Pembaca Blog Ini...

Sunday, January 19, 2014

Blogku sayang!

Saya mula menulis blog tahun 2008. Masa tu imah sekolah rendah lagi. Darjah 5 ke 6 tah tak ingat. Ayah yang suruh imah buat blog. Imah mas atu pelik sikit. Dia marah kalau orang komen blog dia.. wahahahahha.. Lawak gila! Pastu dia selalu tukat templete blog. Kejap biru, hijau, pink, merah... Hai.. imah.. imah.. Imahlah ajar saya berblog. Sampai sekarang kalau ada benda pelik berlaku pada blog saya, saya akan minta tolong imah. Kalau ada apa-apa masalah berkenaan IT memang imahlah jadi mangsa sekarang ni. Kalau masa ayah ada, ayahlah tempat mengadu. Nasib lah imah ni ada mewarisi kepakaran ayah sikit2. Sikit2 lah belum habis belajar. 
 
Ada sekali blog hilang tah ke mana? Haaaaaaaaa ko! menggelidat aku minta tolong ayah settle kan. Ayah pun sampai memalam buta duk sengkang mata cari solution. Nasib baiklah ayah teror.. Dapat balik blog ini. Mana dia cari tah lah tak tahu. tak faham juga jargon orang komputer ni.

Mula-mula ada blog, tah apa-apa lah saya tulis. Bukan-bukan aje. Kalau baca entri lama-lama, hahahahah tergelak sendiri. Tak pelah. Semua yang saya tulis tu, saya anggap sebagai memori. Juga bukti perubahan diri saya dari dulu sampai sekarang. 

Dulu yang baca blog saya hanyalah Imah dan arwah ayah.. Selalu juga ayah dan imah tinggalkan komen. Masa ayah sakit dulu, tak de pulak saya cerita fasal ayah banyak-banyak kat blog sebab saya tahu ayah akan baca walaupun mungkin kurang baca sebab dia sakit. Saya tulis dalam hati ajelah betapa saya risaukan ayah dan kesihatannya ketika itu. Saya taknak ayah sedih dan emo-emo. Tapi, nak tulis entri memberi semangat pun dah tak terdaya. Jadi, diam aje lah.. Bila ayah pergi, saya masih terasa macam ayah baca setiap apa yang saya tulis dalam blog ni. Lama-lama saya boleh terima sedikit demi sedikit yang ayah sudah berpisah dari jasadnya. Huhuh.. Sedihlah sikit.
 
Sekarang ni entah siapa-siapa pun duk baca. Ada yang selalu komen. Ada juga yang baca aje tapi tak komen. Tapi, saya tau lah. Sekarang keluarga jauh2 pun dah baca blog saya. Then, cerita mengenai norainiammran pun tersebar di tepian bibir ahli keluarga. Hahahah.. ayat puitis. Walaupun ada yang tak mengaku tapi saya tahu mereka baca diam-diam. Eh, yelah kan takkan nak baca kuat2 kat depan pc opis pulak, kan? 
 
Ada yang menjadi pemerhati senyap. Nak stalker pasal adik beradik saya. Pasal kehidupan saya. ahahhaa bunyi macam kau artis plak kan? Tapi, betul! Ada. Walaupun idoklah macam Nora Danish ke ctdk ke jumlah pen stalker nya. Ada lah dua tiga individu yang saya telah dapat kenal pasti.
 
Ada yang tuduh saya menulis pasal peribadi mak bapak dia. Ahahaha.. Macam-macam tohmahan. Heboh sekejap satu kampung. Tak sangka blog picisan ini menjadi perhatian dan perbualan hangat. Yang tak tahu kewujudan blog ni pun tetiba boleh tau. Oh man! hahaha.. Tapi, bagi saya.. as long as saya tak buat apa yang mereka tuduh, saya tak akan takut. Beri penjelasan? Kalau pun kita jelaskan berkali-kali, pasti ke mereka yang pelik itu akan menerima penjelasan kita? Hai... belum tentu kan? Jadi, biarlah mereka dengan anggapan mereka yang pelik itu. Lama-lama nanti dia penat, diamlah dia... Mana lah tak pelik kalau orang tak kenal pun kau tetiba nak claim orang tu menyerang peribadi kau? Banyak lagi aku nak pk dari membazir sumber nak menulis pasal entah siapa-siapa?

