Pembaca Blog Ini...

Tuesday, March 25, 2014

Berita Pedih

Menyampaikan berita sedih adalah sangat sukar. Bukan semua mampu untuk menghadapi.

Hampir dua tahun lalu, seoranh doktor di KPJ Seremban memanggil saya, emak dan arwah ayah. Dengan wajah yang kelat, doktor berbangsa Cina itu beritahu ada dua kemungkinan. Kesakitan di rusuk yang dirasai ayah itu mungkin disebabkan oleh bisul atau ketumbuhan. Kalau bisul, kena bedah segera. Kalau ketumbuhan ...... boleh dirujuk pada pakar. Pakar hanya ada di Hospital Serdang. Saya dapat rasakan doktor itu dah tahu keadaan sebenar.

Saya tak sangka sama sekali... Ketumbuhan itu adalah kanser tahap 4. Cuba bayangkan.. Bagaimana doktor ingin sampaikan tentang kanser tahap 4 itu kepada pesakit. Kepada ahli keluarga pesakit. Berita sedih.. Kalaupun kita takde kena mengena, tapi kalau kita manusia.. Kita akan turut rasa kepedihannya..

Saya pasti pada ketika itu, mak dan ayah menerima berita itu dengan kepiluan yang amat sangat.

Dan saya membayangkan keadaan PM Najib untuk memberitahu berita sedih mengenai MH370 malam semalam. Walaupun saya bukanlah pro Najib sangat tapi, malam tadi saya ada pendapat yang berbeza.

Saya tak setuju, sesetengah pihak yang asyik pertikai sana sini. Semua serba tak kena. Tah bila nak puas hati saya pun tak tahu. Tak paham aku...

Belajarlah menerima. Menerima bukan makna mengalah. Tapi, kadangkala kita perlu juga lihat sesuatu dari sudut yang berbeza.

Semoga kita bertabah. Menerima setiap berita buruk dalam hidup ini dengan pasrah dan redho. Semoga Allah beri kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cubaan...

Amin..

1 comment:

ArELeEz said...

yupp! me too. pun xsker some peeps yg sgt bijak b'andaian smpi influence org len. walau ape pun ideologi politik yg didukung, pikirknlah sket perasaan family mangsa. sbb kdg2 andaian2 tu wat diorg m'harap sesuatu yg sgt2 xpasti. sudah2lah.. lebih baik m'doakn yg septtnye dr m'beri andaian2 sebegitu..