Pembaca Blog Ini...

Tuesday, November 26, 2013

Basikal Korea

Cik abang kan beli basikal yang harga dia ribu-ribu. Berpinar mata aku tengok basikal mahal. Tapi, yang cik abang beli tu tak mahal lagi. Ada yang belas-belas ribu pun ada.. Mak ai.. itu untuk atlet lah kan. Yang tak berapa atlet ni tak yah merepek lah. heheh

Masa cik abang beli tu, dia offer saya sekali sebab dia kata nanti bolehlah pi cycling bersama-sama. Hahahha.. tak mengapalah, abang! Saya nak basikal yang murah-murah sahaja yang ada bakul depan dia. Yang macam dalam drama Korea Full House tu. Yang hero dia yang comel dan mata sepet tu ajar heroin yang lawa jelita menunggang basikal. Lepas tu, heroin tu tak pandai-pandai dia naik angin sepak sepak basikal itu. hahaha


Pengaruh drama!

Sejak itu, saya terus cari drama Full House tu kat Internet. Saya suh Imah download kan. Tapi, Imah kata Internet rumah Melaka adalah lembab. Imah ajar saya download macamana. Nanti kat rumah download sendiri... Tapi, lemah! Tak reti juga. Cari kat Youtube. Ada.. Siap Malay translation lagi! wahahahahaha

Layan lagi! Dulu masa belajar kat U pernah layan drama ni. Tapi, takde lah hadap sangat. Tumpang2 tengok je housemate suka tengok. Sekarang ni, layan bebetul! Comel je Rain tu. Bila dia senyum, cair hati mak, nak! hahaha.. Pening laki aku kalau dia baca ni. Biasalah... Jap jap kang suka pelakon lain pulak. Tertakluk pada drama yang tengah menjadi kegilaan. =)

Saya layan drama Korea ni aje. Hahah.. mengembalikan nostalgia zaman dulu-dulu. Yang terkini skrg ni tak pun......

Dan dan tu nak pi Korea!!!! Baca kat blog orang yang pernah melawat rumah Full House tempat shoot drama ni, rasa nak sangat pi sana. Tapi, laki den buat tak tahu je. Dia kata, sekarang tengah gila tengok drama tu, nak pi Korea. Kang bila tengah suka drama lain, nak pi tempat lain pula.



Sekarang tak boleh pergi lagi. 
Tengah winter sekarang. 
Camne nak cycling berdua macam gambar atas tu? 
Camne nak posing macam gambar ni?

 

hahahahaha Padahal tak cukup duit. Kena gigih menabung supaya bila balik Korea nanti idaklah kita makan telur aje, kan? Sekarang, berangan je dulu. Tak kena bayar.

Dah tu buat passport tu kenapa?
Hm... rahsia!

Ok, bai...

2 comments:

zarena heeney said...

wooooo samalah suka betul ena dgn full house nie

layan sengih sesorang jea

Has said...

basikal puluh ribu pun ada.... teringin nak ada basikal road bike satu. tp bantut tiap kali tgk harga :D