Ada yang komen mengutuk orang pun ada. Ada beza ye, bergurau dengan mengutuk? Sila belajar dan faham dengan lebih lanjut. Oleh sebab itulah, takde anon kat ruangan komen. Untuk kebaikan besama juga. Supaya saya tak sakit hati. Dan juga supaya anon tu tak membawa menjangkitkan dosa-dosa dia mengutuk saya kat orang lain. Gitew.... Ini blog saya. Kalau tak suka tak payah baca. Senang kan? 
 
 
Blog saya ni income nuffnang pun dah 6 tahun totalnya pun tak sampai satu ribu hengget. So, takde apa sangatlah yang menariknya blog ni. Kalau dua tiga kali baca, pastu asyik rasa nak muntah aje.. Masalah lah tu. So, baik stop lah membaca dan memfollow sebab memudaratkan hidup aje. 

Ada yang baca tapi tak komen kat sini. Mereka anto komen kat email.. Ahahaha. yang ni saya suka sebab mengaku lah awak baca blog saya. Ada yang tanya macam-macam. Pengalaman lah... Pasal beli barang lah. pasal tempat menarik di tempat tinggal saya lah. Saya pun selalu je email blogger2 tanya macam2. Tumpang tanya gitew.. Sharing is caring, kan? Tapi, berpada-pada lah. Takkanlah baca bog dia, pastu pi email dia tanya berapa gaji dia sebulan? Boleh tak nak pinjam duit lima ribu? Tak gila lagi lah! hahaha

Dari sudut positif nya, sepanjang ber blog ni saya dapat ramai kawan baru. Kawan alam maya nama dia. Ada yang pernah jumpa. Ada yang hanya tegur-tegur di laman sosial aje. Ada yang share masalah peribadi tapi di tempat yang lebih tertutup macam inbox FB, wasap, instagram. Positifnya berblog ni kita dapat ramai kawan. Ena blog, Ayu blog, kak eila blog, hasmalela, nurulzia, sha.... hmmmm.. ramai je orang baik-baik dalam alam cyber ni. Bukan semuanya kaki kutuk...

Bukan semua orang mampu menulis blog. Ada tu buat blog pastu dua tiga kali orang kutuk, dah sedih emo emo pastu private kan blog. Tak tahan dikeji namanya tu. Ada yang private sebab tak tau nak tulis apa. Ada yang private kan sebab rasa macam buang masa aje. Ada juga diprivatekan blog sebab nak privacy. Kau pepandailah menapis sendiri apa yang kau tulis. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya. Sama lah kalau ber blog ni. Kalau taknak bagitau baik kau jangan tulis apa-apa dalam blog kau. Takde lah orang tau. Lagilah kalau orang terkenal, silap cakap sikit habis semua duk ter kangkung kangkung seminggu tak sudah. Eh! (maaf)
 
Menulis blog ni memang ada risikonya, ok! Kena tabah, cekal dan kuat. kalau tidak, jangan tulis blog. Kenapa? Kita manusia tak sama. Setiap pendapat kita, mesti akan ada orang pertikaikan... ada yang juga setuju. Itulaaaa risiko dia. Kalau tulis sepatah dua kata, pastu orang marah, kutuk2, maki2... pastu kau nangis sesorang di sudut rumah. Baiklah jangan jadi blogger. Blogger kena kental ok! Kental!
 
Kalau tak puas hati email saya di norainiammran@yahoo.com 
 
Ok, bai!


No comments: