benda tak tajuk dia kat tv. Pasal pasangan yang bertunang..

Macam yang kita sedia maklum. Bertunang bukan bernikah. Hukum masih sama macam pasangan bercinta yang lain. Takleh over ye.. Haram...

Berbalik pada tazkirah tu.. 

Ustaz (kurang ingat namanya) kata, adalah lebih baik kalau majlis pertunangan itu diadakan dengan sesi pernikahan sekali. Maksudnya, nikah aje dulu. Tak perlu kenduri besar. Macam nikah gantung gitu. Bertunang tapi bernikah sebenarnya. Bila dah bersedia, sila lah berkenduri dan sebagainya. Sehinggalah dah bersedia untuk jalankan tanggungjawab sebagai pasangan berkahwin. Lebih kurang macam tu lah....

Jadi, kalau pasangan tu keluar ke mana-mana pun, berdua-duaan pun.. Tak haram. Pada hukumnya, dah sah di sisi Allah. Sebab kita manusia. kan.. Syaitan pulak banyak sekeliling.. Jadi, baru je bertunang tapi gaya dah macam bini dia plak. Heret ke sana sini. Siap nak pi mana-mana nak kena izin si tunang lah. Si tunang tak kasi kerja lah apa lah.. Blom jadi bini kot. Tak de hak........

Hmm.. saya tulis perkara ini bukan nak tujukan pada sesiapa. Bukan lah juga nak kata diri kita ni baik ke hapa. Saya pun dulu bertunang juga. Boleh tahan lama. Semampu mana menjaga batas-batas pergaulan ketika itu, saya berusaha sebaiknya. Semoga Allah mengampun dosa kita semua.



Sekadar renungan. 



InsyaAllah semua akan ok



1 comment:

zarena heeney said...

ain besarnya pisang dlm bakul tu