Pembaca Blog Ini...

Sunday, December 1, 2013

Student Grad

Hujan... Sejuk... Lapar... Hahahah biasalah. Musim hujan ni... Saya still ke office sebab jalan takde lah teruk sangat. KIta slow slow drive pi kerja. Alhamdulillah sampai jugak. Kalau ikutkan malas, memang berkelubunglah. Pagi tadi ada kelas. Student pun kuyup je. Siap gigil-gigil. Kesian. Takpelah, hujan itu rahmat. Nikmat. Walaupun bila dah jadi banjir, orang kata bencana. Allah menguji kita dengan ujian yang mampu kita hadapi. Kan?

Bos bos semua takde hari ni. Diorang kena pi kursus apatah kat Kuala Besut. Hahaha.. Tapi, idoklah enjoy mana. Kerja saya ni, bos ada ke idak ke sama je. Kelas still jalan. Bos pun tak kesah sangat. Asalkan kerja siap. Cuma, bila bos takde susahlah nak cari orang nak sign borang balik awal, borang keluar masuk pejabat. Kena hadap bos lain yang kita tak biasa. So, kebanyakannya malas nak hadap bos lain, so duduk terperuk kat opis. Jari jemari dah kebas ni sebab sejuk. 

hahaha baru musim hujan. Belum lagi duduk negara ada winter bagai. Mahu keras kejung aku dibuatnya. Memanglah sesejuk ni lemau. Mengantuk... Nasib baiklah officemate ni bawa anak dia sorang. Boleh lah jadi penghibur kejap. Layan budak ni banyak mulut best lah. Ada je dia menanya soalan sementara emak dia pi kelas. Habis lah barang aku dia 'kemas'... Takpelah, asalkan dia bahagia. Jangan nangis sudahlah. hehehe

Semalam student yang dah grad, datang hantar bendalah ni.... 


Kenangan... Student ni belajar dengan saya sejak dari sem 4. Bagus batch ni. Walaupun tak ramai, komitmen diorang bagus. Tak banyak hal. Tak sakitkan hati. 

Student ni lain batch lain gayanya. Ada batch yang ok. Ada yang tak berapa ok. Ada yang kuat melawan. Ada yang ikut aje apa arahan kita. Ada yang suka datang kelas. Ada yang tak rajin sangat. hahaha.. Sabar ajelah.  Apa-apapun semua student saya anggap macam adik saya. Kalau salah memang kena bebel lah sikit. Tapi, bukan sebab benci. Bebel sebab sayang..

No comments: